Abby Abadi kata Norman nak Rujuk Semula

Posted by Ciklinn Hasib.

PETALING JAYA: Ketika isu tuntutan wang hantaran RM11,111.11 daripada Abby Abadi terhadap Norman Hakim kecoh "diperdebatkan", timbul cerita panas baru di mana Norman pernah meluahkan perasaan mahu rujuk semula dengan Abby.
Abby berkata, Norman juga pernah meluahkan kata-kata sayang terhadapnya dalam tahun ini termasuklah "saya rindu awak".
"Dia pernah berkata mahu berbaik semula dengan saya tetapi saya buat tak tahu sahaja. Cukuplah dengan apa yang saya terkena sebelum ini," katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar, Ahad.
Kata Abby, dia sudah masak dengan perangai Norman dan perasaan terhadap lelaki itu telah lama hilang.
Beritahu Abby, walaupun dia dilihat seperti begitu membenci Norman apabila membaca kenyataan demi kenyataan yang dipaparkan, hakikatnya, Abby tidak pernah menganggap Norman sebagai musuh mahupun kawan.
Cukuplah Norman sekadar menjadi seorang ayah kepada tiga orang anaknya, Mohamed Danish Hakim,7, Marissa Dania Hakim,5, dan Maria Danisha Hakim,2.
“Baru-baru ini, pihak media telah menyiarkan yang saya dan Norman sudah berbaik semula, tetapi sebenarnya tidak. Susah nak cakap, memang sepanjang kami berpisah, hubungan saya dengan dia sekadar biasa-biasa saja," katanya.
Kata Abby lagi, selepas bercerai dia berharap hatinya lebih tenang, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila ada sahaja masalah diantara dia dan Norman sehingga membuatkan dirinya tertekan.
Malah lebih parah apabila Norman dikatakan mula lepas tangan hal berkaitan anak-anaknya.
“Kalau nak ikutkan, besar tanggungjawab seorang lelaki terhadap keluarga walaupun sudah bercerai, dia perlu mengambil kisah tentang anak-anak.



 “Tapi lain pula jadinya. Saya akui dia ada menjenguk anak dan membeli barang-barang untuk mereka, tetapi tidak sekerap dahulu. Apalagi bila berdepan dengannya untuk berbincang tentang hal ini, ia menjadi semakin rumit.
“Sebab itu saya berani membuat kenyataan kepada umum kerana ini saja caranya, demi anak-anak, walaupun orang akan mempertikaikan saya.
“Biarlah apa orang nak kata, sebab saya tahu saya tak akan dapat apa-apa faedah bila buat kenyataan sebegini, tapi ia lebih untuk kebajikan anak-anak saya,” ujarnya.



 Sumber mstar Online

 Komen Ciklinn.... ini adalah amarah seorang isteri yg sangat sakit hati ditinggalkan suami..... nafkah tidak dibayar... tup2 berpelok2 dgn fompuan lain n verangann nak kawin lagi...... huhuhuhuhuhu.... Ciklinn juga yakin kenapa Abby luahkan semua ni... sbb dendam masih bersisa dihati dek kerana somi yg curang...... n wujudnya seorg perempuan merampas suami nyer....... semoga kontroversi ni tidak berpanjangan... sbb masing2 akan terus memburukskan satu sama lain.........

This entry was posted in , .

7 Responses to Abby Abadi kata Norman nak Rujuk Semula

  1. haiii...ntah ler kak..mcm2 kes...tp yang peliknya kenapa isu duit hantaran nie di buka bila norman bertunang and nak kawen ngan memey..sebelum2 nie tak timbul plak....berapa lama dah cerai..takkan tak bincang pasal hal tu...

    zana tak sebelah mana2 pihak....abby tak, norman tak apatah lagi memey...cuma suka tengok lakonan memey yg makin hari makin bagus.

    Setlh 11 tahun baru nak ungkit duit hantaran yang masih berhutang....betul tu kak....benda nie jadi isu bila amarah seorg isteri, perasaan cemburu..maka nya...akal takkan dpt berfikir secara waras..tp kan...rasanyer byk abby yg keluarkan kenyataan pasal keburukan norman....

    ReplyDelete
  2. mati ler aku kena serang ngan peminat fanatik abby lepas nie kak...

    ReplyDelete
  3. muahahhahahhah...habisss lah...

    akak setuju dgn kamu dik.. ni semua mmg dtg dari hati yg sgt2 marah kan... n akak rasa isu hantaran tu mmg dorang selalu bincang.. tapi itulah bila hati geram makanya sajalah nak ungkit..

    ReplyDelete
  4. mcm2 lak isu berbangkit dari abby yea..tapi memey tu jumpa live syantek leww hehe..

    ReplyDelete
  5. salam dan selamat hari raya lin..

    ehmm memang menci kalau bekas laki tak bertanggung jawab dgn anak-anak beliau..cuma pentingkan orang baru.

    tahniah dah berdot com..sejak bila..akak tak perasanlah pulak.

    budak kecik klu melalak ajer baik jgn bwk jejalan...nanti kita gak yang penat dgr dia melalak.

    ReplyDelete
  6. aleeya - itulah mcm2 kan dorang nie..
    kak ina- dot com? hehe ada sebulan dh kot akk ina.. saja suka suki hihihi

    selamat hari raya juga kak

    ReplyDelete
  7. i hope abby find a good and responsible husband who will accept her 3 kids as his own. tak kaya duit takpe, kaya hati dan ilmu lagi penting. Insyallah.

    ReplyDelete