Resepi Ayam Percik Mek Siti Khadijah

Posted by Ciklinn Hasib.








Bahan A- Untuk Perap ayam

Seekor ayam di potong 4

1 sudu sos tiram
* 1 biji bawang besar
* 3 bawang putih
* seinci halia
* 2 btg serai
* sedikit kunyit hidup
blend halus semua yg bertanda *

Perap ayam dengan garam, sos tiram dan semua yg diblend tadi
Ciklinn perap malam... so lagi umpphh!!!! bila di bako nanti


Bahan B- Untuk kuah ayam

* 2 biji bawang besar
* 5 bawang putih
* seinci halia
* 2 btg serai
* sedikit kunyit hidup
*sikit belacan goreng-ciklinn x letak
(blend halus semua yg bertanda *)
- 2 sudu Cili blend - nak pedas leh tambah lagi
- Garam  dan gula secukup rasa......
- Sikit air asam jawa (ciklinn guna yg adabi tu dlm 1 sudu kecil)
- 1 kotak kecil santan
- 1/2 cwn air di campo sikit tepung jagung (utk kuah yg cantik berkilat)

tumis bahan bertanda * dan cili blend.. hingga wangi...
kemudian masukkan santan pekat...
bila dah agak naik minyak tu baru letak kan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa..
akhir sekali masukkan air... dan tumis sampai berminyak...


Bila ayam siap dibakar.. curahkan kuah ni atas ayam.... masa bakar tu  boleh letak sikit2 kuah ni atas ayam... lagi sedap...

ok... selamat mencuba yer... mmg sedap... anak2 ciklinn siap suh simpan kuah ayam ni.. nak mkn dengan roti hihihihi.....

makanya lepas ni kena doublekan sukatan utk kuah ayam......

terima kasih yer CT.... bg aku resepi ni...
semoga Allah permudahkan lagi urusan seharian dan dibukakan seluas2nya pintu rezeki Tie...


This entry was posted in , , .

Leave a reply