---kuku ciklinn ada masalah... huwaaa---

Posted by Ciklinn Hasib.

post signature

ciklinn sgt2 takut... sbb kuku pd 4 btg jari mmg tak lawa sgt dah..
huwaaaaaaaaaaaaa nak pakai cincin pun malas....
sbb ccn tu pun jadi xlawa disbbkan kuku yg tak cantik...

tak jumpa doktor lagi tapi harap2 semuanya ok nanti


cantikknyerr kuku dier.....

gambar kuku ciklinn?????? haitss nanti2la tepek muahahaha...
sgt buruksss ok...

sikit info ttg kuku..........

1-Pale nail/ kuku yang pucat

Keadaan ini adalah normal apabila usia meningkat. Walaubagaimanapun, kadang kala kuku yang pucat juga merupakan simptom kepada penyakit berikut:
-anemia
-congestive heart failure
-diabetes
-kegagalan hati
-kekurangan zat makanan
2-White nail/ kuku berwarna putih
Hampir keseluruhan kuku berwarna putih dengan bingkai kuku lebih gelap menandakan masalah hati seperti hepatitis. Dalam gambar ini jari menjadi 'jaundiced' atau kekuningan disebabkan masalah hati.


3- Yellow nails/ kuku kekuningan
antara penyebab kuku menjadi kuning ialah jangkitan fungus. Dalam keadaan di mana jangkitan sudah menjadi teruk, lapisan kuku mungkin tertarik (retracted), kuku semakin menebal, pecah serta hancur.
Dalam kes terpencil pula, kuku menjadi kuning merupakan tanda kepada keadaan keadaan serius seperti penyakit berkaitan thyroid yang teruk atau psoriasis (penyakit autoimmune pada kulit dan joint)


4- Bluish nails/ kuku kebiru-biruan
Keadaan kuku yang kebiru- biruan menunjukkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Keadaan ini boleh berlaku oleh pelbagai sebab seperti jangkitan paru- paru atau pneumonia. Sebab tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup adalah terlalu luas dan untuk memastikannya hendak lah berjumpa doktor.


5-Rippled Nails/ kuku berkedut atau seakan- akan berombak
Keadaan ini merupakan tanda- tanda awal psoriasis(penyakit autoimmune pada kulit dan joint) atau inflammatory arthritis.


6-Cracked or Split Nails/kuku retak atau merekah
Keadaan ini dikaitkan dengan masalah thyroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuningan pula menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman.

7-Puffy nail fold/ bengkak pada lipatan atau kawasan sekeliling kuku
Kulit sekeliling kuku kelihatan merah dan bengkak dikenali sebagai inflamasi atau keradangan 'nail fold'. Keadaan ini berlaku disebabkan penyakit lupus atau masalah pada connective tissue yang lain.

8-Dark Lines Beneath the Nail/ garis hitam di bawah kuku
Keadaan ini perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma; sejenis kanser kulit yang berbahaya
9-gnawed nail/ kesan kerkahan atau gigitan pada kuku
Menggigit kuku mungkin merupakan tabiat biasa seseorang namun dalam sesetengah kes ia merupakan petunjuk kepada persistent anxiety atau gelabah/kebimbangan yang berterusan. Tabiat menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan Obsessive compulsive disorder; sejenis abnormaliti pada minda yang berkaitan dengan rasa gementar dan gelabah yang mendorong kepada melakukan suatu tabiat (seperti menggigit kuku) bagi mengurangkan rasa gelabah tersebut. Sekiranya pesakit tidak boleh berhenti dari tabiat ini, anda dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan.

sumber:halaqah.net

This entry was posted in .

7 Responses to ---kuku ciklinn ada masalah... huwaaa---

  1. ye ke kak linn...lieya pun same kak, teruk plak...teruk sebab dah start bulan pose ni lieya mmg masak tiap2 ari...hah, kalo dah memasak tu mmg kuning2 jek laa kuku aku kak...dok pegang kunyit heeheheh

    ReplyDelete
  2. ala cian ciklinn...
    bese la kite ni basuh2 pinggan kan..

    ayarkk..den giget kuku ;p

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa lyn..
    g jumpa doc lyn..kot ada apa2..

    ReplyDelete
  4. thanx for the info..bc n3 nie cpt2 sy cek kuku saya..takutlah plak..

    ReplyDelete
  5. buruk sangat ke kuku tu.. upload pic ek nak tgk

    ReplyDelete
  6. samalah..dh masak ari2..nan adonya cantik..hahaha..

    ReplyDelete