--- saya sokong tindakan yg diambil ini----korang camner????

Posted by Ciklinn Hasib.

post signature

ciklinn rasa sepatutnya dari dulu lagi kerajaan ambil tindakan mcm ni... gejala membuang bayi ni makin berleluasa... ni lah akibat bila perasaan takuttt..... malu.. akibat daripada perbuatan sendiri......


saya juga bersetuju dgn cadangan ALi rustam supaya dibenarkan kawin muda....... ha jgn nak melatah bila ciklinn setuju nie........ yg tak setuju tu duk menuding jari pada kerajaanlah sipulan lah sipulanlah........ cari penyelesaiann bukan menyalahkan......

1. yg tak setuju kata mereka patut bersekolah- pada ciklinn kalu napsu tu dah membuak kat sekolah dorang buat benda tu......berlaku nyer puan2 dan tuan2........

2.yg tak setuju kata tak bekerja lagi camne nak sara bini - ha bg tau sikit... kawin ni bukan nak menyedappppp jerk.... tanggung jawab amat berat nak menyara org...

3.
yg tak setuju kata budak2 pikiran tak matang nanti berapa bulan kawin dah menjanda - elok menjanda kurang2 kawin tu halal disisi islam... dari menjanda laki pun takde..... org nak kawin pun tak kisah sbb mak janda... laku hokehh dari anak dara tapi dah terberanak....

4.
yg tak setuju katamcmana nak jaga anak kalu kerja pun tidak - ramai jer org nak anak tu sbb budak2 tu anak sah taraf...... mak bapak dinikahkan secara elok......... so ramai jer yg nak jaga anak2 camnie....


sgt2 kesian pada anak2 tidak berdosa ni...... makin bernyawa..... ditinggalkan di tong sampah... dilongkang.... masyaallah..... anak kita yg dilahirkan dalam keadaan sempurna pun..menggigil kesejukan masa keluar..... bila diletakkan atas dada siibu sgt2 tenangg dan damai jer dia....

korang bayangkan apa budak yg dibuang2 tu rasa...........masyaallah azabbnyer mereka digigit semut..... digigit kesejukan pagi.......arghhh tak sanggup dah nak teruskan...



Hukum mati jika sabit kesalahan

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh.

Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi di bawah Seksyen 302 kanun tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Selain itu, mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam.

Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan penyiasatan kes pembunuhan bayi mengikut Kanun Keseksaan.

“Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan ‘buang bayi’ kepada ‘pembunuhan bayi’. Ini amaran keras bahawa bayi bukannya dilahirkan untuk dibunuh sesuka hati,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan program Penyerahan Bantuan Khas Perbendaharaan dengan nilai bantuan RM2,657,010 kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya di sini hari ini.

Shahrizat berkata, pihaknya juga akan meminta PDRM menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kepada kes-kes tertentu supaya ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa dihadapkan ke mahkamah.

Menurutnya, ujian DNA ini penting supaya lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya kes hamil luar nikah tidak akan dibiarkan lepas tetapi akan turut didakwa.

Beliau percaya dengan hukuman lebih keras ini dapat mengatasi gejala pembuangan bayi yang sehingga hari ini mencecah 60 kes.

Tambah beliau, sebelum ini kementerian hanya menggunakan pendekatan kebajikan yang mana ia selari dengan matlamatnya termasuk menangani isu pembuangan bayi.

“Selama enam bulan ini, kementerian melaksanakan pelbagai program termasuk ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendidik mahasiswa supaya bersama menangani gejala yang makin meruncing ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat meminta kerjasama NGO yang menerima bantuan kewangan supaya tidak lupa meletakkan logo dan nama kementerian yang telah membantu menjayakan program mereka.


This entry was posted in .

7 Responses to --- saya sokong tindakan yg diambil ini----korang camner????

  1. betul tu cik linn akk pun sokong 100%

    p/s: lama tak singgah makin cun dah blog ni

    ReplyDelete
  2. nauzubillahhiminzalik... emm dah tak terkata bila baca kisah bayi2 yang x berdosa ni di buang mcm sampah!

    sekarang dh ada hukuman yang sangat wajar bg mereka yang bukan manusia ni!! geramnye lah saya dengan dorang2 ni tau... ikut hati, nak je p lempang, sepak terajang sorang2 tau!!

    aduh, ter-emo.. sorry kak!

    ReplyDelete
  3. mmg geram sgt bila tgk ramai bayi mati dibuang :(

    ReplyDelete
  4. klu nak sruh kawin awal..
    xsetuju!!cara tu xleh sesaikan mslaha..kawin dituntut oleh agama biler dah cukup syarat2 nyer..bukn bleh pkai men kawin jer..kawin tu tanggungjawb n kena ingt gak pencerai tu sslah satu mende yg tuhan murka..

    ReplyDelete
  5. sgt setuju dgn semua hujah ciklinn ini :)

    ReplyDelete
  6. betul linn... mmg sokong 100%... bayi tu pon berhak idup...

    ReplyDelete
  7. setuju sangat2....baik bertindak drpd asyik dok komplen tp x de buah pikiran yg menyumbang ke arah mengatasi masalah

    ReplyDelete