Archive for June 2011

NUFFNANG- Adik Ciklinn Menang TV Besar

Posted by Ciklinn Hasib.

huuhuh ciklinn sgt2 happy rasa nak loncat2 gumbira......
tak sia2 ku paksa2 kamu..... 
walau akak tau kamo sgt sibuk....... 
tahniah yer..... hoyerrrrr betv besor kita kat kg..... 


Arghhhhhh jeless... sbb tv kt umh akk dah jadi kecik... huwaaaaaaaaaa.....

ni kali keDUA UDE MENANG DGN HADIAH YG BESAR,..... HARI TU DIA DPT CASH RM1.5K TAK SILAP.... MENANG DARI MKN AISKRIM KOT HUHUHUHU......

KLIK Sini untuk ke blog UDE

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Memory Card n card Reader Hilang- so sangat ....

Posted by Ciklinn Hasib.

Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter |

JCard Bandar Baru Klang- Aktiviti yg best utk hari Jumaat

Posted by Ciklinn Hasib.

sapa2 yg duduk dekat2 sini bolehlah jenguk2 yer...... ciklinn pun ingat nak gi.. nak pi cari seluar utk hero hero hero dan hero ni....... selalunya mmg murah time Jcard camni.... untuk ciklinn mmg tak hado lah gayanya... sbb minggu ni dah berapa kali dah pakcik posmen duk pinnnnn pinnn..... hehheheh

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Baby dalam Beg Yang serius comel...

Posted by Ciklinn Hasib.



Alkisah seorang budak yg cuba2 nak masuk dalam beg baju dia sendiri..
mama dan abah budak tersebut merasa sgt kasihan...... maka dengan rela hati memasukkan budak tersebut kedalam beg....... dan boleh pulak muat2 jer budak comel tersebut di dalam beg tersebut.....




Si abah yg bermood baik pada malam tersebut telah melayan hero nya yg Bongsu itu (muahah bongsu ker?)..... di bawaknya anak tersebut kehulu kehilir..... budak dlam beg tersangat happy....... mengekek2 dia ketawa...... hihihihih.....






Akhirnya si abah merasa sgt keletihan dan malas sudah melayan kerenah budak comel tersebut...... apalagi menangis2 tak cukup air mata itu budak..... hahahhah.... 

sekian cerita dari mama si penglipurlara........

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Kanak-kanak Perempuan 10 tahun tidak jadi dirogol - Alquran penyelamat beliau.

Posted by Ciklinn Hasib.

2011/06/22
JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh. “Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.

Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol. Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi




Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Ya Allah Beraninya mereka, demi mencari rezeki....

Posted by Ciklinn Hasib.







kredit to  Carigold

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Kerabu Sotong yang Sempoi- berbaloi2....

Posted by Ciklinn Hasib.



ha tentu korang meleh2 ayaq liuq kan kan kan kan....... i feveret kami laki bini... seminggu mesti 3-4 kali buat kerabu... tak kiralah sotong ker udang ker..... mmg wajib buat dalam seminggu tu... nak buat pun sgt senang dan cepat jerk.......

ni resepi nyer...

10 ekor sotong sederhana besar... dipotong2 pjg..... dan direbus sebentar

5 biji cili padi *
sedikit belacan goreng* - nak letak boleh.. tak nak pun tak per..
1 btg serai*
* dikisar halus...

1biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato sederhana besar dipotong dadu
beberapa helai daun kesum dipotong halus
1 batang bunga kantan dipotong halus

1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan - ni dah masin.... so rasa dulu baru tambah garam yer...
2 biji limau nipis - diambil airnya...

cara- campur jer semua diatas........ 
so selamat mencuba........

belah siang kompom dah makan banyak kan...... sbb bertambah2 makan nasi dek kerana kerabu sotong..... belah malam kita kasi rehat perut dengan roti sardin.... nyum nyum nyumm.... hat ni takdak resepi sebab pi makan kat kedai ja.... hahhahahah

Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,

Dewa Cinta Akasia- Argghhh mencik tak suka dgn hero dan heroin....

