Ya Allah Yatuhanku..... ngeri dan sangat sedih tengok gambar2 nie....
berhati2lah kita semua dijalanraya yer....
mesti lepas ni Ciklinn Terbayang-bayang jer kalu kat Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat
11 orang maut bila 2 bas ekspres, 1 van dan 3 kereta dan satu motor berlanggar di KM223 berhampiran Tol Simpang Amapt, Negeri Sembilan malam ini.
sumber BERNAMA
Senarai Nama Mangsa Terbunuh Dalam Kemalangan Ngeri
MELAKA: Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta diKilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang Ahad.
Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.
Mangsa tersebut ialah pemandu bas ekspres R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas; Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.
Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).
Pemandu van Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat, Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - BERNAMA
Terbaru-Lagi gambar ngeri Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat
Posted by Ciklinn Hasib.
This entry was posted in
10.10.10,
Kemalangan Ngeri Kilometer 223,
Kemalangan rembau 10 Oktober 2010,
Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat
.