ponn ponn ponn...... waduh2 jejaka idaman malaya kemalangan... seb baik budak hencem ni tak apa-apa..... tapii ciklinn sedih sebab kereta tersebut luka terukk... huhuhuhu
PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.
Sebelum
Selepas
Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.
Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut.
Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain.
Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.
“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.
“Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Dia sudah mendapatkan rawatan doktor dan membuat laporan polis. Alhamdulillah doktor kata dia okey dan memberikan ubat tahan sakit.
“Tetapi dia belum membuat rawatan x-ray. Bagaimanapun, saya berharap supaya dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. Sekarang, dia sedang berehat di rumah dan menghantar keretanya ke bengkel,” kata Mahanum ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.
“Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi jalan.
“Selepas itu terus dia berhenti ke tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan. Nasib baik kereta yang lalu-lalang di situ sempat mengelak dan tidak terlibat sama dalam kemalangan tersebut. Walaupun keretanya rosak teruk, tetapi pada saya yang penting Shahir dan kawannya selamat. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya lagi.
Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam hidupnya. – Mstar Online
ish.. alhamdulillah, selamat x de pape berlaku pada shahir.
ReplyDeletepergghh.. hancus fairlady..
ReplyDeleteye, sib baik tuan punya tapepe..
ALHAMDULILLAH ..SELAMAT SEMUA
ReplyDeletemak aii kete dia...
ReplyDeletechugie- alhamdulillah....
ReplyDeleteleily- huhuhuhu itulah sayang kete tu.. muahhhaa
azie- so kita berhati2 dijalanraya
nana- hiihihi kete tu yg mahal tu kan
nasib baik tak der pa2.. cuma yg teruk kereta jer..
ReplyDeleteisk2 sempat lg tu dia posing ngan kereta remuk kt depaa...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetesting
ReplyDeleteooo betul la katanyer Shahir dok beli fairlady yer....alhamdulillah tuan punyer slamat...
ReplyDeleteYa Allah mujur la tuan nya takde apa-apa yang serius ye kalau tak mau melalak gadis2 yang memuja dah shahir ni*termasuk la akak lin,walaupun aku bukan gadis hahaha*
ReplyDeletekesian Fairlady putih tu... ehh! ops... mksd akak... kesian Shahir hehehehe
ReplyDeleteIsh..Ish.. ingat berita sensasi tadi rupanya mmg betul la!
ReplyDeletePengajaran: Tak kira apa kete pun kita pandu, jangan la berani-berani bawak laju-laju masa hujan.
siannya shahir..nasib baik selamat
ReplyDeleteperhh...muda2 dah pakai fairlady..
ReplyDeletememang boleh kaya jadi penyanyi ni..patutla budak2 skrg berebut2 nak jadi artis..
sayangnyer keta tu remuk.. dah la mahal.. tp tak pe, nyawa lagi penting kan..
ReplyDeleteaduiii nissan fair lady....tak per...yg penting dia selamat...nyanyi je dua tiga bulan lagi..sure dapat lagi satu fair lady...
ReplyDeletesygya kereta tu... uhuhu.. ni mesti kes drie laju2.. kalau x manakan leh sampai spinning keta ni
ReplyDeletecute jer shahir ngan gamba kete remuk tue.. hehe
ReplyDeleteshahir leh senyum gumbira lagi walaupon kete accident, cayalah!
ReplyDeleteuiiisskkk..sygnya keta :P
ReplyDeletetp nyawa tuan empunya keta lebih berharga..alhamdulillah..
minat lagu shahir..