Posted by Ciklinn Hasib.

so malas nak layan citer nie.... ehhehhehe... dan petang2 skrg dah boleh menikmati angin petang.. sambil2 tengok umar naik kete tecik warna biru..........leh sembang2 balik dgn makcik sebelah..... yg sepanjang ado seth tan duk tanya aisy...

makcik sebelah : Aisy mama mana?
aisy : Dia tengok Nora Elena..... dia tak bg Aisy tgok Tv..... (hahha lelebih lak aisy menjawab.. leh lak nak tunjuk tak puas hati gak tak dapat tgok Ben 10)

happy umar dapat keluar rumah kalu idak naik pening umar 24 jam duduk dalam rumah jerk... dek kerana mama dia yg sgt angau dengan SETH TAN...... hahhaha..... dan pada sapa2 yg layan cerita DEWA Cinta ni.... ni sedikit sebanyak sinopsis cerita nie.....


Dewa Cinta

Nur Hidayati Abdul Aziz 17/06/2011 18:03:58 Dewa Cinta mengisarkan Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida). Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite. Takdir menemukan Iqbal dengan June, seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu.

June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan untuk saling mengenali dan menyayangi. Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama.

Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama 3 tahun di situ. June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”.

Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal. Fariz telah bersuhabat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan terjadi seterusnya? Saksikan suka duka kisah percintaan Iqbal dan June dalam Dewa Cinta di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Gojess arr colour nie

Posted by Ciklinn Hasib.

ermmm mokcik beno nyer tgh cari baju raya nih...... ingat nak beli hat ready made ja... senang.. n lagi murah kot.... kikikikikiki......

tiba2 mokcik ternampak colour biru yg sangat gojes dan menawan yg dipakai oleh Dato Ct ni ha.......

TAPI.... Adakah mokcik sesuai dgn colour nih..... dan boleh tak jadi secantik Dato' nih.....????? muahahahahhahahaha


Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Serius Korang jatuh chinta kat apa yg ada kat gambar nie.......

Posted by Ciklinn Hasib.

salam hari jumaat..... semoga hari ni akan lebih baik dari hari2 sebelum2 nya...... meh kita layan meh... gambar budak tecik makan pisang..... hihiihhihhihiih... semoga korang ceria seceria ending citer NORA ELENA>>>> kih kih kih....

Acu cuba korang belek gambar ni...... apa korang nampak????




 *

*

*

*

*

*
*

*

*

*

hahahah.... budak tecik ni semakin pandai tgok kamera.... aduyaiii best best best.... korang rasa nak geget tak dia?? hahahha

Posted in , | One comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Mama saya kata saya hencem mcm Seth Tan betul ker?

Posted by Ciklinn Hasib.


hihihihih comel giler muka dia kan..... ni muka bangun titun pagi tadi...... bau masyam2...

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Rendang Ayam jam 4 pagi -Isomnia punyer pasal

Posted by Ciklinn Hasib.

ni lah Rendang sempoi yg dimasak jam 4 pagi....
giler ar isomnia sekarang ni.... makin menjadi-jadi....

hadoi udahlah semalamnyer tido lambat.. pehtu bgn dah kompom awal anak2 sekolah ni
try lelap lepas dorang gi sek.. mata tetap degil tak mau gak pejam...
alih golek golek dan golek jerlah kat katil tu sambil kacau umar tido hahaha

oklah nak kongsi resepi rendang ayam hat paling sempoii ni...


10 ketul ayam yg digoreng layu2

A
4 ulas bawang kecil *
2 ulas bawang putih*
1 batang serai *
* semua di blend
5 sudu besar cili pes - nak lagi pedas tambah yolah lagi


B
1 cwan air panas
1 kotak kecil santan
2 sudu kecil pes asam jawa
3 sudu besar kerisik
2 inci halia yg diketuk
garam dan gula secukup rasa.... gula tu lebih kan sikit pun takper... lagi sedap..

2 helai daun salam... kalu takde daun kunyit pun boleh daun limau pun boleh...

