Lagi Bas Ekpress Terbabas seorang maut dua parah

Posted by Ciklinn Hasib.

 Selamat Bercuti pada semua...........

Semalam baru tengok Keputusan Pilihanraya Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri Galas. Tahniah pada yg menang, diharap mereka dalam menjalankan tugas menjaga rakyat seperti yg diamanahkan....

pagi ni dalam duk skodeng dan belek-belek surat khabar ciklinn terbaca lagi berita bas express terbabas... adoiii sampai bila perkara ni akan terus berlanjutan yerk..... risau sangat rasanya bila nampak bas kat jalanraya tu...... kecut perut bila dia lalu sebelah kita...

hari ni Ciklinn sesi bertempiaran bersama keluarga... huhuhuhuhu.... tapi tak tau lagi nak jalan kemana.... ingat nak jalan2 ke Morib tu... tapi teringat2 lak abu mayat sosilawati dan rakan2... tak sampai hati rasanya nak kesana....


PEKAN: Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, malam ini.
Pada kejadian 8.15 malam ini, bas ekspres Transnasional dari Johor Baharu menuju ke Kuantan, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Natayudden Hamdan, 25, akibat cedera parah di kepala dan badan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala dua mangsa yang parah, yang masih belum diketahui identiti itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.

Menurut Yahaya, bas berkenaan membawa 33 penumpang: "Penumpang lain dan pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan," katanya.

Beliau berkata, pemandu bas terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985.

Sementara itu di BENTONG, tiga maut, manakala tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Km3 Jalan Mempaga–Lakum kira-kira jam 10 pagi tadi yang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah kereta Mercedes.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Mohd Zaihidi Zainal, 24, dari Felda Mempaga Satu; penumpang belakang kereta Wira bahagian kanan, Bakri Ibrahim, 28, beralamat di Jengka 12 dan penumpang hadapan kereta Mercedes, Kok Cheong Aik, 66, beralamat di Kuantan.

"Ketika kejadian, kereta Proton Wira dari arah Mempaga ke Lakum itu dikatakan bertembung dengan kereta Mercedes dari arah bertentangan, punca kejadian akibat pertembungan kedua-dua buah kereta itu masih disiasat," katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta Mercedes dan dua lagi penumpang kereta Proton Wira terbabit cedera parah dan kini dirawat di Hospital Bentong. -- BERNAMA

This entry was posted in .

Leave a reply