Orang Melayu perlu bersatu

Posted by Ciklinn Hasib.

tapi............. JANGAN BERTINDAK M ELULU...
seperti  mereka2 ni......

harap kita semua bersikap secara rasional...
sayangilah negara merdeka kita ini......

isu ni semakin panas dek kerana mereka2 ni....
letak akal fikiran dilutut....






KUALA LUMPUR 1 Sept. - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor hari ini membuat satu laporan polis berhubung kewujudan satu akaun laman sosial Facebook menggunakan nama 'Melayu Babi' yang boleh menaikkan kemarahan rakyat di negara ini.

Laporan tersebut dibuat oleh pengerusinya, Mohd. Faizal Mohd. Sallehdi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Mohd. Faizal ketika ditemui selepas itu berkata, kewujudan akaun dilaman tersebut disedarinya selepas dimaklumkan oleh rakannya, Sabtu lalu.

"Selepas saya melihat sendiri, saya dapati laman sosial itu menggunakan gambar profail seekor babi dengan memiliki lebih 894 rakan di talian.

"Rakan-rakan akaun tersebut pula membincangkan isu-isu yang boleh menaikkan kemarahan orang Melayu.

"Ini jelas mempersendakan agama Islam dan sensitiviti orang Melayu yang boleh membawa perpecahan kaum di negara ini serta berbaur hasutan," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Faizal mendesak kerajaan supaya menyegerakan tindakan terhadap pemuda dari Muar, Johor, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee kerana menghasilkan klip video berbaur perkauman.

Beliau bimbang sekiranya tidak dilakukan, ia akan menjadi trendserta ikutan orang lain seperti mana wujudnya akaun 'Melayu Babi' didalam laman sosial terbabit.

"Saya yakin akaun laman sosial yang menghina orang Melayu ini wujud kerana berpunca daripada tiada rasa hormat dan takut akibat daripada perbuatannya.

"Kerajaan perlu mengambil tindakan segera seperti tarik balik kerakyatan Namewee supaya ia menjadi teladan dan pengajaran kepada orang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor turut membuat satu laporan di IPD sama agar polis menjalankan siasatan terperinci terhadap Namewee.

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata, polis seharusnya memastikan tiada mana-mana pihak yang boleh terlepas daripada perbuatan mereka jika cuba mengugat ketenteraman masyarakat.

"Ini soal maruah dan perpaduan negara, kita telah bersama membina negara ini di atas asas perpaduan antara kaum lebih daripada 50 tahun.

"Oleh yang demikian tiada istilah kompromi kerana sekiranya tidak ditangani dengan betul kelak ia boleh menimbulkan pelbagai ancaman,"ujar beliau.

This entry was posted in , .

7 Responses to Orang Melayu perlu bersatu

  1. sy rase..mesti doarng xkan dikenakan tindakna..rase sblum ni mcm ada je kes mcm ni tp duk diam jer..

    Patutnya pihak yg berkuasa kenelah serius n amik berat tp dorang buat nggak dun know jer..ssh lah kita mcm ni..

    ReplyDelete
  2. sedih kan bl org buta sejarah cuba berlagak pandai...

    ReplyDelete
  3. mcm2 hal eh sis..kerajaan kita jgnlah berlembut sgt..xkan smpi orang hina agama kita pun..kita nk diam je..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..ada jugak manusia macam ni dalam zaman serba moden ni ye..macam tak bertamadun langsung..ish..ish..kesian

    ReplyDelete
  5. melayu sama melayu asyik bergaduh sesama sendiri jer

    ReplyDelete
  6. issshhhhhhh...siot je minah tu..tulis suka hati dia je...mmg patut diambil tindakan laa... jgnla sesuka hati memersendakan agama kita..isu sensitip tu... org mcm ni patut masuk ISA...geram lak akak baca...

    ReplyDelete
  7. TApi polis nk amik tindakan ke...
    Harap2 dgn ketua polis negara baru ni, pihak polis akan lebih rasional dlm bertindak terhadap kes sebegini...

    ReplyDelete