Cara... tumis bahan A hingga naik bau.... dan masukkan jer semua bahan B tu.... tunggu hingga minyak terbit then masukkan ayam...... pehtu tunggu lah sampai semua bahan tu agak garing yer...... ni versi campak jer... hhihihihi versi mengantuk tapi takleh tido.. keh keh keh..... so selamat mencuba....

Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,

NUffnang- erm..jadilah wat duit raya

Posted by Ciklinn Hasib.


TQ.. harap dorang ni semua yang masih kekal dapat duduk lama2 kat tempat2 yg telah ku sediakan dalam blog ni... hehehe...... lehlah wat tambah2 utk raya...kikikiki.... yolah tu... bukan nyer banyak pun.... tapi ok wat.. sapa nak bagi kan kan kan.......

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

REsepi carrot cake yg moist lagi sedap......

Posted by Ciklinn Hasib.

Assalamualaikum.... hari ni nak kongsi resepi Carrot cake yg ciklinn rasa sama yg mcm selama ni ciklinn beli.. alhamdulillah mmg jadi n sgt2 sedap...... bukan nak puji diri sendiri.. tapi nak puji melambung2 kat tuan punyer resepi  nie......

haritu ciklinn mmg teringin sgt2 nak mkn carrot cake... dan teringat2 lah sgt carrot cake yg ciklinn selalu beli tu...... sgt moist dan sedap.... tapi tiba2 dapat mesg dari LELA LELORD kat FB cakap... linn buat jerlah sendiri.... hehehhehe.. terus tergoogle "moist carrot cake"....... dan terjumpa resepi di sini ALLRECIPES.COM




Ingredients

  • 2 cups all-purpose flour
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1 1/2 teaspoons baking soda
  • 1 teaspoon salt
  • 2 1/2 teaspoons ground cinnamon
  • 4 eggs
  • 1 1/2 cups vegetable oil
  • 2 cups white sugar
  • 2 3/4 cups shredded carrots
  • 1 (8 ounce) can crushed pineapple, drained
  • 3/4 cup chopped walnuts
  • 1 cup flaked coconut - lepas ni kalu buat tak mau letak lah..sbb incik laki dan anak buah pun ckp tak payah letak.. mengganggu tekak hahah.....

Directions

  1. Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C). Grease and flour a 9x13 inch pan. Mix together the flour, baking powder, baking soda, salt and cinnamon. Set aside.
  2. In a large bowl, mix sugar, oil, and eggs. Beat in flour mixture. Stir in shredded carrots, crushed pineapple, chopped nuts and flaked coconut. Pour into prepared pan.
  3. Bake in the preheated oven for 35 to 40 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Allow to cool.    Topping Cream Cheese

Topping Cream Cheese..... ni ciklinn wat sendiri jerk...

250 gm Cream Cheese
125 gm butter
1sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar icing sugar

satukan semua diatas dan pukul sehingga kembang... selamat mencuba yer kawan2...

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Amboi2 pandainyer dia melukis.... makin comel muker tu dibuatnyer....

Posted by Ciklinn Hasib.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi ISnin.... Hari ini ada lah hari yg menenangkan diwaktu jam lepas 7.30 pagi.... hehehhehe.....

Tiga Hero yg bikin kecoh dari jam 6 hingga 7.30 pagi telah pergi kedestinasi sekolah masing2 hahahhahah

Sila perhatikan gambar diatas..... apa yg korang nampak terpalit terlukis dimuka budak Umar tersebut....?????

Yer beliau telah dengan jayanya.... isap pensel warna abg2 dia.... makanya terhasillah hasil seni berikut..... hihihihih

gambar dibawh menunujukkan incik umar sedang sebak2 bila mama kata...

