Archive for September 2010

"GUA TAHU ITU SIAPA"

Posted by Ciklinn Hasib.

OLTROMEN buat Giveaway.... hoyerr meh kita join ramai2..... OLTROMEN ni boleh tahan hensemnyer HIHHHIHIH , kasi puji sikit baru leh menang kan kan kan kan...



Hadiah-hadiah:
1.Pertama : Duit RM30 dan juga Domain (dua-dua gua bagi)
2.Kedua : Duit RM20 atau Domain (pilihan nak domain atau nak duit, satu je okeh)
3.Ketiga : Belanja makan untuk 2 orang ( Dua pemenang untuk tempat ke-3)
4.Cabutan bertuah untuk semua perserta iaitu topup RM5 untuk seorang sahaja. (Digi Maxis Celcom shj)






OK JAWAPAN gua..... Gua rasa tu bakal mak mentua beliau sedang tuang air untuk dipelawa minum. Sebab tu Hamzah tersenyum simpul malu... hihihihih

ok nak TAg

1.Kak Azue
2.Kak Wawa
3. Akish

Posted in | 4 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- Test/Rawatan Mata Percuma ---

Posted by Ciklinn Hasib.

Sila perhatikan gambar dibawah....

*
*
*

Cari sebarang kecacatan gambar di bawah




Taknampak?????? okey kasi close up lagi...


*


*


*


*

*

*


Tak nampak JUgak????????

haiyooooooo....
nah gua sudah kasi besar punyerrr close up.....

*


*


*


*


*


yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tgok comell kan dia skodeng orangg.... hihiihih

Posted in , | 16 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

--- Adess Cik Lijah Ciklinn ni Gatai???---

Posted by Ciklinn Hasib.

hishhh gatai kamu yer kawin muda-muda.....anak acik semua kawin lambat.. sbb nak belajar tinggi-tinggi, nak tolong mak abah dia......

haiyakkk GATAI KAH AKU?????

aku tidak gatai cuma merenyam jer CIK LIJAH oiii.....

ciklinn kawin idakler muda sgt.. bukan belasan tahun pun cuma diawal usia 20 an sajork...
hishh hishh hisshhh...... muda ker?

pada Ciklinn sedang2 elok..... nak kata masak tak masak org kata pa sedang ranum buah tu..... kruk kruk krukk kalau dimakan.... hihihiiihhi betul tak bang?


dah ada orang berkenan kawin jerlah kan......... hadoiiii.... Ciklinn bukan nyer belajo tinggi pun nak demand2 kan... Rupa pun ala2 jerr.....Lainlah berpngkat besar, cantik debaboomm.... duk membujang pun takpe sbb leh tampung diri sendiri....Ciklinn ni semua harta orang.. kereta laki punyer rumah laki punyer... tapi bukan ker harta laki harta ku jua???? hahahaha


ha sudah yer Cik Lijah... ciklinn umur 30 tahun udah ada 3 anak teruna okeh... n verangan nak tambah seketui lagi...... harap perempuanla lepas nie... doakan saya yer Cik Lijah...


Cik Lijah ni Ciklinn masih muda bergetah anak 3 diusia awal 30 an...... Auwww... jangann marahhhh ha nanti kena jualll...... sila jgn muntah yer kawan-kawan, biar Cik Lijah jer yg muntah berbesen-besen










Posted in , | 36 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

---Episod 3 Chinta ---

Posted by Ciklinn Hasib.

Tak sabar rasanya nak tunggu Episod Ke 3 petang nie..... cerita ni best lor.... Fasha Sanda lak dalam cerita ni mmg ayu suci dan murni gitu kan (walau ciklin tak berapa suka minah ni)..... huhuhuh.... kesian sgt Chinta... naif... bernasib malang berabang kan syaitonn bertopengkan manusia....apapun meh kita sama2 tunggu episod seterusnya petang nie....



  Chinta


Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.

Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang pengawal keselamatan kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta.

Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain.

Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka. Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat.

Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?

Saksikan ‘Chinta’ lakonan Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz mulai 27 September, Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Akasia. TV3

Posted in , , , | 13 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , , ,
Posted by Ciklinn Hasib.

 Owh dorang ker.... tiap2 kali lalu kat seksyen 7 tu kan... mmg tiap2 hari penuh dengan manusia lot kedai dorang nie..... berkoyan2 org datang... n ciklinn n incik laki sellau tertanya-tanya apalah yg dorang buat kat situ..... huhuuhuh... siap search kat google nak tau apalah benda kat situ.... sampai sekarang penuh tau.... erm... camnilah sellau kan.... bila dan beribu riban manusia masuk benda-benda camni baru kerajaan nak ambil tindakan... setelah tuan punya skim  kaya raya..... tak caya??? korang cari web dorang nie... bertimbun2 duit wooo....

 

Suami isteri dihadap ke mahkamah anjur wang kutu

28/09/2010 12:25pm

SHAH ALAM 28 Sept. – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi kesalahan menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu yang dikenali sebagai Program Ekspres sejak dua tahun lalu.
Sabbri Yusof, 49, dan Rahimah Rahim, 39, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.
Mereka sebagai pemilik perniagaan World Heritage Resources didakwa menggunakan syarikat itu untuk menganjurkan pelaburan wang kutu Program Ekspres yang dilarang di bawah Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 antara 1 Disember 2008 dan 29 April lalu.
Pasangan itu disaman mengikut Seksyen 3 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Kes itu akan disebut semula pada 2 November ini. - Utusan

Posted in , | 10 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Magika- harap2 terus magik kumpul lebih banyak wang

Posted by Ciklinn Hasib.

"Magika" Kutip RM1.3 Juta Selepas Empat Hari Tayangan 

PETALING JAYA: Selepas empat hari ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia dan Brunei, filem Magika telah berjaya memperoleh kutipan sekitar RM1.3 juta.
Penerbit filem tersebut dari KRU Studios, Norman Abdul Halim (gambar), bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh penonton sekali gus membuktikan genre muzikal mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.
“KRU Studios berharap perolehan bagi Magika akan terus meningkat berdasarkan maklum balas yang amat positif di Facebook serta pengkritik filem.
“Kami menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat pada minggu akan datang kerana faktor ‘hujung bulan’ dan selesainya perayaan Hari Raya.
“Dengan sambutan untuk sesuatu konsep yang baru seperti ini, kami percaya filem-filem yang akan dipasarkan kelak seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ akan diterima ramai, kerana kelainan yang dapat diberikan kepada penonton filem tempatan,” katanya dalam kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, Isnin.
Filem arahan Edry Abdul Halim itu mula ditayangkan pada 23 September lalu.
Filem bercorak muzikal fantasi tersebut mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.
Sewaktu berada di alam Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.
Antara cerita dongeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti kewujudan watak Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.
Magika menampilkan artis terkenal seperti Diana Danielle, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Amani.
Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya Karin), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).


adesss.... besttnyerr kalu dapat pegi tgok kan kan kan.... sapa mau tlg jagakan incik umar dobotss....(lega Umar dah lena.. lepas nangis2 dari pg tadi... sapa yg dah tengok yerk... best tak?

