Bendera Ugut Adakan Demostrasi Usir Rakyat Malaysia

Posted by Ciklinn Hasib.

Berhati-hati yer pada sesiapa yg bercadang utk pergi kesana......




JAKARTA: Kumpulan Nasionalis Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang didakwa melontar najis ke Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam dipercayai sedang merancang untuk mengadakan satu lagi demonstrasi terhadap Malaysia bermula hari ini.
Kumpulan itu didakwa merancang mengusir rakyat Malaysia pada satu protes menentang ketidakadilan terhadap kedaulatan Indoensia.
“Kami akan mengadakan operasi mengusir rakyat Malaysia di kawasan Senayan. Kami akan mencukur kepala mereka sebelum mengusir mereka keluar,” kata penyelaras Bendera, Mustar Bona Ventura dalam perbualan telefon kepada The Star di sini pada Selasa.
Mustar berkata, Bendara telah membuat pemerhatian dan mereka mendapati pelancong Malaysia gemar berkunjung ke Senayan kerana terdapat banyak pusat beli belah di sana.
“Kami akan bergerak secara konvoi dengan 100 buah motosikal,” katanya.
Tahun lalu, beberapa aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat, menggunakan senjata buluh runcing.
Isnin lalu, Bendera didakwa melontar najis di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis maritim Malaysia.
Pada masa yang sama, tujuh nelayan Malaysia turut ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara tersebut. Bagaimanapun rakaman satelit menunjukkan bot nelayan Malaysia itu berada dalam perairan negara. Bagaimanapun kesemua nelayan berkenaan telah pun dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia atas alasan kurang bukti.
Bendera turut mengecam kepimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia.
“Rakyat bukan sahaja marah dengan Malaysia malah dengan kerajaan dan Presiden Indonesia kerana tidak mengambil tindakan yang tegas dalam menyelesaikan isu dengan Malaysia,” kata wartawan Indonesia, Rudy Madanir.
Presiden Yudhoyono berkata, perbincangan mengenai isu sempadan akan menyelesaikan masalah
“Ini adalah era toleransi bukan berperang. Bukan itu sahaja, adalah menjadi kepentingan kita untuk menjaga kedaulatan wilayah negara ini. Kami akan melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu untuk mempertahankan integrasi nasional,” kata Yudhoyono yang dipetik daripada agensi berita, Antara.




Wisma Putra Nasihat Rakyat Malaysia Elak Ke Indonesia Sekarang 
PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menasihati rakyat Malaysia supaya elak daripada mengunjungi Indonesia pada waktu terdekat ini berikutan sentimen anti-Malaysia yang sedang melanda negara jiran itu sekarang.
Bercakap dalam sidang media di pejabatnya sebentar tadi, Anifah menegaskan Wisma Putra tidak mengalakkan rakyat Malaysia mengunjungi Indonesia melainkan jika terpaksa kerana urusan yang perlu disegerakan.
Bagaimanapun tegas Anifah, ini bukanlah nasihat perjalanan rasmi. Buat masa ini katanya, Wisma Putra tidak akan mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan rasmi ke negara republik itu.

This entry was posted in , .

7 Responses to Bendera Ugut Adakan Demostrasi Usir Rakyat Malaysia

  1. kita suruh je balik indon yang berjuta kat sini apa puya barang kita diam je

    ReplyDelete
  2. takutnya jadi mcm ni..tak habis2 isu Indon ni..lepas satu, satu kes

    ReplyDelete
  3. Kalau la ada kuasa nak je usir Indon2 yg menyemak kat sini.
    Apesal kita baek sgt ek...

    ReplyDelete
  4. dorang ni saje je cari pasal. huhu

    ReplyDelete
  5. macam macam hal betul kan sekarang ni.. sampai sanggup baling najis bagai.. ish!

    ReplyDelete
  6. org indon ni ekstrem sikit...
    padahal rakyat dia kat negara ni punyalah berlambak..kita duk diam jer..

    ReplyDelete