"haips..... apasl main kaler.... amboi2... mama gigit tgn tu karang taulah..."
Wah panjang mama bebel macam dia paham.... hihihihi



Incik umar telah nangis dgn kuat... sbb dengar perkataan
"HAIPS"

HUWAAAAAAAAA makin besor molot kamu yer umar yusuf
 Harini juga best sbb incik laki saya telah memasakkan bini tersayang nyer nasi goreng.... sangat sedap....

dan yg paling best... sekarang pabila incik laki merajinkan diri memasak... dia telah pun mengemaskan jua dapur yg berkecah tersebut.... oleh yg demikian saya merasa bertambah happy lagi....... hihihihihi




Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Walau iyer seladar bihun goreng yg kosong

Posted by Ciklinn Hasib.


saya makan dengan rasa best... sbb incik laki yg masakkan..... TQ abg....

malam tadi saya mmg takleh nak tido... dan akhirnya terlelap gak.... lepas tu dlm kol 6.30 terbau2 dah aroma masakan dari dapor...... yes!!! dalam hati berbunga2 dah ni... sbb tau mmg incik laki saya sedang memasak..... hehhehe.....

"mama tak payah masaklah... makan jer bihun tu.... Abg balik pun petang2 nanti..."

apapun mama tetap kena gak duk dapor.... sbb anak teruna hat no 2 Ahmad Aisy Adam nak sgt2 mkan coklat kek.....

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Insomnia - Serius Penyakit ni buatkan kepala tak tentu arah

Posted by Ciklinn Hasib.

jam telah menunjukkan ko 4 pagi..... ayam makcik sebelah pun dah tido2 ayam utk bangun subuh...... tapi HAKU....... masih tak leh tido.... anak2 silih berganti bangun..

sorang nak susu...
sorang nak garu.....
sorang sakit kaki.......
GGGGGGrrrr..... puasa dah ku pejam2 mata kuat2....
tapi kepala duk melayang esok nak bangun  awal...




 kredit gambar dari sayafaiz blogspot dot com

haishhh... banyaknyer kerja esok..... nak menggosok baju yg berbakul...... nak siap2 kan barang sekolah anak2.... (tau jerlah coti2 i... kompom semuanya ilang..... )


BESTNYERRR TGOK LAKI TIDO BERDENGKUR2...... TERSENGET2 HA PIPI DIHIMPIT BANTAL BUSUK..... HAHAHHAHA.....

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

Kemana Hilang Maribinablog???? tlg saya cari....

Posted by Ciklinn Hasib.

ciklinn cari blog yg penuh dan sarat dgn tutorial blog Maribinablog....... huhuhu ku cari dan cari dan cari... tapi tak jumpa..... ada cari kat google org kata blog tu telah didelete yerk...... arghhhhhhhhhh tennsenn...

ada sapa2 yg tau tak kat mana nak cari owner blog tu....... manalah tau dia ada buat back up utk blog dia tu...... huhuhuh ciklinn nak godek2 blog ni... dan sgt2 memerlukan tutorial dari maribinablog.......

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

LASIK- huhhuhu mahaheiii nyer.....

Posted by Ciklinn Hasib.

dalam duk belek2 surat khabar semalam Mingguan Malaysia ruangan KESIHATAN terpandanglah satu artikel.... ermmm sangat menarik... utk pada sapa2 yg dah tak mau lagi pakai spek mato..... huhuhu Ciklinn pun sangat teringin tapi tapi dan tapi tersangat lah mahal utk saya... huhuhuhuh...


belek belek dan belek...... jumpalah blog Drmuhaya ni ha..... humak aiiii membabas mahal ha..... hat ni promotion.... kalu idak tak tahulah berapa harege yg sebenarnya.....