Posted in | 11 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- Petua hilangkan Selsema dan demam ---

Posted by Ciklinn Hasib.


--- Menantu Puan Hanim (softouch) Demam ---

terkini: Umar sedang tidur..... setelah puas merengek2

 
Petua hilangkan Selsema dan demam
Kanak-kanak/bayi

1. bykkan bayi minum airmasak
2.selsema- letak hibung bayi dengan kunyit hidup
cara:tumbuk halus kunyit hidup.. dan ambil air kunyit sapukan dihidung
 Kanak-kanak/Dewasa

1. Makan Aiskrim Vanilla (sgt bagus okeh)
2. minum air masak banyak-banyak

3. Selsema- Rendam kaki dalam air panas suam berlimau NIPIS atau KASTURI.
cara: sebaldi air yg telah dicamput air limau(dalam 5 biji camtu)
Kemudian tutup kepala dengan tuala..dan halakan muka diwap2 air tadi....
insyallah selsema akan berkurangan dan kering...

Posted in , | 22 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

--- Coli berharga 1 juta ---

Posted by Ciklinn Hasib.

apa yg korang mahu...
coli nya kah..... atau modell nya??



Posted in , | 15 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

--- Kepala Gua Rasa nak Pecah---

Posted by Ciklinn Hasib.

umar wat perangai mlm tadi....
tido nak atas badan mama...

asal letak bawah terjaga.. 
pehtu kol 4 pagi dah bangun

tak tido2.....


kol 9 pagi elok dia nak nyenyak......

 letrik lak kong sampai lah kol 12 tadi..
adesss......bangunnn terus umar dgn mata yg boolat...
dan sekarang

aliff dah naik van pegi sek..
aisy dah mkn sambil tgok TV
Umar sedang tido dgn nyenyak...

makanya

tuan rumah pun nak tido jap.....


Posted in | 11 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- Memang Malaysia jer yg Baik sangat ---

Posted by Ciklinn Hasib.

Media Perlu Beri Gambaran Baik Isu Hubungan Malaysia - Indonesia


KUALA LUMPUR: Media dan bloger perlu memberikan gambaran baik serta tepat agar isu hubungan Malaysia-Indonesia tidak disensasikan,kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, teknologi media dan komunikasi semakin canggih boleh membantu memudahkan hubungan kedua-dua negara.
"Pun begitu, ia perlu dimanfaatkan dengan cara dan niat yang betul serta tidak disalahgunakan agar tidak disalah tafsir oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Amal Sempena 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-Indonesia di sini, malam Ahad.
Muhyiddin berkata, sebarang bentuk ketegangan atau kontroversi tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
Sehubungan itu katanya, setiap perkara perlu melalui rundingan secara muhibah dan bermusyawarah bagi memastikan tindakan dua hala melalui proses runding cara.
"Isu-isu yang timbul melibatkan elemen sensitiviti dan berasaskan sentimen seharusnya diuruskan secara berhemah dan bijak.
"Justeru, kerajaan akan sentiasa mengambil inisiatif berterusan untuk mengekalkan keharmonian dan hubungan kerjasama dua hala strategik," katanya.
Menurut beliau, amalan tradisi seperti kekerapan lawatan dan pertemuan antara pemimpin akan diteruskan.
Katanya, diharapkan hubungan baik ini dilakukan juga oleh golongan lain seperti badan bukan kerajaan (NGO), perniagaan dengan perniagaan, majikan dan pekerja serta rakyat kedua-dua negara.
"Kerjasama antara Malaysia dan Indonesia meliputi pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, pendidikan, kebudayaan dan sosial," katanya.
Indonesia merupakan rakan dagang Malaysia ketiga terpenting di kalangan negara Asean.
Jumlah dagangan Malaysia-Indonesia meningkat lebih tiga kali ganda sepanjang 10 tahun dari RM9.59 bilion pada tahun 1999 kepada RM35.26 bilion pada 2009.
Hubungan kedua-dua negara kebelakangan ini cuba diganggu-gugat oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang dipercayai diupah oleh pihak tertentu berkaitan beberapa isu.

Yup... tapi kesabaran dan kediaman kami jangan di cabar-cabar.......
disebabkan orang2 malaysia ni baik2 belaka........makanya selamatlah orang2 indon yg masih mencari makan di Malaysia ni kan....

Posted in | 2 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- pandai jer kamu yer ---

Posted by Ciklinn Hasib.

sambil makan sambil sembang....
sambil sembang sambil makan...

itulah keje bodak Aisy...
membebel jerlah kerjanya....

sampai satu masa...

"mama nasi terkeluar dari mulut Aisy...."

"yerlah mkn sambil bercakap.. terkeluarlah nasi....
pastu tgok gigi aisy kan lubang nasi terkeluarlah..."
(taktik utk dia gosok gigi selalu)

"taklah mama.. ni kecik.. mana boleh keluar,,, tgok ni..."
(sambil cuba masukkan sebutir nasi melalui lubang depan gigi)

"Owh mama... Aisy tau kenapa nasi keluar.... dia takut MATI yer..."

muahahhahahhahhahha...... nasi takot mati... macam2 kan budak2 ni.... pjg jer imaginasi dia kan.....



Posted in , | 8 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

--- haiyooo kecil-kecil sudah gila seks---

Posted by Ciklinn Hasib.

MUAR 25 Sept. - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bukan sahaja mencabul dan meragut mangsa malah menunjukkan kemaluannya kepada lima wanita di sekitar Parit Jawa di sini, semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek yang menunggang motosikal melakukan semua perbuatan tersebut secara berasingan.

Katanya, kes pertama berlaku pukul 7.30 pagi kelmarin apabila suspek yang menunggang motosikal memegang payu dara seorang gadis berusia 22 tahun.

"Ketika kejadian mangsa juga sedang menunggang motosikal di kawasan berhampiran Stesen Petronas di Parit Jawa," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 7.15 pagi semalam pula, suspek telah menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 49 tahun di perhentian bas di Sungai Gersik, di sini.

Katanya, selang sejam di Parit Jamil, suspek menghimpit motosikal seorang gadis berusia 23 tahun sebelum meramas payu dara mangsa.

