Lagi Anak derhaka teringin sangat masuk neraka

Posted by Ciklinn Hasib.

KUANTAN: Seorang ibu maut selepas ditetak dengan kapak oleh anak lelakinya yang dipercayai penagih dadah di rumah mereka di Chini Timur Satu, Pekan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, ketika kejadian 10.30 malam itu, mangsa Che Wa Isa, 57, ditetak di bahagian kepala ketika sedang mengangkat jemuran di beranda rumah.

"Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Suspek yang berusia 23 tahun kemudiannya melarikan diri.

"Suami mangsa, 58, yang terdengar jeritan terus bergegas keluar dari rumah dan mendapati mangsa telah berlumuran darah selepas ditetak," katanya. Katanya polis kemudianya berjaya memberkas suspek di sebuah pondok di belakang rumah jirannya yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian bersama kapak yang digunakan.

"Ujian air kencing mendapati suspek yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu positif ganja," katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

This entry was posted in .

Leave a reply