--- haiyooo kecil-kecil sudah gila seks---

Posted by Ciklinn Hasib.

MUAR 25 Sept. - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bukan sahaja mencabul dan meragut mangsa malah menunjukkan kemaluannya kepada lima wanita di sekitar Parit Jawa di sini, semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek yang menunggang motosikal melakukan semua perbuatan tersebut secara berasingan.

Katanya, kes pertama berlaku pukul 7.30 pagi kelmarin apabila suspek yang menunggang motosikal memegang payu dara seorang gadis berusia 22 tahun.

"Ketika kejadian mangsa juga sedang menunggang motosikal di kawasan berhampiran Stesen Petronas di Parit Jawa," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 7.15 pagi semalam pula, suspek telah menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 49 tahun di perhentian bas di Sungai Gersik, di sini.

Katanya, selang sejam di Parit Jamil, suspek menghimpit motosikal seorang gadis berusia 23 tahun sebelum meramas payu dara mangsa.

"Mangsa ketiga ialah seorang wanita berusia 30 tahun dan suspek yang menaiki motosikal telah menolak mangsa serta motosikalnya sehingga jatuh sebelum memegang payu dara mangsa.

"Mangsa seterusnya adalah seorang gadis berusia 18 tahun di Parit Pecah. Tidak seperti mangsa sebelumnya, suspek mengambil masa selama kira-kira sejam untuk berbual dengan mangsa sebelum meragut beg tangan mangsa," ujarnya.

Menurut Mohamad Nasir, bertindak daripada laporan mangsa-mangsa, pihak polis telah berjaya mengenal pasti nombor plat motosikal suspek dan menahannya di sebuah rumah di Parit Yusuf di sini pukul 8.30 malam kelmarin.

Katanya, suspek beralamat di Kluang dan tidak lagi bersekolah manakala motosikal digunakannya adalah milik kakaknya yang tinggal di Parit Yusuf.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cabul, Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana meragut dan Seksyen 509 kerana menunjukkan kemaluan," katanya.




banyak sangat tengok cerita lucah lah ni kekdahnya

This entry was posted in .

10 Responses to --- haiyooo kecil-kecil sudah gila seks---

  1. woish..dekat ngn umah edy tu..huhuhuh

    ReplyDelete
  2. @iEn

    seb baik dah kena tangkap.. kalu idak kena pasang perisai lah nampknya.. hihihih

    ReplyDelete
  3. Aii notty sungguh la itu budak..kasi sebat sama dia

    ReplyDelete
  4. banyak faktor tu....salah stu kecanggihan teknologi sekarang

    ReplyDelete
  5. dunia skrg cik linn..bdk2 cpt advanced sebab medium utk itu terlalu laus dan kurang sekatan...ibu bapa kene byk main peranan..jangan sudah terantuk baru terngadah..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Mintak dijauhkan terjadi pada anak2 kita...

    ReplyDelete
  7. eee buat malu org MUAR jelah.... mujur dah kena tangkap...

    ReplyDelete
  8. hisshhh...menjijikkan...

    waa ciklinn dh berjaya letak widget mister linky ! taniah2 ;)

    ReplyDelete
  9. bahaya kan jaman skrg...
    tgk tv byk sgt pon bahaya gak... terdedah2

    ReplyDelete