petua halau lalat

Posted by Ciklinn Hasib.

Meh ni harini 

nak share halau lalat jahat
petua bagaimana hendak menghalau lalat.
1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya.
 Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
.
2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih
 ke dalam mangkuk  berisi air. 
Biarkan terdedah di ruang dapur.

3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air.
Dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua 
dan letakkan di atas meja.

5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur.
 Kemudian taburkan pada meja makan
 jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang.
(manolah nak kucari daun belimbing kekeke) - yg ni abaikan
 Selepas itu lalat akan pergi jauh.

7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan,
 sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya.
(esok2 leh guna buat masak kicap hahahha)
 Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Keberkesanan petua-petua di atas
 untuk menghalau lalat adalah sementara, 
Sila jaga kebersihan yer
sebelum lalat sempat mengeluarkan telur hahahahaha



Read more:http://www.wom.my

One Response to petua halau lalat