PREMIUM Lasik Promotion

PREMIUM LASIK (age < 38)
RM 6,990
 Blended Vision for Long-Sighted and Short-Sighted (age > 38) 
RM 7,990 

Terms and Condition
1. LASIK is for everyone
2. Operation applies for both eyes
3. Must pass screening test for LASIK

http://www.drmuhaya.com/lasik

  

makanya redha jerlah buat masa ni pakai spek jerk... huhuhuhuhuh...... doakan Ciklinn ado rezeki yerk..... aminnnnn







Untuk maklumat lanjut LASIK..... copy dari UTUSAN

Teknologi lasik terkini di Asia

SEJAK beberapa bulan yang lepas, Chan Wai Yin, 65 mengalami ketidakselesaan yang serius pada kedua-dua belah matanya disebabkan oleh pembedahan katarak mata. Selepas mempertimbangkan beberapa pilihan, Wai Yin membuat keputusan untuk mencuba pembetulan penglihatan laser kornea. Beliau menjalani beberapa pemeriksaan lengkap serta siri ujian sebelum pembedahan.
Selepas hanya dua jam di klinik, beliau pulang ke rumah dan menjalankan rutin hariannya dalam keadaan penglihatan yang jauh bertambah baik. Wai Yin merupakan antara pesakit pertama di Asia yang menerima prosedur rawatan laser mata atau pembedahan Lasik terpantas di dunia, Wavelight Refractive Suite.
Kebanyakan orang tidak tahu bahawa setiap mata mempunyai ceritanya sendiri dan setiap cerita adalah berbeza. Mata setiap orang mempunyai profilnya sendiri yang bergantung kepada usia, sejarah kesihatan dan penggunaan matanya dalam kapasiti yang berlainan berasaskan pekerjaan, minat dan gaya hidup. Justeru, memang sewajarnya mata setiap orang diuji secara berasingan untuk menilai dengan tepat kesihatannya dan untuk memastikan diagnosis dan preskripsi yang betul. Jika ini tidak dilakukan, ia boleh mengakibatkan seseorang mengalami masalah penglihatan atau dalam kes lebih teruk kemerosotan penglihatan yang boleh membawa kesan jangka panjang, dan akhirnya menjejaskan kualiti hidup.
Bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan, pembedahan laser atau lasik menjadi pilihan selain cermin mata bagi yang rabun jauh atau dekat atau pembedahan katarak.
Perkembangan teknologi sejak 1950-an telah membawa kepada penemuan rawatan laser -assisted in situ keratomileusis (Lasik) yang semakin berkembang setiap tahun, dari penggunaan pisau kepada penggunaan laser sepenuhnya. Ini mungkin membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun ddekat dan jauh, astigmatism serta katarak mata.
Lasik kini merupakan prosedur pembedahan laser paling popular untuk mengoptimumkan daya penglihatan dan menjadi pilihan kerana tempoh pemulihan yang pantas, kurang komplikasi dan kesan sampingan berbanding pembedahan refraktif lain.
Pembedahan laser refraktif pula merupakan satu kaedah kekal dan membetulkan masalah rabun dengan segera.
Kini bukan lagi sesuatu yang mencabar bagi doktor mata kini dalam mengatasi masalah mata pesakit berumur melebihi 40 tahun yang enggan memakai cermin mata ketika membaca.
Menurut Pengarah Pusat Perubatan Mata Lee (LEC), Dr. Lee Mun Wai, Pembedahan laser refraktif merupakan alternatif bagi mereka yang penat memakai cermin mata dan merasa kurang selesa untuk memakai kanta lekap.
Pemeriksaan
"Ia adalah satu kaedah di mana rawatan laser dilakukan ke atas kornea untuk mengubah bentuk kornea bagi membolehkan imej difokus dengan baik ke atas retina. Sebelum Lasik, seseorang itu akan menjalani pemeriksaan yang menyeluruh termasuk kesihatan mata ditentukan dan ketebalan kornea dan darjah kerabunan akan diperiksa bagi menentukan kesesuaian Lasik. Terdapat pesakit yang dikesan mempunyai masalah mata lain dan mungkin kurang sesuai menjalani Lasik, tetapi rawatan khusus dapat diberi di samping beberapa alternatif lain. Lasik menunjukkan pengubahsuaian bentuk kornea adalah kekal. Oleh itu kesan kaedah ini akan kekal," katanya.
Kini terdapat kaedah lasik selamat tanpa menggunakan pisau dan dilakukan hanya dalam masa 1.4 saat yang dikenali sebagai Wavelight Refractive Suite.
Ia juga mempunyai sistem penjejakkan canggih bebola mata yang akan memastikan keselamatan pesakit sepanjang berlangsungnya prosedur.
Menerusi Lasik, pembedahan laser digunakan ke atas lengkungan kornea dan ia menjadi pilihan ramai kerana tempoh pemulihan yang pantas serta kurang komplikasi dan kesan sampingan.
Perubahan
Prosedur itu menjadikan perubahan kekal pada kornea untuk membuang bahagian tertentu tisu dalaman bagi merawat rabun dan astigmatisme.
Kornea dibentuk semula bagi meningkatkan fokus cahaya pada retina yang berperanan mengoptimumkan daya penglihatan.
Sebelum pembentukan semula struktur dalaman kornea dibuat, satu potongan pada lapisan atas kornea dilakukan dan digunakan sebagai 'pembalut semula jadi' untuk menutup bahagian tisu tengah kornea selepas pembedahan selesai.

