-----Balik ‘disambut’ kekasih suami---

Posted by Ciklinn Hasib.

KUALA LUMPUR: Kepulangan seorang isteri ke rumahnya di ibu kota selepas berhari raya di kampung disambut dengan kejutan besar apabila terserempak seorang wanita tidak dikenali di dalam kediaman itu, manakala suaminya tiada di rumah.
Apabila mengetahui wanita itu kekasih suaminya, berlaku pertengkaran sebelum isteri malang itu ditikam dengan pisau lipat menyebabkan dia cedera pada lengan kanan selain lebam di muka dan tubuh akibat diserang.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Selasa lalu di rumah mangsa yang berusia 28 tahun di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini.

“Sebelum itu, kekasih suami wanita berkenaan cuba berhelah dengan memberi alasan dia kenalan adik ipar mangsa. Namun, mangsa tidak puas hati dengan jawapan itu kerana menemui pakaian dan seluar dalam wanita terbabit dalam bilik tidurnya.

“Berikutan itu berlaku pertengkaran sehingga wanita berusia 34 tahun terbabit bertindak ganas dengan mengeluarkan pisau lipat dan mengelar lengan kanan tangan mangsa sehingga berlumuran darah sebelum lari meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lebih malang suami mangsa langsung tidak menunjukkan tanda simpati kepada isterinya, sebaliknya menghubungi mangsa pada jam 8 malam dan mengugut mahu membunuhnya.


Sumber itu berkata, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

“Berdasarkan laporan mangsa, wanita yang menyerangnya mula mengenali suaminya sejak Mac lalu sebelum mereka menjalin hubungan intim. Wanita terbabit berjumpa suami mangsa di KL Sentral pada 9 September lalu sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa.

“Ketika itu mangsa tiada di rumah kerana pulang berhari raya di kampung di utara tanah air,” katanya.

Menurutnya, bertindak atas laporan mangsa, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suami wanita berkenaan serta teman wanitanya secara berasingan di ibu negara, Rabu lalu.

“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.



bodohnya laki... nilah kalu napsu mengatasi akal...

This entry was posted in , .

14 Responses to -----Balik ‘disambut’ kekasih suami---

  1. CILA AKAK TOL LA BETINA TU!!! iskh.. kurang aja laki dia. setan! mintak la dijauhkan aku mahupun suami.

    ReplyDelete
  2. cerdikkkkkkkkk sgttttttttt tuuuu....

    ReplyDelete
  3. emm, no komen.. terpulang pada individu.. huhu

    ReplyDelete
  4. betu..bila nafsu mnegatasi akal...sian mangsa...

    ReplyDelete
  5. ish teruknya betina tuh.....dh la merampas hak org.siap cedera kan lg tuh.memang x patut la.cepat2 la jatuhkan hukuman.rasakan...

    ReplyDelete
  6. nauzubillah.. suami pun tak rasa simpati pd isteri yang tengah cedera tu? ish..

    ReplyDelete
  7. Sungguh kurang ajar itu perempuan dah la ambik laki orang..tak sedar diri lak tu..nyampah tul

    ReplyDelete
  8. mcm2 hal la dunia skrg,
    setuju ngan komen ciklinn bile nafsu dh kuasai akal sanggup wat camtu kat bini, kat umah sendiri la tu..
    dh desperate sgt la tu..
    ishhhkk, nauzubillah la..
    mintak dijauhkan hal sedemikian,aminnnn

    ReplyDelete
  9. dahla suami dirampas.. diri dicederakan pulak.. siot pompuan tu eh??

    ReplyDelete
  10. arrghh.. gerammmnya baca kesah nihh!!

    tak guna nye pompuann ! isk isk iskk

    ReplyDelete
  11. mula dari sekarang kena belajo silat wahai akak akak yang sudah berpunya

    ReplyDelete
  12. ila- mmg kan puan tu..kalo aku.. tak buat apa2 kat dia hehehe.. aku terus kuar umah di pejabat kadi..

    kaklina- hihhihihih pandaiilah sgt2 kan

    kyubi- amboiii asal org laki no komen yerk... huhhu

    hanim - mmg kan dik akal kat pale lutut

    ifa - hihihih kita toreh dia ramai2

    chugie- somi dah gila dgn pompuan lain mmg camtu dik...

    kak emy - mmg tak sedor diri pompuan tu kan

    leily - aminn.. mintak jauh dari kita semua

    kak tie- siall kak bukan siut lagi dah hahhaha

    izan- ko geram yerk ko gi geget pompuan tu....

    brutoloso - mmg dik akan ku belajo silat siap kebal lagi hahhaha

    ReplyDelete
  13. mintak simpang perkara pelik2 camtu berlaku dlm rumahtangga kita

    ReplyDelete
  14. jahat betul betina tu kan.. klu dapat kita gayang baru tahu...hehe.. moga dia dapat balasan nanti..

    ReplyDelete