*KENAPA IBU BUANG SAYA- wahai si ibu,lihatla anakmu tersenyum

Posted by Ciklinn Hasib.


Bayi Lelaki Bogel Ditinggalkan Depan Rumah Polis

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di depan pintu pagar rumah seorang anggota polis di Kampung Batin, di sini malam Selasa.

Lans Koperal Marzuki Hamid, 44, berkata bayi lelaki seberat 3.03 kilogram itu ditemui anaknya Hafiyana, 19, kira-kira pukul 10.15 malam dalam keadaan berbogel dan ditinggalkan di atas rumput tanpa sebarang alas.

Marzuki yang bertugas di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berkata ketika itu, beliau dan anggota keluarga yang lain keluar dan hanya Hafiyana ada di rumah.

"Hafiyana ternampak bayi itu ketika ingin keluar untuk membeli barang di kedai tidak jauh dari rumah. Sebaik ternampak bayi itu, dia bawa masuk ke dalam rumah dan menyelimut bayi itu dengan tuala sebelum menghubungi saya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Marzuki berkata sebaik mendapat panggilan daripada anaknya, beliau segera pulang ke rumah dan menghantar bayi yang mempunyai cukup sifat itu ke hospital.

Beliau berkata bayi itu langsung tidak menangis ketika ditemui dan sepanjang perjalanan ketika dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K Manorahan ketika ditemui berkata bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan di rumah anggota polis berkenaan.

"Kami percaya ia ditinggalkan dalam tempoh tidak sampai sejam kerana ketika anggota polis itu keluar rumah pukul 9 lebih, bayi itu belum ada di situ," katanya.

Beliau berkata polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan individu yang dipercayai meninggalkannya di situ dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Perlindungan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Mohd Abdan Ishak berkata buat sementara bayi itu akan dijaga oleh jabatan itu sebelum mahkamah menentukan institusi mana bayi itu akan ditempatkan. - BERNAMA


Tersangat Bahagia melihat Kalian Bahagia.....

Mama akan terus menyanyangi dan melindungi kalian hingga ke hujung nyawa..

itu janji mama buat anak2 mama

This entry was posted in .

12 Responses to *KENAPA IBU BUANG SAYA- wahai si ibu,lihatla anakmu tersenyum

  1. sedih cik lin....nangis...

    bila org buang2 bb nie..otomatik tringat anak...smpai ati dorang buang2 bb n bunuh bb nie..Kalu lah ada org nk bg sy bb, sy nk jer bela..

    Sy pun berjanji pd anak2 sy akan syg smpai mati dorang tu WALAUPUN kdg2 sy ada je marah anak sy yg sulung tu...

    ReplyDelete
  2. ya allah kak..comel sungguh ler bayi malang nie....kalau bagi kat aku nie kak....terus aku buat sujut syukur kak...

    kan kak...takde perasaan ke diaorg nie.....bayi secomel nie di buang mcm tu aja

    ReplyDelete
  3. nangesss...

    haku siap main belah-belah perut segala nak beranak derang senang lenang jerk buang anak..heran hakuuu..

    kepada pemberanak yang senang diluar sana kalo taknak siler letak didepan pagar rumah haku jugak..haku nak anak ko sebab haku susah mau beranak..ko senang kann siler beranak banyak2 dan letak kat umah haku..haku boleh jaga dan sayang sampai akhir hayat haku...eh banyak-banyak kang jadik umah kebajikan plak umah haku kanggg..hiks...

    bebbb sikecik ko bambam betuiiiii..gerammmmm ehhh tengokk ghaser nak gigit-gigit pipinyerr...auuummmmmmmmmm...

    ReplyDelete
  4. aduhaiiii... :(
    bak la sni kalau takmo..
    sian budak tu tinggal bogel2 gitu. Syukur lah selamat..

    ReplyDelete
  5. satu nyawa yang berjaya diselamatkan..kalau lama sikit, meninggal agaknye bayi tu...

    bangang nye mak ayah dia...dah atu buat benda haram, jgn lag tmbh dosa dgn buang anak....makin menjadik2 buang anak ni skrg..

    kadang2 bila selimutkan E-ein, terasa sayu teringat baby yg dibuang dlm tong sampah, dlm longkang yg kesejukan sampai mati...syurga menanti mereka yg suci ni...

    ReplyDelete
  6. Tersentuh :(

    walau sy ibu yg garang tp sy sgtlah penyanyang..ohh anakku mamy janji syg kasih dan lindungimu sayang

    ReplyDelete
  7. kepada sesiapa yang nak buang anak sila kontek sy yer
    saya nak menjage seorg anak:)
    tq

    ReplyDelete
  8. saperlar x sayang anak..

    tapi ader kann..

    kanns

    ReplyDelete
  9. sedinya la..kenapa la ada lagi kes2 begini..takde ke saya kasih @ sayang dihati si ibu tu ye..puas mengusung anak dalam perut 9 bulan..dah selamat melahirkan dibuang pulak.hai!! KEJAMnya la..tapi baby tu bernasib baikkan linn sebab masih bernyawa..

    ReplyDelete
  10. mereka yang buang anak ni macam mencabar dengan undang2 yang dikenakan sekarang tu..kita ni beranak jek terus berlinang air mata dengar tangisan anak..ntah apa la mereka2 ni makan sampai hati tu dah jadi hitam..sampai sanggup buang anak..lebih teruk sebelum buang kasi bunuh dulu..nauzubillah min zalik

    ReplyDelete
  11. Apa la nak jadi dunia skrg ni. Makin menjadi-jadi kes buang bayi ni.

    Kalau kes buang bayi dah menjadi-jadi, apatah lagi kes zina agaknya kan?

    Istighfar..

    ReplyDelete