Penglihatan bertambah baik

SEHINGGA kini, orang ramai masih lagi takut untuk menjalani pembedahan Lasik berikutan stigma ke atas penggunaan pisau walaupun pada hakikatnya prosedur itu kini jauh lebih canggih.
Dengan gabungan dua jenis laser iaitu 200 kHz Wavelight FS200 femtosecond dan 500Hz Waveligh EX500 excimer, tekonolgi Wavelight Refractive Suite yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan Asia menjadi platform pembedahan baik pulih mata terpantas di dunia.
Pengarah Perubatan Pusat Mata lee (LEC), Dr Lee Mun Wai, teknologi terkini ini bukan sahaja kos efektof dan pilihan mudah kepada mereka yang mahu bebas daripada bergantung pada cermin mata dan kanta mata lekap. Ia juga sesuai bagi mereka yang tidak mahu dibebani dengan prosedur pembetulan berulang. Prosedur ini cepat hanya mengambil masa sepuluh minit.
Ia selamat, tidak sakit dan hanya menggunakan ubat titis mata sebagai anestetik. keputusannya pula serta merta.
"Seseorang pesakit yang ingin mendapatkan rawatan mata selalunya bimbang dan khuatir tentang risiko yang perlu ditanggung. Tetapi kaedah ini bukan hanya mengurangkan komplikasi serius, tetapi juga mampu membantu menyelesaikan masalah bagi mereka yang gagal memperolehi keputusan memuaskan daripada prosedur konvensional lasik atau katarak. Teknologi canggih ini membolehkan rawatan laser mata dilakukan mengikut kesesuaian individu," ujar Dr. Mun Wai.
Wavelight juga dilengkapi dengan rangkaian komputer bersepadu yang dikenali sebagai WaveNet yang membolehkan pemindahan data pesakit dilakukan melalui peralatan diagnostik ke laser itu.
Ini membolehkan pakar bedah memberikan hasil pembetulan mata secara konsisten beserta hasil visual berkualiti tanpa kompromi dari segi tahap keselamatan ketika melakukan rawatan.
Dr Mun wai yang sebelum ini aktif dalam kajian klinikal optalmik berkata antara ciri menarik teknologi laser FS200 adalah kemampuannya merawat mengikut bentuk dan saiz kornea yang berbeza. Selain itu, ia juga mampu meminimumkan insiden lapisan gelembung yang kabur. Tambahnya lagi, FS200 juga merupakan laser femtosecond yang terpantas, mengurangkan masa untuk membuat lapisan nipis (flap) pada mata kepada enam saat.
Dalam pada itu, EX500 ialah laser eksimer paling pantas dalam pasaran dan boleh merawat 1.0 diopter (100 darjah kuasa cermin mata) hanya dalam masa 1.4 saat.
"Menerusi teknologi terbaru dari Jerman ini, saya yakin bahwa hasil keputusan daripada prosedur pembedahan yang lebih efisyen dan efektif ini serta kemampuannya, ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk memilih prosedur rawatan penglihatan melalui Wavelight," ujarnya.

Posted in , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , ,