~~Fadhilat Jumaat ~~

Posted by Ciklinn Hasib.


Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."

Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."

13 Responses to ~~Fadhilat Jumaat ~~

  1. comel nye model cilik itu
    aisy masa kecik ke tu?

    ReplyDelete
  2. TQ lin, ai like u and this info too

    ReplyDelete
  3. syukur kite bpeluang lg merasa jumaat ini pd hari ini...

    ReplyDelete
  4. wah alim plak ko arini...tapi bagus tuk ingat mengingati sesam kita..kekadng kita nie lupe jek nak wat benda sunat tu...

    ReplyDelete
  5. gud info..lin..tq..di pagi jumaat dpt tambah ilmu didada

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..terasa keinsafan dlm diri

    ReplyDelete
  7. gud info..."sedarlah wahai umat sekalian"....

    ReplyDelete
  8. good info..thanks for sharing.. baru ni paham pasal yg tak blh puasa hari jumaat tu.. padahal sebelum pernah dgr tapi tak ingat detail...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah berkat di pagi Jumaat nih

    ReplyDelete
  10. Mdah2an kita semua d rahmati Allah d hari penghulu sgala hari nie..
    Happy weekend..

    ReplyDelete
  11. Sharing Is Caring

    Mekaseh bg info yg sangat berguna!!

    ReplyDelete
  12. mudah-mudahan kita semua beroleh ganjarannya..amin

    ReplyDelete