---Episod 3 Chinta ---

Posted by Ciklinn Hasib.

Tak sabar rasanya nak tunggu Episod Ke 3 petang nie..... cerita ni best lor.... Fasha Sanda lak dalam cerita ni mmg ayu suci dan murni gitu kan (walau ciklin tak berapa suka minah ni)..... huhuhuh.... kesian sgt Chinta... naif... bernasib malang berabang kan syaitonn bertopengkan manusia....apapun meh kita sama2 tunggu episod seterusnya petang nie....



  Chinta


Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.

Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang pengawal keselamatan kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta.

Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain.

Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka. Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat.

Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?

Saksikan ‘Chinta’ lakonan Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz mulai 27 September, Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Akasia. TV3

This entry was posted in , , , .

13 Responses to ---Episod 3 Chinta ---

  1. layan gak cite ni kak..sementara nak tgu magrib kan.....jln cite best..tapi tgk fasha sendat tu meluat plak hahaahaahaahah mcm laa fasha tu pun suke aku kan hahaahahaha PANG!

    ReplyDelete
  2. mcm tu kaa...maknanyan chinta jd placur ke cik linn?cerita dia best tp potong lah sbb ada fasha..

    tp bila sinopsis cik linn nie mmg sesuai lah ngan dia..

    ReplyDelete
  3. suka tgk Ady Putra belakon.. fasha lak tak berapa suka..tah nape..
    jln cerita best.. klu org lain pegang watak si fasha tu kan lg best...

    ReplyDelete
  4. si sendat ni..
    adei...
    mulalah berlakon 'baik'
    aritu berlakon dgn zulhuzaimi pakai tudung...
    citer teh tarik ape ntah kat prima ker ria..
    malas layan..
    rosak filem,rosak filem.
    cacat,cacat...

    ReplyDelete
  5. x sempat tgk episod 2... ptg smlm ada hal la... huhuhu...

    ReplyDelete
  6. best gk kan k lin cite chinta nih....
    dana pun mcm akak tak berapa suke fasha utk peribadi dia yg bnyak gosip... tp lakonan dia mmg dana suke kak...

    tp mule2 tgk mmg dh jth cinta kt cite tuh n nk tau apa jd seterusnya....

    ReplyDelete
  7. lin x sabar nak tgu faradhiya yang suci tu..first time nih nak tgk dia berlitup..bila la scene dia tu

    ReplyDelete
  8. memang best kak citer chinta nie.....atie pun balik jer keje dah tercongok duk ngadap tv....

    ReplyDelete
  9. kty pun layan gak ..
    owh nanti dia jadik pelacur lah ye..

    ReplyDelete
  10. wah...dah ada yek citer baru kat TV3... nampak sgt leka duk menonton CINTA KIRANA hingga cerita malaysia di lupakan.......

    hahahahaha

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  11. Oooo...lepas kene rogol Tok Haji tu dia pi jadi pelacur ker? Apalah...

    ReplyDelete
  12. hmmm ramai x suker fasha nie yerk....kak azue suker nengok dier berlakon...tp..kalau pasal personal life dier tu...x nak campur ler...sebab artis memang selalu di gossip kann...kiter x tahu betul ker x...lantak diorg ler kann...dah itu jalan yg diorg pilih....

    tapi cerita Chinta nie..malam td baru k.azue layan kat tonton tu...syokk jugakk...tp x suker ler...org nie gunakan agama nak tunjuk baik...x suker tok aji tu...gatal merenyamm nafsu setann...chehhh...

    ReplyDelete
  13. aku x sabar nak tgk cite ni rini...geram kt abg dia si kamal n tok aji (abg lah kunun geliiiii)...
    a'ah aku pun x suka kat fasha tu...tp bila tgk drama tu biorlah kejap ilang rs x suka tu heheh sbb cite best

    ReplyDelete