Setelah tamat cerita Chinta sekarang slot Akasia TV3
telah digantikan dengan cerita Seribu Kali Cinta
huhuhu sangat touching gak episod akhir Chinta tu kan....
dalam seminggu duk lepak tengok cerita Seribu Kali Cinta ...
Best gak layan...... cuma bila dah sampai episod ke 3 camtu baru Ciklinn perasan
yang cerita ni kan.... diadaptasikan dari cerita 50 Dates.....
Taktaulah betul ke tidak sebab baru seminggu kan....
vs
Tapi motip the cerita mmg sama...... seorang lelaki yg kejar cinta seorang wanita hilang ingatan...... hari ni ingat then esok lupa............
Untuk pengetahuan korang... Ciklinn mmg suka sangat dan dan giler dengan cerita 50 First Dates tu........ ntah berapa kali pun ciklinn tak tau Ciklinn tengok.... hihihihih mmg sempoi dan santai jer cerita dia............. pelakon dia Adam Sandler dan Drew Barrymore
Haits.. korang tau jerlah kalu si yahudi laknatullah Adam Sandler ni berlakonkan.... memang berkesan n sempoi dan kelakar habis.... hihihihih
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang cerita 50 First Dates.... kompom korang memmang layan habis cerita ni tau..... sangat romantik.... dengan lokasi pengembaraan yg sangat cantik.. korang akan terbuai2 tau.. kehkehkeh.... dan sangat2 sweet bila adam terpaksa merakam tiap2 hari apa yg berlaku supaya si isteri yg hilang ingatan ni akan inagt apa yang berlaku semalam......
Okey berbalik pada Seribu Kali Cinta-Slot Akasia TV3......
Sinopsis Seribu Kali Cinta
Nizam (Kamal Adli), seorang jejakan yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.
Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.
Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.
Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.
Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.
Ini adalah entry Auto publish..... Ciklinn Sedang berada di kampung sekarang