Osama ejen CIA: Castro
Menurutnya, Osama sering muncul apabila bekas Presiden AS, George W. Bush mahu menakut-nakutkan dunia dan beliau menegaskan dokumen rahsia yang didedahkan di Internet baru-baru ini membuktikan dakwaannya itu.
"Setiap kali Bush mahu mencetuskan ketakutan dan memberi ucapan penting, Osama akan muncul dan mengugut dunia dengan memaklumkan tindakan ganas yang akan dilakukannya.
"Osama adalah pekerja bawahan Bush," katanya kepada media Cuba semasa pertemuan dengan seorang penulis kelahiran Lithuania yang terkenal dengan penulisan buku berbentuk teori konspirasi untuk memerintah dunia.
Castro berkata, dokumen rahsia yang dibocorkan di laman sesawang WikiLeaks.org 'membuktikan dengan berkesan bahawa Osama adalah ejen CIA'.
Bagaimanapun, pemimpin revolusi Cuba itu tidak mengulas lanjut kenyataan beliau itu.
kredit: Sinar Harian
bila fikir2 mmg logikkan... tapi tak taulah......apa pendapat korang......
entah lah dik .. pada akak kalau dah bush tuu kafir tetap kafir .. osama adalah org islam ..
ReplyDeletejadi seburuk mana pun dia , dia adalah seagama kita .. yg kafir pastinya tempatnya di neraka jahanam .. tapi yg namanya islam akhirnya ke syurga ..
jadi fikirkanlah .. islam itu suci walau ada yg nak menjatuhkannya ..