Resepi kuih LOMPAT TIKAM

Posted by Ciklinn Hasib.

salam semua..... Ciklinn sangat teringin nak makan kuih ni... mmg dah lama sangat2 tak makan kuih nie...... pi cari kat bazar ramadhan takde ler pulak... makanya gigihlah ciklinn menggoogle resepi malam tadi......

oleh sebab tak leh nak tido duk tingat kuih ja.... kol 3 pagi ciklinn bangun dan dengan semangat berkobar2 bikin kuih ini lor..... hahahhaha.......... so masa sahur pagi dah sejuk n boleh makan.... PErghhhhhhhhhh sejuk tekak pepagi.............

tata taraaaaaaaaaaaa............ sangat cun kan kaler dia.....





TERIMA KASIH PADA KAK FIDA MYRESEPI........

Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

  • *Lapisan bawah :-

  • 62 g tepung beras ( 8 sb )

  • 660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )

  • 62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau

  • 1/2 sk garam

  • 1 sk air kapur

  • *Lapisan atas :-

  • 25 g tepung beras ( 3 sb )

  • 600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )

  • 1/2 sk garam

  • *Air gula :-

  • 250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)

  • 500 ml air ( 2 cwn )

  • 1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara

  1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.

  2. Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.

  3. Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.

  4. Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.

  5. *Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.


Untuk pulut tu.......


1 cwn pulut - direndam sebentar dgn pewarna merah/ pink.... kalo pink lagi comel hihihi
1/2 cwn santan cair- agak2lah..kalo nak lembut pulut leh letak byk sikit....


Ciklinn kerajinan ku kukus pulut nih.... cara- kukus pulut... separuh masak gaulkan dengan santan..then kukus lagi....... kalao korang nak cepat..... masak jer pulut tu dgn air n pewarna........


kalu nak masak jer pulut tu... 1 cwn pulut dan 1 cwn santan cair...


This entry was posted in , , .

One Response to Resepi kuih LOMPAT TIKAM