Gelang AC, modal RM78 jual sampai RM1000

Posted by Ciklinn Hasib.

"Mengeluh panjang saya, bila saya dapat price-list daripada syarikat yang menghasilkan gelang ajaib AC Mizal ni. Anda lihatlah sendiri di bawah ini. Hampir semua gelang berharga USD25 setiap satu. Jual kat orang-orang Melayu (sebab kaum lain tak hingin pun nak tengok, usahkan nak pakai) dengan harga ribu-ribu. Patut la beli kereta Bentley ya AC? Bila nak accident? Duit tak berkat ni...

Kalau nak jadi businessman, seseorang itu kena berwibawa, ada karisma dan yang paling penting.... mesti cerdik, atau yang saya lebih suka panggil sebagai "street-smart". Kalau nak menipu untuk mengaut kekayaan dalam perniagaan, memang boleh buat - tapi satu sahaja undang-undangnya: JANGAN SAMPAI DAPAT TANGKAP! Jangan sampai pecah tembelang. Kalau orang-ramai dapat tahu tentang sesuatu rahsia perniagaan itu, orang tak kan percaya lagi dah. Habis modal untuk menipu, habis tak kan berjaya dalam perniagaan selepas itu.

Tapi, dari perspektif kita orang Islam, di bawah inilah tegahan yang selalu dibincangkan. Jangan mengambil untung terlalu tinggi dan jangan kelentong pelanggan buta-buta. Cakap gelang ada neodymium, ada berlian... berlian apakejadahnya kalau harganya USD25 (~RM78)??? Cuba cerita sket..." -----> ciklinn copy dari carigold



nak tau detail pasal ni pergi ke http://aididmuaddib.blogspot.com

ciklinn xpernah beli gelang ni... elok ke yerk? kalu elok mahal pun ok kot.... sbb MLM kot.. tu yg mahal berganda2... sbb utk bayo bonus.... bayo AC lagi... bini dia lagi.. bayo nafkah anak2 lagi.. hehehehhehe

This entry was posted in , , .

Leave a reply