Resepi Biskut Ala Famous Amos

Posted by Ciklinn Hasib.

bikin kudap2 halalan toyibba... hehehe.. dimusim cuti sekolah mcm biasa kerja mak masak masak dan masak... dan semalam anak2 minta kek... tapi mak eh rasa tepu dan lemau nak mkn kek... 

makanya mak meng google lah resepi biskut lak... dan terjumpa 1 resepi ni.. biskut Ala Famous Amos... huhuhu jadilah ala2 pun... kot nak beli.. bujang2 ni senapas jer abes sebekas hahahhahahah... 

apapun resepi ni mmg sedap.. serius... tak manis sgt n sedang2 jer... dan lepas ni nak buat pakai butter yg sedap sikit... lagi umph rasanya kot.. sbb ni pakai hat butter biasa pun mmg sedap....ok resepi saya copy jer dari blog AZIE KITCHEN




Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.



Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

dan ni sikit tips dari puan resepi

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

One Response to Resepi Biskut Ala Famous Amos

  1. Ciklinn memang rajin!!Akak mood baking cake ke cookies ke semua kelaut ni huhuuhu

    ReplyDelete