Media Perlu Beri Gambaran Baik Isu Hubungan Malaysia - Indonesia
KUALA LUMPUR: Media dan bloger perlu memberikan gambaran baik serta tepat agar isu hubungan Malaysia-Indonesia tidak disensasikan,kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, teknologi media dan komunikasi semakin canggih boleh membantu memudahkan hubungan kedua-dua negara.
"Pun begitu, ia perlu dimanfaatkan dengan cara dan niat yang betul serta tidak disalahgunakan agar tidak disalah tafsir oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Amal Sempena 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-Indonesia di sini, malam Ahad.
Muhyiddin berkata, sebarang bentuk ketegangan atau kontroversi tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
Sehubungan itu katanya, setiap perkara perlu melalui rundingan secara muhibah dan bermusyawarah bagi memastikan tindakan dua hala melalui proses runding cara.
"Isu-isu yang timbul melibatkan elemen sensitiviti dan berasaskan sentimen seharusnya diuruskan secara berhemah dan bijak.
"Justeru, kerajaan akan sentiasa mengambil inisiatif berterusan untuk mengekalkan keharmonian dan hubungan kerjasama dua hala strategik," katanya.
Menurut beliau, amalan tradisi seperti kekerapan lawatan dan pertemuan antara pemimpin akan diteruskan.
Katanya, diharapkan hubungan baik ini dilakukan juga oleh golongan lain seperti badan bukan kerajaan (NGO), perniagaan dengan perniagaan, majikan dan pekerja serta rakyat kedua-dua negara.
"Kerjasama antara Malaysia dan Indonesia meliputi pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, pendidikan, kebudayaan dan sosial," katanya.
Indonesia merupakan rakan dagang Malaysia ketiga terpenting di kalangan negara Asean.
Jumlah dagangan Malaysia-Indonesia meningkat lebih tiga kali ganda sepanjang 10 tahun dari RM9.59 bilion pada tahun 1999 kepada RM35.26 bilion pada 2009.
Hubungan kedua-dua negara kebelakangan ini cuba diganggu-gugat oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang dipercayai diupah oleh pihak tertentu berkaitan beberapa isu.
Yup... tapi kesabaran dan kediaman kami jangan di cabar-cabar.......
disebabkan orang2 malaysia ni baik2 belaka........makanya selamatlah orang2 indon yg masih mencari makan di Malaysia ni kan....
ya..setuju..memang Malaysia baik hati sgt ngn diorng ni
ReplyDeletebetul lah kak... kadang tuh rasa geram betul, skit nyer hal pun nk bt demo sampai bakar2 bddera bagai... nk halau org mlsia kt sana...
ReplyDeletediaorang tak ingt ke, kite pun blh halau semua org indon yg keje kt sini tau... ish... dh tu comfirm muflis miskin lah diaorang... tak sedar di untung tul