Raja Azmi Dikatakan Penyebab Perceraian Roslin Hashim

Posted by Ciklinn Hasib.

kita semua amik iktibar yerk........ semoga jodoh kita semua kekal hingga akhir hayat.. aminnn..

Sumber Mstar Online

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur di sini, Rabu, bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.

Menurut Roslin, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Sebutan pertama pengesahan cerai yang difailkan Norhayati selaku plaintif terhadap suaminya didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad didengar petang Rabu.

Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara.

Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.

Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman.

Ketika ditanya Hakim Syarie, Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.

Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.

"Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.

Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan.

Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.

Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.

Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak "I cerai you-lah."

Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan.

Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati. Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.

Raja Azmi dikatakan menjadi punca penceraian Roslin Hashim dan isterinya.

Ketika ditanya oleh Roslizam apakah hubungannya dengan produser filem itu, ujar Roslin, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu.

Katanya ketika Norhayati tiba di hotel itu dia berada di luar dan kembali semula 20 minit kemudian. Pada ketika itulah berlakunya perdebatan sehingga menyebabkan dia melafazkan cerai.

"Kalau dia betul syak saya ada hubungan dengan Raja Azmi, kenapa tidak berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya dia mahu?" soalnya.

Menurut Roslin, dia tiada niat untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati sebaliknya sekadar menyebut perkataan itu tanpa ada bilangan talak.

Sementara itu, di luar mahkamah, Norhayati ketika diserbu wartawan hanya sempat menyatakan: "Saya telah dilafazkan cerai oleh suami saya, Roslin Hashim di bilik 533, Hotel Corus pada 7 Ogos 2010. Itu sahaja. You orang buat kesimpulan sendiri."

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan perbicaraan dengan menetapkan 1 September dan 22 September depan untuk pihak plaintif dan defendan memfailkan hujah bertulis.

Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.

Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.

This entry was posted in .

14 Responses to Raja Azmi Dikatakan Penyebab Perceraian Roslin Hashim

  1. dah agak dah.... apo la pompuan ni.... yg bni petama roslin dlu pon pasai dia gak...

    ReplyDelete
  2. mmg panas isu nie......Raja Azmi ni pun satu...tak cukup ngan anu dlm botol.....laki org pun nak buat kontroversi.....kalo yeak ade ape2 nak bincang pun gi laa tempat open...y gpi booking hotel tu kejadah.....

    pelik2....

    ReplyDelete
  3. dah agak dah dr perkahwinan pertama dia dulu..mcm2...

    ReplyDelete
  4. mudah sangat melafazkan talak.

    ReplyDelete
  5. uishhh.... dunia artis nie mcm2...

    ReplyDelete
  6. moga perkhawinan kita kekal hingga ke akhir hayat amin

    ReplyDelete
  7. mcm2 zaman skang ni.
    minta2 la jauhkan dari kita menda2 tak elok. nauzubilah

    ReplyDelete
  8. ooo..begitu al-kisahnya... yg pertama dulu sebab raja azmi gak ke?? hmm...senang2 je depa ni lafazkan talak kan...

    ReplyDelete
  9. dol..susah2 sgt Raja Azmi ko kawen jela ngan Roslin tu..mende jadah nak meeting booking hotel!!

    ReplyDelete
  10. sejak 1st wife kan? semua bising semua coz raja azmi.

    isk isk isk.. bad taste sungguh la roslin oiiii...

    ReplyDelete
  11. x habis2 perangai mereka nieh .. x suka betul dgn cerita2 mcm nieh
    mana pergi akal fikiran mereka agaknya .. kalau dah anggap kakak atau ibu boleh ker duk dlm bilik berdua2an ..

    kowang stillll bukan MUHRIM OK !!!!!!

    ReplyDelete