-- Puting Beliung Berapi ----

Posted by Ciklinn Hasib.


GAMBAR menunjukkan asap dan api seperti puting beliung di sebuah kawasan hutan di Pulau Besar, Hawaii, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------


HONOLULU - Fenomena puting beliung api berlaku dekat sebatang jalan raya utama di Hawaii dan ia berjaya dirakamkan menerusi kamera, lapor sebuah akhbar semalam.

Putaran asap hitam yang tebal dilihat berpusing dalam bentuk pusaran ketika api menjulang setinggi 6.09 meter dari permukaan tanah, baru-baru ini.

Puting beliung api tersebut memusnahkan tanah seluas 566 hektar dan ia terus membakar beberapa bahagian di pulau itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Turut dikenali sebagai syaitan api, puting beliung api itu berlaku apabila api berdepan dengan satu pusaran vertikal.

Puting beliung itu turut berlaku apabila satu bahagian udara panas diselaputi oleh api sekali gus menyebabkan tekanan rendah di permukaan bumi.

Udara yang lebih sejuk kemudian memasukinya menyebabkan pusaran berlaku manakala api menjulang tinggi.

Pada 1923. satu puting beliung api terjadi disebabkan gempa bumi kuat di Tokyo. Dalam kejadian itu, seramai 38,000 orang terbunuh. - Agensi

This entry was posted in .

7 Responses to -- Puting Beliung Berapi ----

  1. nauzubillah...dijauhkan jadi kat negara kite kan ciklinn...:)

    ReplyDelete
  2. pelikan kak....tapi tu la kuasa Allah kan kak.....tapi bile2 ditgk2 tu nampak cam cantik plak...

    kak ni pasal entry ko sebelum ni, aku takut nak tgk kak, tapi ko dah buat camtu, rase cam gatal jek tgn ni nak usik tekan huhuhu....tapi kalo hantu2 ni mmg aku takut la kak....seb baik akak bagi warning hehheeheh

    ReplyDelete
  3. Jgnlah jadi kat mesia.. eii takut.. tobat..

    ReplyDelete
  4. Kuasa ALLAH kan?Semoga kejadian nie tak berlaku kat negara kita...

    ReplyDelete
  5. Nasib negara kita ni aman damai.
    Selamat, dan berada di kawasan yang baik.

    ReplyDelete
  6. nauzubillah la benda ni jadi kat tnpt kita ye ciklinn...

    ni azab dr allah ni...manusia byk dosa........

    ReplyDelete
  7. nauzubillah, jauhkanlah jadi kat kita kan sis...

    ReplyDelete