---- JUTAWAN MUDA ---

Posted by Ciklinn Hasib.


Sayalah jutawann muda......
eh bukan2........ tapiii dia dibawah

*
*
*
*
*
*
*
*




NORTHAMPTON - Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).

Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.

Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.

Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. - Agensi


nota utk cik umar dari mama- dari dlm perut duk ngadap komp.. esok besarr jadi mcm abg tu yerkk....

This entry was posted in .

5 Responses to ---- JUTAWAN MUDA ---

  1. untung muda2 dah jadi jutawan .

    ReplyDelete
  2. insya allah lin.. kita doakan anak2 kita berjaya.. dunia dan di akhirat sana.. amin..

    ReplyDelete
  3. umar umar..nnti dah jadi jutawan..jangan lupe mak mertua kat cni yer...he he he

    InsyaALlah cik linn...kita sama2lah doa anak2 kita ni mendapat kejayaan di masa hadapan...amin

    ReplyDelete
  4. mudah-mudahan umar lak jadi jutawan kak heheeheh

    tu la kak...pandai die buat duit kan kak.....untung mak paknyer....

    ReplyDelete
  5. ala comeinye debab bab umar...geramm rasa...

    samelaaa umar dgn zaid ni ...dr dlm perut umminya sibuk bertenet..hohohoo..moga2 dah besor nnti kalo jd antu komputer pun,dpt manfaatkn diri/keluarga mcm jutawan muda ni...amin...

    ReplyDelete