--- Adab Malam pertama---

Posted by Ciklinn Hasib.

 
Ya  Allah.... dari pagi cuba untuk menghapdet..... tatapi.....
incik umar nangis dan nagis dan nangis mintak dukung.....
demam dah semakin kebah.... selsema pun dah semakin baik.....

Yang tak best Ciklinn lak sambung segala sakit penyakit tu...
tak kisahlah janji Umar cepat sembuh....

hari sabtu haritu ciklinn balik kekampung tengok sepupu  kahwin...
sgt meriah bila berkumpul beramai-ramai.....

dan bila ada kenduri utk tahun ni dan tahun depan nampak gayanya Ciklinn  jadi tukang makan jerlah...... dek kerana udah ada handbag besorr kat tangan ... (hihih alasan yg baik bukan)

Pada hari Selasa nanti Acik atiq dan suami akanberlepas ke KK... sbb incik suami dia bekerja disana.......... akak doakan semoga jodoh korang kekal hingga keakhir hayat aminn...


 



Untuk Acik Atiq dan suami.... hahahahah

Tips dan Adab di Malam Pertama

Dunia barat menganggap apa saja perbuatan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri semasa melakukan persetubuhan adalah normal dan baik sekiranya perlakuan tersebut disetujui oleh kedua-dua pihak dan dapat merangsang seks. Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalan Al-Quran dan Hadis yang membicarakan adab hubungan kelamin suami isteri.
1) Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.


Pasangan pengantin baru digalakkan sembahyang sunat dua rakaat. Setelah menunaikan sembahyang, disunatkan pula agar pihak suami membaca surah Al -Fatihah tiga kali dan surah Al-Ikhlas tiga kali, kemudian dilanjutkan dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak tiga kali. Selanjutnya si suami hendaklah berdoa kepada Allah agar mereka berdua sentiasa saling cinta mencintai.
2) Berwuduk selepas bersetubuh


Pasangan hendaklah terlebih dahulu membasuh kemaluan dan mengambil wuduk jika ingin melakukan persetubuhan ulangan pada satu malam. Berwuduk setelah selesai bersetubuh boleh menguatkan tenaga untuk persetubuhan seterusnya.
3) Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah.


Perlakuan hubungan kelamin suami isteri bukanlah semata-mata untuk memenuhi kehendak biologi pasangan. Ia juga seharusnya bertujuan untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunah Rasulullah. Allah akan memberikan ganjaran pahala yang sewajarnya bagi pasangan yang melakukan persetubuhan atas tuntutan agama. Para suami berniat bahawa beliau menggauli isterinya sebagai bersedekah kepada isterinya. Dengan kata lain, suami melakukan amal ibadah yang diberi pahala. Begitu juga dengan isteri yang melakukan persetubuhan dengan suaminya akan tergolong dalam amal ibadah yang berpahala kerana dengan tindakannya itu ia melaksanakan perintah agama untuk taat kepada suami. Oleh yagn demikian, persetubuhan juga perlu dimulakan dengan bacaan Basmalah dan doa supaya dengan bacaan itu suami isteri dan juga bayi yang mungkin lahir dihindarkan daripada godaan syaitan.
4) Pergauli isteri dengan cara yang sopan.


Para suami hendaklah menggauli isterinya dengan cara yang ma’ruf(baik). Termasuk kewajipan untuk bergaul secara ma’ruf ini ialah dalam hal yang berkaitan dengan hubungan kelamin dengan isteri.
5) Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.


Suami yang ingin menyetubuhi isterinya hendaklah terlebih dahulu melakukan cumbuan untuk menimbulkan keinginan seks isterinya. Denga cara ini, kedua-dua pihak sama-sama mendapat merasakan kepuansan dariapda hubungan kelamin tersebut. Sehubungan dengan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda;



 Jangan ada di antara kamu yang menyetubuhi isterinya seperti kelakuan haiwan melainkan adakanlah di antaranya satu tanda. Bertanya salah seorang: Apa tanda itu ya Rasulullah?, Jawab Rasulullah: Cium dan berkata yang manis.
6) Tidak mementingkan kepuasan diri.


