"Siapa nak doakan Saya"

Posted by Ciklinn Hasib.

MERSING: “Kalau emak mati, ramai anak cucu doakan emak, tetapi kalau saya mati siapa hendak doakan saya sedangkan saya tak mempunyai anak.” Itulah kata-kata yang pernah dilafazkan Norzihan Eni, 42, kepada ibunya Hasnah Abu Bakar 68, yang ditemui maut dalam tandas guru perempuan Sekolah Kebangsaan Sawah Datuk, dekat sini, pagi semalam.


PILU...ibu mangsa, Hasnah (tengah) dan Zalina di Unit Forensik Hospital Mersing, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi semalam, guru yang mengajar Bahasa Inggeris itu dikatakan kurang sihat dan memasuki tandas guru perempuan di tingkat dua bangunan sekolah berkenaan.

Difahamkan, seorang guru wanita yang enggan namanya disiarkan berkata, dia terkejut ketika memasuki tandas berkenaan apabila ternampak kain yang dipakai mangsa terkeluar di depan pintu tandas berkunci.

“Saya memanggil nama dia beberapa kali, tetapi dia langsung tak menjawab.

“Berikutan memikirkan sesuatu yang tidak baik berlaku, saya memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan sekolah,” katanya ketika ditemui di Unik Forensik Hospital Mersing, tengah hari semalam.Beliau berkata, seorang pekerja sekolah mengetuk pintu tandas itu beberapa kali, tetapi tidak dibuka mangsa.“Berikutan itu, pekerja berkenaan bertindak memecahkan pintu tandas itu dan mendapati mangsa terbaring dalam tandas berkenaan sebelum dikeluarkan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Mersing dengan ambulans dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.

Sementara itu, Hasnah berkata, pada sebelah pagi sebelum ke sekolah anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan hanya mengadu semput.

“Bagaimanapun, dia tak pernah mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerana menganggap penyakit asmanya tidak serius,” katanya yang tinggal bersama mangsa di Taman Wawasan.

Kakak mangsa, Zalina, 47, yang tinggal di Johor Bahru berkata, ketika menemui adik bongsunya itu minggu lalu, dia didapati sangat gembira.

“Saya tak pernah lihat adik saya begitu gembira sekali apabila kami bertemu minggu lalu.

“Rupa-rupanya kegembiraannya dia hendak meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya”, katanya.
Guru Besar SKSD, Shafie Yusof berkata, semasa kejadian beliau tidak berada di sekolah kerana ada urusan di Johor Bahru.
“Sebaik mendapat tahu mengenai kejadian ini, saya tergesa-gesa balik ke sekolah dan ke Hospital Mersing.

“Beliau seorang guru yang rajin dan baru ditawarkan untuk kenaikan pangkat DG32 .

“Beliau bertugas di sini sejak 16 tahun lalu dan seorang yang dedikasi dalam tugasnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Mohd Nor Rasid mengesahkan kejadian itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk dibedah siasat.


Al-fatihah untuk arwah..... semoga roh arwah dicucuri rahmat

This entry was posted in .

5 Responses to "Siapa nak doakan Saya"

  1. sepanjang bulan posa ni, macam2 cerita sedih yg akak baca dlm paper, sampai kengkadang tu rasa malas nak baca suratkabar. kisah suami bunuh isteri, kisah suami simbah asid kat muka isteri/anak, kisah xcident anak beranak, semuanya cukup menyedihkan.
    apapun alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  2. alfatihah untuk arwah.. mekasih cik linn sebab berkongsi citer ni.. sian family dia

    ReplyDelete