---Ayam Masak Kurma---

Posted by Ciklinn Hasib.

post signature

Nyummy-nyummy......
mama suka.... abah suka....
aliff suka..... Aisy pun suka

Menu berbuka.... mmg bertambah2 makan kalu menu nie.....
nak2 ada sambal belacan..... vavavvavavvav mabeless.....



Bahan-bahan - ciklinn pun masak camni juga...
(Ciklinn copy dari http://rinnchan.fotopages.com)

AYAM MASAK KURMA
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka

Dikisar:
3 biji bwg merah
3 biji bwg putih
1 biji cili hijau

1 inci halia
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 pkt kecil serbuk rempah kurma adabi, dibancuh dgn air
1 btg serai, dititik (ciklinn tak letak sbb takde)
Sekeping asam jawa
2 biji buah keras, ditumbuk
1 biji kentang, dibelah 4
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 biji buah tomato, dibelah 4
1 biji cili hijau, dibelah
1 mangkuk santan
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau.
3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna
agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan
kentang dan masak sehingga kentang lembut.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau yg telah dibelah. Kacau sebentar.



This entry was posted in .

9 Responses to ---Ayam Masak Kurma---

  1. Saya suker juger. Saya pun pandai masak kurme nie. Nyami!

    By the way, ini lauk sahur saya nanti! :)

    ReplyDelete
  2. Good fill someone in on and this mail helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.

    ReplyDelete
  3. Thanks ciklinn share resipi tu..nanti nak buat gak la..boleh masuk senarai menu utk juadah berbuka ni..Umar bam2 tak kacau mama dia berbuka ker??

    ReplyDelete
  4. hajar pun suke.. hubby hajar pun suke... antara menu pilihan kami tambah2 time bulan pose... ;d

    ReplyDelete
  5. ingat petang nanti baru planning nak masak kurma.

    ReplyDelete
  6. budak2 esp mmg suka mkn kurma..xpedas kan..

    sennag ati cik linn yer..anak2 n suami suka mkn n bertambah2..

    ReplyDelete
  7. wow....marbeles....

    kak, lieya plannak buat ayam kurma pagi tadi (tuk buke arini) ...bahan sume dah kuar, nak amik serbuk kurma...tgk2 tade....adoi..spoil tul terus transform jadi ayam masak kicap jek hahaahah

    ReplyDelete
  8. kami sekeluarga pun sukaaaa

    ReplyDelete