Jutawan kosmetik hilang bersama wang RM4 juta

Posted by Ciklinn Hasib.

assalamualaikum wbt.......
sihat ke kamu dan kamu semua......

adoi dah 3 hari tak dpat nak mengadap blog.. sbb incik laki sedang menggunakan secara 100%......... arghhhhhhh tensennn wooooo........

apapun ciklinn tetap gagah perkasa.. bangun tgh2 malam gi jalan2 dari satu rumah ke satu rumah...... terima kasih yg tak terhiingga pada semua yg jalan2 ke blog ciklinn yer.....

malam tadi dalam duk menyusukan budak tecik umar..... terr dengarlah berita pasal pasal jutawan kosmetik ilang?????? huhhuh kemanalah perginya dia kan... apapun harap takdelah perkara2 buruk berlaku.........

so pagi ni.. pi cari incik google kot2 ada berita terkini pasal dia....... betul ker dia bawak duit TUNAI RM4 JUTA>>>>. perghhhhhhhhhhhhhh menggelitissss woo pencurik2 penyamun2 kat malaysia ni nak tolong sama cari dia....... hahahhahaha








KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.

Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.

Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu raji'e di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.
sumber:carigold

This entry was posted in , .

10 Responses to Jutawan kosmetik hilang bersama wang RM4 juta

  1. huhu..
    takutnye..
    4 juta??
    400 cash pun dah takut giler bawa
    melilau mata kiri kanan...huhu

    ReplyDelete
  2. Banyaknya dia bawak cash kan..harap-harap dia selamat..

    ReplyDelete
  3. nak raya nie ..mmg ramai penyamum ..
    bos kakyatt bawak rm80k..pun kena samun minggu lps..nsib duit dah kasi kawan dia masa tu ..tp teruk gak ar..kena pukul ..

    ReplyDelete
  4. tu ar kak, lieya tau lepas bace utusan ari ni...tgk tv ni pun cite pasal die...aduh takut....dah le org kaye...takut mangse culik jek ...kalo tak kene bunuh takpe gak...aduh mintak2 laa selamat datuk nie....doa yg terbaik tuk die ngan keluarganye...

    ReplyDelete
  5. rasa mcm keje org dalam ke kan
    dah tau dia bawa banyak cash.

    ReplyDelete
  6. semoga dia selamatlah hendak nyer...byk giler tu...naik lak bmw...

    ReplyDelete
  7. gilerlah kan bwk cash 4 juta...kene culiklah tu kan..jgnlah dibunuh dia..sian anak2nya n perniagaan dia tu..harap2 dia selamat

    ReplyDelete
  8. 4Juta????kenapa kena bawak cash...walllawehhh...banyakk giler tuu....harap2 dier selamat...

    ReplyDelete
  9. hmm.. akak yg ilang duit seratus lbh nie pun terkulatX2...

    psst.. client akak tur dik oii... tp x penah direct ngan die, normally thru assistant die jer! kelasss gitur..

    ReplyDelete