---- kena baca kenapa Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta---

Posted by Ciklinn Hasib.

 
 Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
  


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila. 



kredit 2 Carigold

This entry was posted in .

11 Responses to ---- kena baca kenapa Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta---

  1. ciklinn.. minta maaf saya tk berapa jelas ttg kaitan hidupkan penghawa dingin dengan kandungan benzene tu.

    Benzene dtg dari barangan dalam kereta, tapi kenapa kita tak boleh hidupkan a/cond tu?

    ReplyDelete
  2. bagus le info ni cik linn..selalu masuk je kete ..panas sgt bukak je aircond kan huhu

    ReplyDelete
  3. Thanx byk2...
    Saya pun slalu terus je buka air-cond...
    Pasni kene aware...

    ReplyDelete
  4. tq cik lin...sblum ni sy tau kalu kita terus buka ekon cermin kita akan pecah..xtau plak psl2 nie semua..ok lepas ni sy akan sabarkan diri berpanas kejap dlm kete tu..:)

    ReplyDelete
  5. good info nih linn... mekasih share yer..

    ReplyDelete
  6. tq sebab share info ciklinnn :)....bagus nie...so, pasnie , masuk2 keta jgn trus on aircond....

    ReplyDelete
  7. hairil rizal- bila kita idupkan ekon makanya kita akan auto tersedut benzene tu... sbb tu dia suruh kita bbukak tingkap then bila dah angin2 masuk menegeluarkan gas tu.. baru kita leh pasang ekon.... ha itu antra yg ciklinn pahamlah

    ReplyDelete
  8. oooooo...
    sy mmg x terus on econ klu start kreta sbb enjin x panas lg nnt kluaq bunyi kuat..tak tau pula psl ni..gud info

    ReplyDelete
  9. ehheeh...
    ulang kaji subject cabin atmosphere system..
    huuuuuuuu..
    sape yg tak jelas lagi..
    benzine tu produce dari aircond coolent tu..
    which is oil n fuel..
    once benda2 ni dah evaporate,of course ler jadi substance lain..
    that's y also..kita takleh lama2 tido dlm keta yg nonstop aircond...
    takde air circulation n also benzine tu tadi dah jadi mcm pelali n boleh buat kita pengsan n in the same time boleh mati..

    ReplyDelete
  10. yup betul tu.. ada gak baca pasal ni

    ReplyDelete