"Mangsa ketiga ialah seorang wanita berusia 30 tahun dan suspek yang menaiki motosikal telah menolak mangsa serta motosikalnya sehingga jatuh sebelum memegang payu dara mangsa.

"Mangsa seterusnya adalah seorang gadis berusia 18 tahun di Parit Pecah. Tidak seperti mangsa sebelumnya, suspek mengambil masa selama kira-kira sejam untuk berbual dengan mangsa sebelum meragut beg tangan mangsa," ujarnya.

Menurut Mohamad Nasir, bertindak daripada laporan mangsa-mangsa, pihak polis telah berjaya mengenal pasti nombor plat motosikal suspek dan menahannya di sebuah rumah di Parit Yusuf di sini pukul 8.30 malam kelmarin.

Katanya, suspek beralamat di Kluang dan tidak lagi bersekolah manakala motosikal digunakannya adalah milik kakaknya yang tinggal di Parit Yusuf.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cabul, Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana meragut dan Seksyen 509 kerana menunjukkan kemaluan," katanya.




banyak sangat tengok cerita lucah lah ni kekdahnya

Posted in | 10 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

---Saksi Dakwa Norman, Memey Tetap Tinggal Bersama Selepas Dicekup---

Posted by Ciklinn Hasib.

Saksi Dakwa Norman, Memey Tetap Tinggal Bersama Selepas Dicekup

KUALA LUMPUR: Saksi ke-enam kes khalwat dua pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza mendakwa pasangan tersebut kekal tinggal bersama tanpa rasa malu seminggu selepas dicekup oleh anggota penguatkuasa agama.
Mohd Yusri Abdul Razak menambah, dia juga telah membuat aduan dan laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada hari yang berlainan berhubung perkara itu.
“Saya buat laporan sebanyak tujuh atau lapan kali di pejabat Jais di Gombak dan juga Shah Alam tetapi tiada tindakan.
“Alasan yang diberikan ialah prosedur mahkamah telah bermula dan juga kerana terdapat banyak operasi,” katanya selaku saksi pendakwaan ke-enam.
Mohd Yusri yang juga merupakan pengadu dalam kes itu, sedang disoal semula oleh Pengawai Pendakwa Syarie Jais, Mohamad Nazri Basrawi yang mengendalikan pendakwaan.
Perbicaraan yang didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini Jumaat, juga menyaksikan jawapan saksi beberapa kali dibantah atas alasan ia tidak berkaitan dengan kes yang sedang dibicarakan.
Antaranya ialah jawapan Mohd Yusri, seorang perunding kreatif yang mendakwa Norman sebagai seorang yang mempunyai split personality (dua perwatakan berbeza).
Selain itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan juga membantah kenyataan saksi yang mengatakan tanggungjawab untuk menegakkan benang yang basah adalah lebih berat berbanding kewajipannya untuk menegakkan kebenaran.
Fakhrul: Saya mahu saksi menarik semula perumpamaan menarik benang yang basah.
Mohd Yusri: Saya tidak tuduh sesiapa. Itu secara umum.
Mohd Yusri juga berkata, Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi pelbagai dugaan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran.
“Tanggungjawab saya juga berat. Tapi demi kebenaran, agama dan juga masyarakat Islam di sana (tempat kejadian), saya terpaksa,” katanya lagi.
Pada keterangan lain, Mohd Yusri juga mengakui ada memanggil seorang wartawan dalam usaha mahu menginsafkan pasangan tersebut.
“Saya mahu wartawan menyindir perkara ini dalam akhbar tanpa menyebut nama dan tempat.
“Niat saya supaya wartawan ini dapat membantu Norman dan Memey insaf dan sedar tanpa tangkapan dilakukan. Ini dapat mengelakkan sesiapa daripada diaibkan,” tambahnya.
Menurut Mohd Yusri, perkara itu ada ditulis di dalam ruangan gosip dua akhbar tempatan pada hujung minggu.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, pemilik nama Suhaiza Suhaimi, 22, dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada pukul 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.
Pasangan yang baru bertunang pada Hari Raya ke-empat di Felda Tenggaroh, Selatan 1, Kota Tinggi, Johor kini berhadapan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Salehan Yatim bersambung 8 Oktober depan.


Tak tahulah dorang berdua nie....... ikut sesuka hati mak nenek dorang jerk.....
udahlah ciklinn pun sat lagi nak pergi mandi buih sempena open house di sri kembangan

Posted in , | 8 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

---Kes Pembunuhan Sosilawati: Peguam dah start putar belit mngaku tak lakukan pembunuhan---

Posted by Ciklinn Hasib.

Suspek utama nafi terbabit bunuh
2010/09/24


Peguam dakwa 2 beradik tak diberi peluang pertahan diri sebelum direman

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali semalam, dua beradik yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dibenarkan berjumpa peguam mereka dan dalam pertemuan itu mereka mendakwa tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Peguam mereka, D P Vijandran, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas beliau bertemu dengan mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, petang semalam.

Saya bersama dua rakan peguam dibenarkan berjumpa kedua-dua anak guam kami selama 15 minit dan dalam pertemuan itu mereka menafikan terbabit dalam pembunuhan kejam membabitkan empat individu termasuk seorang jutawan kosmetik.
Mereka mendakwa tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, katanya ketika ditemui di IPKKL, semalam.

Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.

Difahamkan, isteri kedua-dua suspek itu dibenarkan berjumpa suami masing-masing kira-kira 10 minit. Ini pertemuan pertama mereka sejak ditahan 11 September lalu.

Dalam pada itu, Vijandran turut menyuarakan rasa kesal dengan laporan akhbar sejak kejadian berkenaan yang disifatkannya berat sebelah, sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah.
Selagi kes ini belum dibawa ke mahkamah dan sehingga hakim memutuskan siapa yang bersalah, anak guam saya tidak bersalah.

Sepanjang berada dalam lokap sejak dua minggu lalu, salah seorang anak guam saya juga mendakwa dia ditumbuk dan ditendang anggota polis sehingga cedera di belakang badan.

Malah, permintaan anak guam saya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan polis, katanya laporan polis mengenainya akan dibuat hari ini.

Sosilawati, 47, dibunuh bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di sebuah ladang persendirian di Banting pada 30 Ogos lalu.

dah tentu2 yg ditangkap peguam.. wajib dia pertahankan diri even bukti2 byk dah ada..  di harap PDRM akan terus dan terus berusaha agar sekiranya benar dorang bersalah... hukuman gantung harus dikenakan

Posted in | 27 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- Wah sedap kamu menyedut yer ---

Posted by Ciklinn Hasib.

perghhh tajuk... sedut menyedut dgn nikmat... wakakkaka

selain nak test ber keyword... saja nak bgtau... haritu makan siput sedut masak lemak cili api

ya allah sedapp giler... sejak bersalin ni 1st time makan.... tapii bukan buat yer puan-puan.. ciklinn hanya beli...... eh bukan ciklinn yg beli tapi cik abang yg pergi beli kat restoren kat klang tu ha......

sedapp woooo...... menjilat-jilat jari......

nahh tgok wat santapan mata..........................

