--- Semoga mereka2 ini dikenakan hukuman seberat2nya ----

Posted by Ciklinn Hasib.

Laporan terkini/update terbaru mengenai kematian Datuk Sosilawati Lawiya

Masyaallah dalam duk baca perkembangan terbaru kes bunuh Datuk Sosilawati ni..... hati rasa gerammmmm yg teraammmat2.......... apapun syukur kehadrat ilahi.... akhirnya perbuatan jahat peguam tersebut telah terbongkar..... Allah Huakbar......

semoga lebih banyak bukti ditemui... supaya mereka yg jahat dalam kes ini lebih cepat diadili........... sgt kejammmmmmmmmmmm sanggup membunuhh kerana wang.....

Rahsia Ngeri Sungai Panchau 
Polis menjumpai ratusan fragmen tulang manusia di dasar sungai



KUALA LANGAT: Sungai Panchau dekat sini kemungkinan memiliki lebih banyak rahsia mengerikan daripada yang dibayangkan.
Di sebalik air sungai yang keruh itu mengandungi ratusan fragmen tulang manusia, dipercayai dijadikan sebagai ‘kubur berair’ bagi mangsa bunuh.
Difahamkan, polis menjumpai lebih 300 fragmen tulang manusia dari dasar sungai yang terletak hanya antara empat dan lima kilometer daripada ladang berlakunya pembunuhan empat individu.
Menurut seorang pakar yang mengendalikan pembakaran mayat sejak 20 tahun, apabila badan manusia itu dibakar, ia akan meninggalkan kira-kira 20 sehingga 25 fragmen tulang yang dapat dilihat.
Setakat ini, polis sedang menyiasat pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dan mengesahkan sekurang-kuranya lapan laporan mengenai individu hilang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ke berkenaan.
Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seminggu selepas itu cebisan mayat mereka dijumpai dalam Sungai Panchau dan beberapa sungai lain berhampiran Ladang Gadong.
Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu.
Sumber yang mempunyai kaitan dalam penyiasatan itu berkata, fragmen tulang dianalisis oleh pasukan khas forensik dan jabatan kimia bagi mengenal pasti latar belakang mereka.
Pasukan polis forensik memulakan pencarian di sungai berkenaan sejak Ahad lalu dan menjumpai dua pisau, beberapa jam tangan dan barangan kemas.
Polis telah melantik dua pasukan khas manakala penyiasat melakukan tugas mereka sepanjang masa di lokasi kejadian.
Polis turut meneliti laporan kehilangan beberapa individu yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu bagi mengenal pasti terdapat kaitan dengan suspek utama yang merupakan adik-beradik peguam.
“Diharapkan, kita dapat menyelesaikan beberapa kes yang dibuka semula dengan petunjuk-petunjuk baru ini,” menurut satu sumber.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan khas kini menyiasat semua laporan kehilangan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek.
“Tiada satu pun akan terkecuali dan semua laporan orang hilang akan disiasat,” katanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada Ahad, terdapat empat kes orang hilang yang disiasat semula berdasarkan laporan polis dibuat oleh keluarga yang mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam.
Satu sumber berkata, antara mereka yang hilang dipercayai ‘dihapuskan’ adalah seorang warga India, seorang wanita tempatan dan dua lelaki.
Difahamkan polis di bahagian pemalsuan wang akan memohon Majlis Peguam supaya aset dua peguam terbabit dibekukan.

Sumber Mstar Online

This entry was posted in , .

12 Responses to --- Semoga mereka2 ini dikenakan hukuman seberat2nya ----

  1. baguslah tindakan polis mcm tu.. cari bukti yg kukuh sebelum mendakwa diorg ni

    ReplyDelete
  2. moga yg bersalah dpt balasan yg setimpal..sikap tamak mereka ni sehingga sanggup membunuh

    ReplyDelete
  3. mmg kurang ajar kan kak K*L*ng tu....bunuh orang mcm bunuh binatang....tak tahu ler...agaknyer kalau takde kes datuk sosilawati nie...ntah sampai bila ler tulang2 manusia tu terus terpendam dlm sungai tu....

    hanya kerana 4juta sanggup nak bunuh orang....duit tu pun bukan duit dia..duit orang yang dia bunuh jugak tu...apa ler jenis manusia macam tu....hati takde agaknyer...hidup senang lenang atas kesusahan dan kesedihan orang lain...cuba kalau buat balik benda yang sama dia buat kat orang lain tu pada keluarga dia....baru dia rasa....nauzubillah..

    moga arwah datuk sosilawati di cucuri rahmat dan juga 3 mangsa yang menjadi korban jugak.

    ReplyDelete
  4. biar pembunuh tu terus ke tali gantung..krg ajar betul dia..kejam giler dia..sy asyiklah terbyg2 mcm mana lah sosila tu menahna kesakitan..kesian dia

    ReplyDelete
  5. NAmun, pekejanya yg akan kena gantung. Si Datuk LAwyer tu paling teruk pun penjara je. Sbb dia tau manipulasi undang2.

    Diharap pihak polis dan peguam negara bersungguh2selesaikan kes ini seadil2nya...

    ReplyDelete
  6. kalau aku yg jatuhkan hukuman, aku hukum bunuh dorang tu mcam mana dorang bunuh mangsa...ikat, sembelik, tusuk bdan..bakar buang dalam sungai..siarkan secara LIVE di TV...emo la plak..tpi mmg sakit hati betul....

    ReplyDelete
  7. nak tunggu apa kesah selanjutnya dari Peguam Negara, bila nak di dakwa

    ReplyDelete
  8. mmg hati kering orang2 yg bunuh dato sosi ni.. kita ni nak jentik kucing pun takut kucing u sakit.. kalau cik linn baca kat forum cari pasal citer ni lagi la panas hati..
    p/s jemput ke blog saya kalau minat digital scrapping :) saya ada letak freebies :D
    http://helmiyani.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Ish..tak tahu la apa lagi rahsia akan terbongkar ye..harap2 mereka yang terlibat diberi hukuman yang setimpal..

    ReplyDelete
  10. bukan hukuman yg setimpal tapiiiii.... biar dorang semua dihukum MATIII..... baik yg merancang yg membunuh.. yg tukang kerat.. tukang siat.. tukang bakor... semua2 WAJIB dihukum bunuh

    ReplyDelete
  11. Banyak yg kita yg hidup ni boleh belajar dari peristiwa ini.

    ReplyDelete