Susah nak komen kan.....
erm.... bila bekerja buatlah seikhlasnya.....
tanpa takut dan ragu..........
MAKANAN HALAL DAN HARAM BUKAN MAINAN
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diibaratkan ‘harimau tanpa taring’ kerana tiada akta atau undang-undang khusus menguatkuasakan tindakan.
Namun jabatan itu berhak menggantung atau menarik semula sijil halal bagi mana-mana premis sekiranya gagal mematuhi prosedur pensijilan halal.
Demikian penjelasan Penolong Pengarah Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah mengenai ‘kuasa’ badan itu.
Beliau berkata, masalah yang sering berlaku terhadap kebanyakan pemohon sijil halal adalah tidak membuat pengisytiharan dengan jelas.
“Ini membabitkan senarai bahan ramuan, kelengkapan dan peralatan, kakitangan, menu serta proses penyediaan makanan.
“Pengisytiharan sebelum ini dilakukan terhadap setiap menu namun ia kini dipermudahkan dengan mengisytiharkannya secara menyeluruh selagi tidak membabitkan pengunaan dapur yang berbeza,” katanya.
Kebiasaannya, pengisytiharan tidak jelas itu disebabkan pengusaha mahu mendedahkan percampuan antara bahan halal dan tidak halal.
Segelintir mereka sewenang-wenangnya menggunakan bahan berasaskan alkohol dan kaedah penyembelihan daripada sumber tidak diiktiraf halal.
Sentiasa beri peluang
Pemeriksaan Jakim meliputi dua bahagian iaitu pemantauan berkala terhadap premis yang sudah mendapat sijil halal dan pemantauan berdasarkan aduan.
Jakim bukan sahaja membuat penilaian terhadap dapur tetapi juga membabitkan kakitangan yang menyediakan makanan dari mula hingga akhir.
Berhubung aduan, ia mengenai logo dan sijil halal di bawah Jakim serta penggunaan istilah perbahasaan halal di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Mohd Amri berkata, kebanyakan aduan yang diterima merupakan penyalahgunaan logo halal di premis berikutan pengusaha tidak mempunyai sijil halal sah.
“Kenapa perlu menggunakan sijil dan logo halal palsu? Pengiktirafan halal daripda Jakim menunjukkan premis menjaga kepentingan pengguna.
“Kami memberikan sijil halal kepada mana-mana pemohon tanpa diskriminasi kerana keutamaan adalah pematuhan piawaian dan standard yang ditetapkan,” katanya.
Penarikan sijil halal disebabkan kegagalan mematuhi prosedur bukan bermakna pengusaha atau premis tidak mendapat peluang kedua dan seterusnya.
Menurut beliau, pengusaha akan mengalami kerugian sepanjang tempoh itu dan adalah zalim sekiranya Jakim tidak membantu mereka menangani masalah tersebut.
“Justeru, Jakim akan memberikan panduan kepada mereka agar membuat permohonan semula namun perlu mengikuti segala peraturan, standard dan piawaian,” ujarnya.
Cabaran tiada kerjasama
Pengguna sering beranggapan semua hotel di Malaysia adalah halal meskipun hotel tidak membuat pengisytiharan halal atau mendapatkan sijil halal daripada Jakim.
Lebih membimbangkan apabila pengguna akan bersangka baik terhadap semua hotel berikutan lokasinya dalam negara dan diuruskan atau milik rakyat tempatan.
Mengenai pemantauan dan penguatkuasaan, Mohd Amri berkata, cabaran Jakim apabila pengusaha tidak memberikan kerjasama sepenuhnya.
“Pemohon pensijilan halal sudah tentu akan mengikuti segala panduan dan memberikan kerjasama kerana mahu permohonan diluluskan.
“Namun berbeza dengan mereka yang terpaksa melalui proses pemantauan yang dilakukan secara mengejut tanpa sebarang persediaan atau pembetulan,” katanya.
Pengusaha juga sering melakukan penipuan dengan tidak merahsiakan urusan invois pembelian dan melindungi bahan ramuan terlarang.
Pemantauan dan penguatkuasaan Jakim bukan sekadar menumpukan kawasan dapur tetapi juga di kawasan penerimaan barang sehingga makanan siap dimasak.
Beliau menolak dakwaan segelintir pengusaha menyifatkan perkara itu merumitkan sedangkan pemantauan perlu dilakukan secara terperinci.
“Mereka melakukannya setiap hari dan tanggungjawab mereka hanya perlu mengisytiharkan segalanya secara telus, jelas dan tepat,” jelasnya.
sumber : Mstar Online
setuju sgt2 .. entah aper2 buat kerja skrg nieh .. mana org nak percaya susah tul ... x tegas langsung ..
ReplyDeleteskrg nie kita lak yg kena pandai bezakan halal yg betul2 halal .. hhuhuhu kalau org yg x perihatin main taram jerk huhuhu
sedihhh sgt2
betul tu Lin..Patutnya mereka yang bertanggungjawab perlu lebih telus & jujur..ini melibatkan amanah & tanggungjawab mereka pada umat Islam di Malaysia..
ReplyDeletesusah nak cakap.. jakim cam takot2 jer.. huhu
ReplyDeletemy recent post:
peninggalan nabi s.a.w
kata negara islam sepatutnya kita kena letak tanda pada makanan yang tak halal je
ReplyDeletebila melibatkan kerja penguatkuasa..saya jadi macam..terdiam kejap. sebabnya..mungkin ada alasan yang kukuh pihak penguatkuasa JAKIM jadi camtu.
ReplyDeletetapi dear..kalau nak makan kat maner2 pun kiter kena tengok logo HALAL tu kan. jadi macam takut lak sebab macam2 kes sekarang ni.
kalau penguatkuasa tak boleh kuatkuasakan undang2, pada siapa lagi la boleh kita harapkan....
ReplyDeletehuhuhu....
Salam singgah Cik Linn :D
ReplyDelete