Magika- harap2 terus magik kumpul lebih banyak wang

Posted by Ciklinn Hasib.

"Magika" Kutip RM1.3 Juta Selepas Empat Hari Tayangan 

PETALING JAYA: Selepas empat hari ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia dan Brunei, filem Magika telah berjaya memperoleh kutipan sekitar RM1.3 juta.
Penerbit filem tersebut dari KRU Studios, Norman Abdul Halim (gambar), bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh penonton sekali gus membuktikan genre muzikal mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.
“KRU Studios berharap perolehan bagi Magika akan terus meningkat berdasarkan maklum balas yang amat positif di Facebook serta pengkritik filem.
“Kami menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat pada minggu akan datang kerana faktor ‘hujung bulan’ dan selesainya perayaan Hari Raya.
“Dengan sambutan untuk sesuatu konsep yang baru seperti ini, kami percaya filem-filem yang akan dipasarkan kelak seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ akan diterima ramai, kerana kelainan yang dapat diberikan kepada penonton filem tempatan,” katanya dalam kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, Isnin.
Filem arahan Edry Abdul Halim itu mula ditayangkan pada 23 September lalu.
Filem bercorak muzikal fantasi tersebut mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.
Sewaktu berada di alam Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.
Antara cerita dongeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti kewujudan watak Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.
Magika menampilkan artis terkenal seperti Diana Danielle, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Amani.
Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya Karin), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).


adesss.... besttnyerr kalu dapat pegi tgok kan kan kan.... sapa mau tlg jagakan incik umar dobotss....(lega Umar dah lena.. lepas nangis2 dari pg tadi... sapa yg dah tengok yerk... best tak?

This entry was posted in .

11 Responses to Magika- harap2 terus magik kumpul lebih banyak wang

  1. hissshhh...kelmarin tgk trailer Magika ni kat tv mcm bestt jer...nk tgkkk

    ReplyDelete
  2. bleh thn gk le ceta ni ek...dh kumpul 1.3 juta...dasat2..hehe

    ReplyDelete
  3. Erkkk... nak tgk jugak nie. Dah lama skodeng citer ni dari trailer dia dulu.

    Kenapa filem ni berjaya??
    KELAINAN itulah yang ku cari! Tidak stereotype mcm filem filem yang lain.

    Si kecik Umar tu? Hmm.. letak nursery dulu tokleh ke? Hahaha!

    ReplyDelete
  4. cik linn akak dah tengok citer magika ni.. memang best la.. suka ada nyanyi2 tu.. tak bosan pun..

    ReplyDelete
  5. dah lama x tgk wayang... huhuhu...

    ReplyDelete
  6. dah tgk ke? best tak ceritanyer?

    ReplyDelete
  7. ha'ah la....mcm best je...teringin nak tgk watak pak pandir aznil kan...huhuhuh

    ReplyDelete
  8. ade yg kata best ade yg kata xbest..umar xpe,ibu hanim boleh jagakan...

    psst cik lin..darissa kat cni selsema plak..ikut pakwe dia lah ni kot..he he he

    ReplyDelete
  9. nak tengok cite rnie.......
    dah lama nak sgt tgk.....

    huhuhuhu

    Sumijelly.com

    ReplyDelete