Kejadian Bazar Ramadhan Jasin

Posted by Ciklinn Hasib.



terkejut Ciklinn baca paper Harian Metro Hari ni.......
sgt sedih baca berita ni...
Alfatihah utk mangsa yg terkorban...... semoga roh mereka dicucuri rahmat... aminn


Sumber Mymetro.....
JASIN: “Saya dapat berita ada ribut dan kerana tidak sedap hati saya terus ke tempat ayah berniaga, namun ketika dalam perjalanan (ke pasar Ramadan) saya diberitahu ayah meninggal.”


begitu kata Latip Abdul, 49, anak kepada seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dari Batu 15, Kampung Air Merbau, Bemban, yang maut akibat dihempap besi kaki khemah tempat dia berniaga di Pasar Ramadan Stadium Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital.

Abdul mati di tempat kejadian selepas ribut meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan.

Pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39, dari Taman Maju, turut mati di tempat kejadian dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut yang melanda hampir empat minit.

Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan 17 lagi termasuk pengunjung cedera.

Menurut Latip, dia mendapat panggilan jam 5 petang memaklumkan kejadian ribut berlaku di tempat bapanya berniaga menyebabkannya bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sepanjang perjalanan dengan memandu bersendirian dari Ayer Merbau, angin bertiup kencang sehingga dia tiba di Taman Maju keadaan mula tenang.

“Saya dapat panggilan daripada rakan mengatakan ayah meninggal dunia akibat ribut itu. Sejurus tiba di Pasar Ramadan itu hujan makin lebat dan saya terkejut apabila melihat semua khemah berterbangan serta makanan yang dijual berselerakan.

“Saya tidak menyangka kejadian ribut berlaku seteruk itu. Saya turun dari kereta dan pergi ke kawasan tempat ayah berniaga, namun diberitahu ayah dihantar ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Jasin, malam tadi.

Latip berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu kecuali sebelum ini dia beria-ia mahu berniaga cendol, biarpun ahli keluarga menasihatinya supaya tidak menjalankan perniagaan kerana usianya sudah tua dan tidak berapa sihat.

“Namun, arwah tetap mahu meneruskan perniagaannya di pasar Ramadan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan ketika kejadian, Abdul berada di sebuah gerai lain membeli makanan.

Namun, dia dihempap khemah besar yang menjadi tempat pelindung peniaga di situ ketika berlaku angin kencang.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Zarina Hassan, 33, yang juga majikan kepada Mahadi, berkata ketika kejadian dia dan Allahyarham membungkus murtabak apabila keadaan cuaca bertukar mendung, sebelum angin bertiup kencang lalu menerbangkan khemah di hadapan mereka berniaga.

Katanya, dia yang panik terus lari menyelamatkan diri dan mendengar Mahadi memanggil namanya, tetapi ketika itu berada di hadapan.

“Apabila menoleh saja ke belakang, saya lihat dia terlantar dengan kepala dan mulutnya berdarah.

“Saya amat terkejut serta takut. Dia tidak bercakap dan bergerak kerana keadaannya amat parah ketika itu,” katanya sambil memberitahu jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Jasin.

Peniaga, Mohd Abd Latip, 56, berkata sebelum kejadian angin bertiup dengan kencang sebanyak dua kali, namun tiupan terakhir terus menerbangkan semua khemah yang ada di pasar Ramadan itu sehinggakan empat daripadanya didakwa melayang setinggi tujuh meter menyamai ketinggian lampu limpah di stadium berhampiran.

“Saya amat takut ketika itu, dan kedengaran orang menjerit serta berlari lintang-pukang sambil dia menyelamatkan diri. Saya sempat melihat khemah itu diterbangkan begitu tinggi kerana angin bertiup sangat kencang ketika itu,” katanya .


post signature

6 Responses to Kejadian Bazar Ramadhan Jasin

  1. ada yg terburai perut katanya...takut nye..langit mmg gelap giler semalam time aku balik keje tu...bwk kete laju2 nak cepat sampai umh takut terperangkap dlm ribut...

    ReplyDelete
  2. mmg angin kuat kan semalam..kesiankan..

    ReplyDelete
  3. mungkin ada "sesuatu" di sebalik kejadian... wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. ngeri kan ..

    cmner le keadaan time tu kan ..

    ReplyDelete
  5. al fatihah, semoga roh mereka dicucuri rahmat...terkejut juga baca paper hari ni

    ReplyDelete
  6. terkejut tengok kat buletin utama malam tadi....

    huhuhu..... ngeri tengok angin kuat sampai khemah terbang tinggi...

    al-fatihah untuk arwah....

    ReplyDelete