Posted in | 9 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Tutorial- Reply To Comment

Posted by Ciklinn Hasib.

 hoyerrr Ciklinn dah berjaya membuat reply to comment
rasa gumbira dihati sbb mudah senang cepat....
tak perlu nak menyelak terselak terintai dan sebagainya...
hanya tekan button Reply to Comment sajorkk....

ramai dah yg tau nak buat kan.....
takpe Ciklinn share juga pada sesiapa yg belum tahu dan nak ambil tahu
muahahhahahha
Dan juga utk simpanan ciklinn..... manalah tau nanti gatai sgt tangan duk nak mencantikkan blog
tiba-tiba.... daboom kebabooooomm ilang segala mak nenek...
(hishh jauhkan lahhh... penat mak nak  betulkan)

Reply To Comment adalah seperti gambar di bawah
Tgok mudah bukan ciklinn nak balas komen2 yg diberi 
oleh kaum adam  JMR dan Warlord


Okey langkah pertama sila pastikan SETTING COMMENT diletak pada

Embedded Below Post
(rujuk gambar dibawah utk lebih jelas)

 

Kemudian edit HTML - klik expand widget dan ctrl F utk memudahkan mencari kod dibawah

  
Cari kod
<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>

 Copy dan Pastekan kod ni dibawahnya

<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=BLOG ID BLOG&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>[Reply to comment]</a></span>

Kemudian PREVIEW dan SAVE....... sgt mudah kan kan kan.....

Nak cari BLOG ID rujuk gambar dibawah....... tekan sajor kat posting then tgok URL nampaklah blog ID.



 Kredit to adik sue


Posted in | 18 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

---Pahala untuk hubungan Suami dan Isteri ---

Posted by Ciklinn Hasib.

Sempena malam Jumaat malam tadi meh kita baca artikel nie... ahaksss

DALAM masyarakat Melayu, seks adalah perkara tabu dan ramai mengelak membincangkan topik ini secara terbuka.

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

Jika ditanya ibu bapa mengapa tidak memberi pendidikan seks kepada anak-anak, jawapannya mungkin 'malu' atau 'anak-anak tahu belajar sendiri.' Sebaliknya, apabila ditanya anak-anak mengenai seks, mereka lantas merujuk kepada perbuatan zina, gambar bogel, video lucah dan perkara yang membangkitkan nafsu.

Hakikatnya mereka tidak mendapat bimbingan daripada ibu bapa mengenai pendidikan seks sebaliknya anak-anak mendapat sumber daripada perlakuan seksual yang digambarkan di Barat.

Persoalannya, apakah seks itu dicipta Allah untuk tujuan keburukan sedangkan banyak ayat-ayat al-Quran yang menerangkan seks itu sesuatu yang suci dan murni? Seksual dikatakan berkait rapat dengan kehendak nafsu syahwat manusia, tetapi ia lebih banyak diseleweng padahal dalam Islam, seks adalah sesuatu yang suci dan murni.

Manusia memerlukan seks kerana ia adalah fitrah yang dianugerahkan Allah s.w.t. Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak agar ia mendapat keberkatan dan dikira amalan. Hubungan yang tidak halal atau seks luar nikah atau zina adalah haram serta berdosa besar. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperoleh di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperoleh di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka." (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Al-Hakim) Penyakit akibat jangkitan seksual kerap dihidap individu melalui hubungan seks rambang. Lebih 20 jenis penyakit dikesan antaranya sifilis, gonorea, ulser pada alat kelamin, jangkitan kulat dan bakteria pada vagina dan yang paling berbahaya ialah Aids.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada lelaki yang mukmin, (kawal) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka." Islam menyeru umatnya menyalurkan tuntutan seks dengan selamat dan mendamaikan. Naluri seks adalah suci jika dizahirkan dengan cara betul. Sebab itu, Islam mensyariatkan perkahwinan supaya manusia dapat 'meraikan' cita rasa dan kecenderungan diri supaya tidak melampaui batas yang digariskan. Jika seseorang itu tidak mampu berkahwin, mereka perlu memperbetulkan diri dengan memelihara kemaluan serta menjauhi bisikan nafsu syaitan. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya." (Surah al-Nur ayat 33) Naluri seks ciptaan Allah mengandungi pelbagai hikmah. Dalam hubungan suami isteri, Allah menjanjikan ganjaran pahala buat mereka kerana ia dilakukan secara halal dan diredai Allah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum ayat 21) Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahih Muslim, daripada Abu Dzar r.a: Beberapa orang daripada sahabat Nabi s.a.w berkata: "Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya memperoleh ganjaran. Mereka solat seperti mana kami solat. Mereka berpuasa seperti mana kami berpuasa. Dan mereka juga bersedekah daripada lebihan harta mereka." Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidakkah Allah telah memperuntukkan kepada kamu suatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya setiap tasbih (ucapan Subhanallah) adalah sedekah, setiap takbir (ucapan Allahu Akbar) adalah sedekah, setiap tahlil (ucapan La ilaha illallah) adalah sedekah, setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) adalah sedekah, menyuruh perkara yang baik adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah, dan setiap kali kamu melakukan jimak (dengan isteri kamu) juga adalah sedekah." Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, adakah jika seseorang daripada kita menunaikan syahwatnya dia mendapat ganjaran (sedekah)?" Rasulullah menjawab: "Tidakkah kamu merasakan suatu dosa jika dia menunaikan syahwatnya dengan cara yang haram?" Sahabat menjawab: "Ya." Rasulullah menjawab: "Demikian juga apabila dia menunaikan syahwatnya dengan cara yang halal." Islam juga menetapkan panduan lengkap pasangan memulakan hubungan seks. Terdapat tahap khalwat (berdua-duaan) dalam perhubungan itu, antaranya disunatkan solat dua rakaat sebelum memulakan jimak.

Mereka juga hendaklah memohon doa moga Allah jauhkan diri daripada gangguan syaitan. Abdullah Ibn Mas'ud r.a berkata: "Cinta itu daripada Allah, dan benci itu daripada syaitan. Dia tidak suka kamu melakukan apa yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu. Kemudian suami disunatkan berlemah lembut dengan isteri bagi mencetuskan rasa gembira dan meneguhkan perasaan cinta." Adab berjimak adalah dengan menanggalkan pakaian pasangan dan berada dalam satu selimut. Ia mendatangkan keselesaan dan isteri rasa seronok.

Berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi serta Abu Daud, Nabi bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Menutupi, maka hendaklah kamu juga rasa malu dan menutupi." Imam al-Tirmizi mengeluarkan hadis daripada Rasulullah s.a.w yang bersabda yang bermaksud: "Berawaslah kamu daripada bertelanjang bulat sebab bersama kamu turut serta yang tidak pernah berenggang dengan kamu melainkan di tandas dan ketika seseorang bersetubuh dengan isterinya, maka kamu hendaklah merasa malu terhadapnya dan memuliakannya." Dalam berjimak, suami jangan terlalu rakus kerana paduan dalam Islam memang praktikal untuk keharmonian rumah tangga.

Abu Mansur al-Dailami dalam musnad al-Firdaus meriwayatkan yang bermaksud: "Janganlah antara kamu mendatangi isterimu seperti mana seekor binatang (yang menerkam mangsanya), tetapi hendaklah ada perantara antara keduanya." Sahabat bertanya: "Apakah perantara itu? Jawab Baginda: "Ciuman dan gurauan." Dalam beberapa kes, suami lebih cepat menikmati inzal kemudian tidak berminat menggauli isterinya sedangkan isteri lambat mencapainya. Perbezaan tabiat inzal itu boleh mencetuskan krisis rumah tangga kerana isteri tidak mendapat kepuasan.

Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya' Ulumiddin berkata: "Selepas suami mencapai keseronokan dirinya maka hendaklah dia menanti isterinya turut mencapai kelazatannya. "Isteri mungkin lambat inzal maka kamu hendaklah tidak tergopoh-gapah meninggalkannya sehingga dia juga turut merasakan kelazatannya. (Jika kamu mengabaikan perkara ini) akan menyebabkan gelombang hawa nafsunya membuak-buak dan ini amat menyeksakan dirinya." Timbul juga persoalan di mana ramai pasangan yang masih musykil cara mendatangi isteri. Menurut kaedah yang dianjurkan Islam, suami boleh menyetubuhi isteri dengan pelbagai cara asalkan melalui faraj. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah ayat 223). Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sama ada dari arah hadapan atau belakang, asalkan ia dilakukan pada faraj." Selepas melakukan hubungan kelamin, pasangan suami isteri perlu segera mandi junub. Namun jika terlalu penat, ia boleh ditangguh dan sunat berwuduk sebelum tidur. Mandi lebih diutamakan kerana apabila bangun pada pagi keesokan harinya mereka dapat solat Subuh. Suami dan isteri juga digalakkan mandi bersama dalam satu tempat. Ini dikuatkan sebagaimana yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina 'Aisyah, berkata yang bermaksud: "Aku pernah mandi bersama Nabi dalam satu bekas, di samping tangan kami silih berganti menceduk air, lalu Baginda menyiramkan aku. Aku berkata kepada Baginda: "Biarkan aku..! Biarkan aku..! Kata Saidatina 'Aisyah lagi: "Kami berdua dalam keadaan berjunub." Pensyarah Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata hikmah perkahwinan itu adalah untuk memenuhi keperluan seks manusia selain bagi menambahkan zuriat.

"Seks adalah fitrah anugerah Allah kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang. Ia juga mencipta sakinah (ketenangan) serta memenuhi adab dalam mengeratkan hubungan antara pasangan. "Suami isteri boleh menunaikan syahwat mereka pada bila-bila masa melainkan pada waktu yang diharamkan syariat seperti berpuasa dan ketika isteri haid dan nifas.

"Allah berfirman: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat 222)," katanya. Beliau berkata, Islam memandang seks sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan pasangan suami isteri.

"Pasangan suami isteri boleh berjimak dengan gaya masing-masing tetapi haram menyetubuhi isteri pada dubur.

"Pilih waktu yang sesuai berjimak, jangan bersetubuh ketika isteri uzur kerana memberi mudarat termasuk tekanan emosi selain jangkitan kuman kepada saluran peranakan," katanya.

Mutiara Doa

Doa ketika hendak berjimak dengan isteri

"Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah kami daripada syaitan dan singkirkan syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)."

Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri

"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan." (Surah al-Imran ayat 200)

Doa menolak gangguan syaitan

"Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, daripada gangguan syaitan yang terkutuk, tipuan, bisikan dan godaannya."

Doa menghindarkan diri daripada perangai dan nafsu jahat

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu."

Doa mendapat hidayah berkekalan daripada Allah s.w.t

"Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)."



Abang... apasal takpernah pun dukung mama camnie???

Posted in | 9 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

---- Sambal sardin Pedas kebaboomm----

Posted by Ciklinn Hasib.

feveret kami laki bini......
sambal sardin + telur dadar + kicap manis cap kipas udang.....

jemput makan semua......


Resepi
 2 tong sardin saiz kecil

2biji bawang besar -dipotong
2 ulas bawang putih - ketuk dan potong halus
2 sudu cili pes
10 biji cili api - potong kecil2

garam secukup rasa
daum kesum

cara- tumis bawang + cili pes hingga naik bau...
msukkan sardin dan garam dan daun kesum
letak sedikit air.....

tutup sebentar...... dan sedia utk dimakan



Posted in | 22 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- YA Allah... kesian anak kecilku ---

Posted by Ciklinn Hasib.

 "Dah mama nak masak tolong jaga Umar yer......"

"mama..... umar nangis..dia nak mama...."


"Ala..bglah dia apa-apa..... bg toy dia"

"Okeylah, Aisy main dengan Umarlah"

Tiba-tiba


"mama....... mama..... mama........ cepat Umar makan keropok........"

"keropok????????.... "sambil berlari marathon ke bilik.....



Masyaallah............ korang tau apa yg budak kecil comel dan debab tu makan????

 kad jemputan kahwin anak dara pak seman....

huhuhh wat muka hensem ala Remy Ishak..... hahahhahahaha

Posted in , , | 41 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,

--- apa ke heinyer Mahal sangat Cicak Tokek ni?---

Posted by Ciklinn Hasib.

mama abang nak cuti tanpa gajilah......

haits... nak buat apa??

nak masuk hutan.....

masuk hutan... sejak bila minat hutan kehutanan nie?

tak.. abang nak cari cicak tokek....

cicak tokek?

haah mahal ma.... boleh buat beli umah sebijik.....

kalo camtu meh kita sama-sama masuk hutan...