Semasa melakukan hubungan kelamin, pasangan suami isteri diharapkan dapat mencapai orgasme secara bersama. Bagaimanapun terdapat keadaan di mana suami terlebih dahulu ataupun suami sahaja mencapai kemuncak. Dalam hal ini, suami perlu meimikirkan kepentingan kepuasan isteri. Jika suami sidah orgasme dan merasa puas, maka hendaklah dia memberi peluang kepada isterinya untuk mencapai kemuncaknya kerana terkadang wanita lambat orgasme. Kalau suami mencabut zakarnya sebelum isteri orgasme, maka isterinya mungkin kecewa dan nafsunya terus bergelojak. Sebaik-baiknya orgasme itu sama berlakunya bagi suami dan isteri dan ini menambahkan nikmatnya persetubuhan. Persetubuhan yang baik ialah kedua-dua pihak mendapat kepuasan.

 kredit utk TIPSKAHWIN

This entry was posted in .

30 Responses to --- Adab Malam pertama---

  1. hehehehe, tak ramai yg jaga adab mlm pertama kut. main terjah jer.

    ReplyDelete
  2. cun ar pengantin...heeee

    bertuah badan sape yg ikut adat pengantin ni tau...

    ReplyDelete
  3. betul tu cik lin..xsempat kot nk ikut adab perantin tu...xsempat nk buat apa2 dah kene terjah dulu..mcm mana?he he he

    ReplyDelete
  4. tips yg bagus utk bakal2 pengantin dan pengantin2 lama.. :)

    ReplyDelete
  5. aduhai lah tajuk.. bikin gamat je akak ni tau! huhuhu..

    tahniah tuk brides!

    ReplyDelete
  6. wah!!! cik linn peturun kan ilmu nya.. hehe.. ikut tau adik2 tuuu..

    ReplyDelete
  7. malu la nak baca. almaklumla anak dara lg. hahaha

    ReplyDelete
  8. saya lum kawin :P tp thanks for sharing.. panduan masa depan ni, hehe

    ReplyDelete
  9. fuhhh!


    -kini kembali menerjah dengan kapal karam yang baru :P-

    ReplyDelete
  10. Cik Linn, sahkan yg `pertama'... yg dah lama kawein nie pun tk ikut adab... ambik syarat pahala utama jer! heh heh

    Gud info.. Thanks anyway!

    ReplyDelete
  11. pengantin yg cute, berseri2
    semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  12. tu dia ciklinn...
    bran punyerr..hehhe..syabas2...utk ilmu ape salanye...hik3x

    ReplyDelete
  13. muahahhaha... mmg... semua gelojoh.. termasuk tukang bg adab nih... hhahahhah

    ReplyDelete
  14. comeinya pengantin baru...

    ikut sunnah dpt pahala... tak gitu?

    ReplyDelete
  15. @c-idah


    hihhihi coeml kan acik atiq... kami ckp mcm budak tadika pakai baju beragam

    ReplyDelete
  16. @chugie

    hehehee sbb tu kamu skodeng kan kan kan..

    ReplyDelete
  17. @ILA HAFIZ

    hahhaha aku sgt memahami kamu dik.... percayalah

    ReplyDelete
  18. @Wawa~*

    amik tau.. esok potosetet... suh laki baca dulu sebelum terjah

    ReplyDelete
  19. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
    Nak tanya sikit, dorang kat KK keja kat mana? Cikgu ke?

    ReplyDelete
  20. @Zezebel

    ntahlah... dorng kata kat town.. erm.. kerja kat mahkamah baru...

    ReplyDelete
  21. lagi 2-3 tahun kot baru boleh follow bendi ni:P

    ReplyDelete
  22. comey pengantinnyer... anyway good info.. thanks akak kongsi :)

    ReplyDelete
  23. Masa baca ni elok aje...tapi bila actual praktikalnya tu.. hancuss dan berterabur sbb gabra punya pasal.

    Kakakaka!

    ReplyDelete
  24. peewwwittttttttttttttt..!!!!

    ni kira revise skill la nih.. kih kih kih

    ReplyDelete
  25. satu perkongsian yang sangat menarik :) hahaha..

    boleh cukup umur nak praktikkan.

    ReplyDelete