Apa Yang Ribut sangat pasal Aidil Zafuan dan Rita bercerai ni??

Posted by Ciklinn Hasib.



PETALING JAYA: Ruzie Abd. Radzak,39, iaitu kakak kepada bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan,23, akan berbincang berhubung kemelut rumah tangga yang dihadapi adiknya itu dengan isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35.

Ruzie berkata, selepas perbincangan itu dibuat, Aidil akan membuat satu kenyataan dalam waktu terdekat bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Ruzie berkata, Aidil Zafuan juga meminta agar ahli keluarga bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan buat masa ini.

"Ya, kami sekeluarga akan berbincang tentang perkara ini dalam masa terdekat dan segala kenyataan akan dikeluarkan oleh Aidil Zafuan sendiri.

"Aidil Zafuan ada beritahu kami agar tidak mengulas apa-apa kepada media sebelum berbincang dengannya. Dia juga meminta agar keluarga bersabar dan tidak tertekan dengan masalah ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Dalam pada itu, Ruzie juga enggan mengulas lanjut tentang beberapa tuduhan yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini terhadap keluarga mereka.

"Kami agak terperanjat dengan berita-berita yang keluar beberapa hari ini, bagaimanapun kami tidak tertekan dan tidak mahu mengulas apa-apa yang boleh mengeruhkan keadaan,

"Bagi saya, terpulang kepada dia (Rita Rudaini) untuk berkata apa-apa sekalipun yang dia mahu," ujarnya.

Sebelum ini, Ruzie dalam satu kenyataan kepada mStar Online meminta supaya Rita Rudaini memaafkan keluarganya berhubung pernikahan dia dengan Aidil yang tidak direstui mereka.

Bagaimanapun, dalam laporan sebuah akhbar, Isnin, Rita Rudaini memberitahu keluarga suaminya tidak perlu meminta maaf, sebaliknya menerima dia seadanya dalam keluarga tersebut.

Rita dan Aidil telah bernikah pada pertengahan Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Perkahwinan itu mendapat tentangan keluarga pihak lelaki.

perhatian: Pada yg belum berkahwin pastikan kalian mendapat restu keluarga.... pasti akan aman dunia akhirat... aminn..... dan dalam berumah tangga perlu ada give and take jgn ego sgt dengan diri sendiri....

This entry was posted in , , .

14 Responses to Apa Yang Ribut sangat pasal Aidil Zafuan dan Rita bercerai ni??

  1. pelikkan kak...dulu seboleh2 tak mo terima rita ni sebab die janda...adoiyai, salah ke jadi janda.....ni bile dah bagi cucu pun dieorg tak terima jugak rita ni.....

    kdg2 yg tua ni pun kene beralah.....yg muda pun same gak.....

    tapi ape2 pun yg penting restu...susah kalo tak direstui...

    ReplyDelete
  2. restu mak bapak penting :)

    ReplyDelete
  3. kwn sy pn pernah ckp, xkn sbb seorg lelaki dia nk tolak famili ketepi? mmg ssh nk ikut kehendak famili..tp siapa lg yg kita ada klu kita abaikn famili..

    harap rita bersbr lah dgn mslh mcm ni...mesti ada hikmah...amek iktibar bg yg belum berkahwin =)

    ReplyDelete
  4. macam-macam..sesungguhnya restu mak ayah tu sangat la penting..

    ReplyDelete
  5. hanya org punya badan yang lebih mengetahui apa sebenarnya...sian juga pada rita...tertekan masih tak diterima...padahal dia boleh cari datuk-datuk yg lebih kaya...

    ReplyDelete
  6. hermm tulah dia artis zaman skrg .. bila bercinta suker sgt pilih yg lebih muda .. duk sebuk citer sana sini .. cinta itu buta ..

    dah elok kahwin .. kahwin pulak mcm2 yg x kena .. belum kawin susah .. dah kawin lagi susah ..

    moral dia .. kawin mustilah dpt restu dari semua .. kalau dah x dpt restu hidup punn x tenang .. semua ini mengaibkan keluarga .. bagus ker ??
    minta dijauhkan dari ahli keluarga kita ..

    ReplyDelete
  7. banyak sangat campur tangan orang lain, tu yg jd kecoh

    ReplyDelete
  8. restu ibu bapa sgt penting utk
    ketenangan melayari alam rumahtangga... jgn sesekali
    blakangkan keluarga... bila dah jadi
    mcmni... tak elok plak nak slhkan
    sesape melainkan diri sendiri ~

    ReplyDelete
  9. restu mak pak tu mmg penting tp yg lagi penting si suami kena byk mainkan peranan utk jernihkan keadaan. kesian lak si isteri & anak tu x diterima keluarga suami.

    tp geram gak bila dgr ayu raudhah lak buat peleceh. iskh x baik la camtu kan..

    ReplyDelete
  10. laaa..nal bercerai dah ke...

    ReplyDelete
  11. siaN TGOK rITA NI CIK LIN KAN
    family aidil pun muhasabah jer lah. terima lah apa yang seadanya. dah jadi menantu pun dan dah dapat cucu pun. buang yg keruh amik yang jerneh......

    ReplyDelete
  12. biar la mereka dgn hidup mereka...masing2 ada khidupan sdiri...kita doakan yg tbaik..

    ReplyDelete
  13. kiter doakan yg terbaik aje lah...diowang je yg taw ape masalah sbnrnyer....

    ReplyDelete