(sambil berpegangan tangan masuk kebilik... muahahaha)


nilah gambar cicak tokek yang mahal tu.....
sgt berharga sebab boleh  buat ubat AIDS


 petikan dari forum carigold orang jual cicak tokek

Kat member aku dah ada tokek bintik merah dalam 17 ekor...berat antara 200-285 gram..ada buyer offer nak beli semua rm300k!!! Tapi aku nasihatkan agar cari harga tertinggi melalui CG ni...disebabkan tokey2 tokek kat CG hanya nak ambil yg berat 320g ke atas jer, maka aku nak offer lagi utk harga paling tinggi kpd yg sanggup beli dari harga rm300k tu...kpd serius buyer, kalau nak gambar, kat henpon aku ada..aku bole MMS...tp utk serius buyer je la..kalau tak buat abis kredit jer.....cepat sebelum dijual kat org lain!!! Kalau serius, bagi harga, bawa cash dan datang KL kita deal...sempoi...tq

Posted in , | 10 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

-- Shahir AF8 Kemalangan bersama Nissan Fairlady---

Posted by Ciklinn Hasib.

 ponn ponn ponn...... waduh2 jejaka idaman malaya kemalangan... seb baik budak hencem ni tak apa-apa..... tapii ciklinn sedih sebab kereta tersebut luka terukk... huhuhuhu

Kereta Baru Shahir (AF8) Berpusing Lima Kali

PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.


Sebelum


Selepas

Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut.

Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.

“Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Dia sudah mendapatkan rawatan doktor dan membuat laporan polis. Alhamdulillah doktor kata dia okey dan memberikan ubat tahan sakit.

“Tetapi dia belum membuat rawatan x-ray. Bagaimanapun, saya berharap supaya dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. Sekarang, dia sedang berehat di rumah dan menghantar keretanya ke bengkel,” kata Mahanum ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.

“Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi jalan.

“Selepas itu terus dia berhenti ke tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan. Nasib baik kereta yang lalu-lalang di situ sempat mengelak dan tidak terlibat sama dalam kemalangan tersebut. Walaupun keretanya rosak teruk, tetapi pada saya yang penting Shahir dan kawannya selamat. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya lagi.

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam hidupnya. – Mstar Online

Posted in , | 20 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

--- Artis Melayu Populor Buat muka bila peminat ambil gambar -----

Posted by Ciklinn Hasib.

ArtiTak kuasa budak ni nak layan dah........
tak heran dah nampak kamera.....
senyum pun malas dah....
mama bagai nak rak suh senyummm....
tapi tgok......................................

maka

Peminat terus merajuk....
dan nak tunjuk kelakuan artis tersebut di dalam blog...
huhuhhuhu










Agak-agak koranglah kan..... apalah yg dipikir dek umar tu yerk?

Posted in , | 27 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

--- Wow tingginyer trafik beribu-ribu ----

Posted by Ciklinn Hasib.

bukan bukan dan bukan saya....... hehehehheeh
ciklinn hanya blogger kecil2an sajork......
bak kata orang hanya blogger picisan sahaja.....

apapun terima kasih sangat sangat dan sangat  pada kawan2 yg selalu datang menjengah dan meninggalkan komen.... sama2lah kita terus mengeratkan lagi ikatan silaturrahim....

dengan kamu dan kamu semualah dunia ciklinn kembali bersinar-sinar.. hehhehe
kalu idak kelabuu jer ha duk sorang2 kat uamh nie....

dgn ni jugalah ciklinn kenal dgn ramai sgt2 kawan2...... kalau nak sebut mmg taktersebut......apapun time kasih pada semua... rasa syok sgt2 dapat jumpa kawan-kawan yg selama ini hanya bercomolot di intenet pehtu leh peluk-peluk mesra..... Tq yer kawan-kawan

Fuiyooo melekat-lekat traffic dijalanan


So dalam duk merayap2 masuk ke blog-blog yg menyediakan tutorial mencantikkan blog...... terjumpalah tutorial nak populorkan blog.... Ohho...rupanya ada mcm2 cara kita leh dapat dari blog ni yerk.. waduh2... mmg sgt lembabs aku nie...mcm siput sedut masak lemak cili api.....muahahha

byk sgt info kalu kamu semua pergi ke  
kujie2, ben shaari,lanunsepet,cikgudahliasumijelly, kak yan,eyriqaz dan ramai lagilah......oklah ciklinn nak kongsi tentang apa yg ciklinn dapat, hasil daripada berjalan-jalan, melawat dari satu rumah ke satu rumah......

Bagaimana nak tingkat trafik?

Blogwalking - terrbaekkk dari ladang... tapi ciklinn jalan lambat sikit sbb sambil dukung baby... so tangan2 cepat sengall...... haitss.....tapi bila malam menjelma ciklinn jalan laju2... hahha

Tulis entri menarik terbaru gosip - lagi panasss lagi ramai nak tengok

Ping blog - banyak tempat kita leh ping... dulu ada geng blogger tapi sekrg tgh tenat diserang virus

Facebook - leh link terus entry terbaru ke facebook....... caranya nanti ciklinn tgok balik kat blog kak mimi comei

Tinggal komen- dah rajin jalan2 tu tinggallah komen diruang komen yerr... lebih mesra gitu... kalu malas tinggal jerlah jejak kat shout box itu.......

Tinggal link - ha satu lagi benda yg sgt2 penting.......jgn dah penat menaip tinggal komen lupa lak tinggal link.. udahlah tuan tanah tercari2 alamat nak pergi.. hehhehehe

Update Blog- sila hapdet blog sekerap mungkin........ kalu dapat sekali sehari pun takpe.. so taklah terperap kat bawah jer dalam bloglist kawan-kawan :P. hihihhih blog ciklinn lah tu.... hahhahah.. kadang sampai berabuks wooo....


dan kalu nak tahu SEO dan penggunaan keyword yg terbaik adalah cara terbaikk abad ini utk meningkatkan trafik.. nak tau apa itu SEO dan penggunaan keyword yang terbaik boleh skodeng kat Yanmieonline dan Denaihati .. mereka sangat2 membantu utk kita belajar bagaimana meningkatkan trafik blog.

tapi yg penting pada Ciklinn persahabatan yg terus dan berterusan tu yg paling penting.... kalau terkejar2 trafik pun tapi dorang masuk sekali jerk.. tak best juga kan....... 

Posted in | 22 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Muzikal Tun Mahathir sudah sedia

Posted by Ciklinn Hasib.

Muzikal Tun Mahathir sudah sedia


Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani (berbaju Melayu) bersama barisan pelakon dan tenaga kerja kreatif Muzikal Tun Mahathir pada majlis pratonton fragmen muzikal tersebut di Lambang Sari, Istana Budaya, baru-baru ini.


TINGGAL beberapa hari sahaja lagi, pementasan Muzikal Tun Mahathir (MTM) akan membuka tirainya di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).
Bakal dipentaskan selama 11 hari bermula 24 September ini, MTM dilihat sebagai sebuah karya yang mampu menarik perhatian masyarakat untuk datang menontonnya.
Belum pernah lagi kisah hidup seorang tokoh yang masih hidup diangkat ke pentas teater. Sudah pasti ia merupakan daya tarikan bagi masyarakat untuk menontonnya.
Apatah lagi, MTM juga mempertaruhkan nama-nama hebat seperti Erra Fazira, Esma Daniel, Zizan Nin, Erma Fatima, Datuk Jalaludin Hassan dan Misha Omar yang dilihat mampu meninggalkan kesan yang bukan sedikit.
Ketika ini, pelbagai perasaan sedang mencengkam individu seorang ini sewaktu diajak bercerita tentang MTM.
Selaku penerbit MTM, Siti Rohayah Attan mengakui, dia tidak senang duduk buat masa ini selagi teater itu belum dipentaskan.
Banyak perkara yang difikirkannya bagi memastikan ia berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancang.
Berbeza dengan pementasan lain di bawah syarikat produksinya, CTRA Production Sdn. Bhd., MTM menyaksikan Siti Rohayah melibatkan dirinya secara total dengan penerbitan.
Baik dari segi jalan cerita sehinggalah ke pemilihan lagu-lagu yang melatari pementasan itu.
Di sebalik kebimbangannya itu, tiba-tiba wajahnya dengan pantas mengukir senyuman sewaktu diajukan tentang sambutan dan penjualan tiket.
Dalam nada teruja, Siti Rohayah melahirkan rasa syukurnya apabila tiket-tiket untuk lima persembahan MTM iaitu 24 hingga 26 September dan 1 hingga 2 Oktober semuanya sudah habis dijual.
Dengan penuh optimis, dia tidak menolak kemungkinan penjualan tiket yang laris bagaikan pisang goreng panas itu semuanya ada kaitan dengan ketokohan Dr. Mahathir itu sendiri.
"Seperti mana yang kita tahu, Tun Dr. Mahathir merupakan tokoh negara yang cukup dikagumi, dihormati dan disayangi oleh sebahagian daripada rakyat Malaysia.
"Secara dasarnya, kita sudah melihat kejayaan dan kecemerlangannya sepanjang 22 tahun menerajui negara sebagai Perdana Menteri.
"Saya percaya ramai yang mahu datang menonton teater ini dan menyaksikan sendiri bagaimana kisah hidup Tun Dr. Mahathir diceritakan menerusi pementasan ini," ujarnya tentang pementasan yang turut mendapat sokongan Kumpulan Utusan sebagai rakan media rasmi.
Tambahnya, MTM menawarkan harga tiket yang cukup murah iaitu RM20 khusus bagi pelajar sekolah untuk persembahan waktu petang pada 25 September dan 2 hingga 3 Oktober sahaja.
"Melihatkan respons yang diberikan itu, IB sedang menimbangkan untuk melanjutkan lagi tempoh pementasan. Bukan itu sahaja, kalau sambutan terus hangat, kami akan memikirkan untuk musim kedua pula," ujarnya.
Selain itu, Siti Rohayah turut berbangga dan mengucapkan terima kasih kepada badan-badan korporat dan swasta yang sudi menghulurkan bantuan serta penajaan bagi merealisasikan pementasan ini.


ciklinn- seronoknya kalau dapat gi tgok pementasan nie..... ermm... kena mintak tolong acik biha jaga Umar nie..... :)

Posted in , | 3 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

--- Terubat Rindu dengan Mia Sara---

Posted by Ciklinn Hasib.

Epilog Syurga Cinta TV3
jam 6.30 ptg....

arghhhh......... akhirnya ciklinn dapat menatap balik budak tercomel abad ini.... hihihihi

tercari2 juga.. sbb masa raya haritu takde kan.. huhhuh betul2 ingat dah tamat citer ni.. n ciklinn terlepas episod akhir.... makanya ku godek2lah portal TV3 tu..

rupanya hanya bagi laluan untuk rancangan sempena Hari Raya TV3 2010......

lepaskan rindu di FB mia...

Posted in | 4 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- sesi mengeluarkan angin dari perut incik umar Dobotss-

Posted by Ciklinn Hasib.

masalah bayi/anak yg kembung perut.......

mesti antara kaum2 ibu sekalian menghadapi masalah yg samakan...

ok ciklinn nak kongsi apa yg sellau ciklinn buat bila anak KEMBUNG......

mcmana nak tau anak kembung.....

kalau dah bg makan nangis.... bg minum nangis... suh tido takmau tido... didukung pun tak mau...... makanya tepuklah perut simanja anda..........hehehehhee

kalu berbunyi...... BUNG BUNG BUNG.... maka kembunglah dia.... hhahahaha

Ciklinn guna minyak yuyi ni dari Aliff lagi.... anak2 mmg rasi dgn minyak nie....

Langkah 1 : Letak minyak angin diperut dan ratakan...
jgn urut yerk..... sapu jer.....

Langkah 2: Letak juga dibelakang bdan dan sapu rata.....
urut secara tarik dari atas kebawah
jgn kuat2......

Langkah 3: Letak minyak juga dibetis bayi.... sapu rata......



Langkah 4 : Urut kaki bayi anda secara tarik dari atas kebawah...
Buatlah berulang kali...

Langkah 5: seterusnya... buatlah ala2 berlari anak dikedua belah kaki...
kemuadian naik kan kedua2 kaki dan tekan sikit ke perut....

Insyaallah selepas beberpa minit.. maka....
meletup meletupslah kentus bayi anda .... hehehhehe


Satu lagi.... sambil2 main dgn baby tu rajin2lah gosok belakang badan dia....
dengan kedudukan baby berada di atas badan ibu.....
insyaallah bayi akan jarang menghadapi masalah kembung nie...

kenapa bayi kembung????


Terdapat banyak sebab dan pendapat...
tapi dari yg Ciklinn tahu dan membuat carian melalui incik google.....
(sgt mudah kan sekarang nak tahu apa-apa just click google keluarlah apa sajayg kita nak.... masalah kesihatan anak.... anak/bayi sakit perut... bayi muntah-muntah... hihihh)

dan perut bayi kembung kerana..


1. Tertelan udara semasa minum susu atau semasa menangis
2. Alahan kepada makanan atau tidak tahan dengan laktosa
3. Lapar
4. Tidak hadam makanan
5. Bayi yg menyusu badan pun akan menghadapi masalah yg sama jika si ibu tidak menjaga makan.... makanya siibu harus berkorban utk tidak makan atau minum benda2 yg boleh membuat bayi anda kembung......(makanan dari tumbuhan menjalar dan berminyak...) 
 

Posted in | 28 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- Mata Dobots ku Merah ---

Posted by Ciklinn Hasib.

ermm..... nampak dah semakin kurang bila letak susu ibu...

sgt byk kebaikan susu ibu kan.........

umar pun dah tak bergaru sgt....

Kenapa Merah????

Sbb budak dobots ni sgt susah tidoo......
kadang sampai bengkak2 bawah mata....
pun tak tido2 gak......


Posted in , | 20 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Sedihnyerr kalau begini

Posted by Ciklinn Hasib.

Wan Chik Elak Sengketa Tidak Ziarah Kematian M.Rajoli



PETALING JAYA: Isteri kedua kepada pelakon M.Rajoli iaitu Wan Chik Daud (gambar) tidak hadir pada majlis pengkebumian suaminya pada Sabtu lalu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi sengketa diantara beliau dengan keluarga isteri pertama Allahyarham.
Wan Chik yang juga bekas juruhebah radio RTM itu berkata, dia juga kesal apabila tidak diberitahu mengenai kematian Allahyarham lebih awal termasuklah ketika arwah berada dalam keadaan nazak.
“Saya hanya mengetahui Allahyarham meninggal dunia selepas seorang rakan artis menghubungi saya. Malah seorang anak Allahyarham hanya memaklumkan kepada saya ketika jenazah sudah siap untuk dikebumikan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.
Pelakon M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 17 September lalu kira-kira pukul 10.45 malam akibat sesak nafas setelah menderita penyakit barah otak sejak tiga tahun lalu.
Akibat penyakit itu Allahyarham menjadi lumpuh satu badan sehingga terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur keesokkan harinya tanpa kehadiran isteri kedua, Wan Chik.
Menurut Wan Cik, dia sudah lama berkecil hari dengan ahli keluarga isteri pertama Allahyarham sehingga dia merasa kehadirannya untuk majis pengkebumian itu tidak diperlukan selain tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Bukan saya tidak mahu pergi. Sebagai isteri saya amat merindui suami setelah setahun setengah tidak berjumpa, cuma saya tidak mahu mengeruhkan 'sengketa' dengan keluarga isteri pertama," jelasnya yang memberitahu sering termimpi Allahyarham sebelum kematiannya.
Jelasnya lagi, tiada gunanya dia pergi menjenguk jenazah suami yang sudah terbujur kaku sedangkan semasa hayat dia tidak dapat bertemu dengan Allahyarham.
"Kehadiran saya di majlis pengebumian tidak dirasai oleh arwah. Bagi saya, tiada gunanya untuk menunjuk kasih sayang dengan menangis di kubur.
"Biarpun tidak dapat bertemu tapi kami berdua sudah berjanji untuk bertemu semula di akhirat. Saya pasrah dan reda dengan apa yang telah terjadi. Sebagai isteri saya hanya mampu menghadiahkannya bacaan doa dan surah Yasin kepada Allahyarham," ujarnya yang menafikan dia berada di Amerika Syarikat ketika majlis pengebumian seperti dilaporkan media.
Namun begitu, dia akan menziarahi pusara Allahyarham selepas tempoh edah selama empat bulan 10 hari tamat.
"Insya-Allah saya akan datang menziarahi juga kubur arwah selepas tamat edah dan merancang untuk menunaikan umrah sekali lagi," katanya sambil menangis teresak-esak menceritakan keadaan tersebut kepada mStar Online.

Posted in , | 7 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Abby Abadi kata Norman nak Rujuk Semula

Posted by Ciklinn Hasib.

PETALING JAYA: Ketika isu tuntutan wang hantaran RM11,111.11 daripada Abby Abadi terhadap Norman Hakim kecoh "diperdebatkan", timbul cerita panas baru di mana Norman pernah meluahkan perasaan mahu rujuk semula dengan Abby.
Abby berkata, Norman juga pernah meluahkan kata-kata sayang terhadapnya dalam tahun ini termasuklah "saya rindu awak".
"Dia pernah berkata mahu berbaik semula dengan saya tetapi saya buat tak tahu sahaja. Cukuplah dengan apa yang saya terkena sebelum ini," katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar, Ahad.
Kata Abby, dia sudah masak dengan perangai Norman dan perasaan terhadap lelaki itu telah lama hilang.
Beritahu Abby, walaupun dia dilihat seperti begitu membenci Norman apabila membaca kenyataan demi kenyataan yang dipaparkan, hakikatnya, Abby tidak pernah menganggap Norman sebagai musuh mahupun kawan.
Cukuplah Norman sekadar menjadi seorang ayah kepada tiga orang anaknya, Mohamed Danish Hakim,7, Marissa Dania Hakim,5, dan Maria Danisha Hakim,2.
“Baru-baru ini, pihak media telah menyiarkan yang saya dan Norman sudah berbaik semula, tetapi sebenarnya tidak. Susah nak cakap, memang sepanjang kami berpisah, hubungan saya dengan dia sekadar biasa-biasa saja," katanya.
Kata Abby lagi, selepas bercerai dia berharap hatinya lebih tenang, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila ada sahaja masalah diantara dia dan Norman sehingga membuatkan dirinya tertekan.
Malah lebih parah apabila Norman dikatakan mula lepas tangan hal berkaitan anak-anaknya.
“Kalau nak ikutkan, besar tanggungjawab seorang lelaki terhadap keluarga walaupun sudah bercerai, dia perlu mengambil kisah tentang anak-anak.



 “Tapi lain pula jadinya. Saya akui dia ada menjenguk anak dan membeli barang-barang untuk mereka, tetapi tidak sekerap dahulu. Apalagi bila berdepan dengannya untuk berbincang tentang hal ini, ia menjadi semakin rumit.
“Sebab itu saya berani membuat kenyataan kepada umum kerana ini saja caranya, demi anak-anak, walaupun orang akan mempertikaikan saya.
“Biarlah apa orang nak kata, sebab saya tahu saya tak akan dapat apa-apa faedah bila buat kenyataan sebegini, tapi ia lebih untuk kebajikan anak-anak saya,” ujarnya.



 Sumber mstar Online

 Komen Ciklinn.... ini adalah amarah seorang isteri yg sangat sakit hati ditinggalkan suami..... nafkah tidak dibayar... tup2 berpelok2 dgn fompuan lain n verangann nak kawin lagi...... huhuhuhuhuhu.... Ciklinn juga yakin kenapa Abby luahkan semua ni... sbb dendam masih bersisa dihati dek kerana somi yg curang...... n wujudnya seorg perempuan merampas suami nyer....... semoga kontroversi ni tidak berpanjangan... sbb masing2 akan terus memburukskan satu sama lain.........

Posted in , | 7 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,