Resepi Kulit Karipap sedap dan rangup

Posted by Ciklinn Hasib.

salam semua..... ciklinn nak kongsi resepi kulit karipap yg sgt best ni.....
ciklinn ambil resepi dari blog masakan yg hebat from intan kitchen .... TQ yer sis sbb kongsi resepi yg best nih..

yang best tu ialah.... kulit ni tak serap minyak... so karipap yg kita mkn tak cepat muak...
anak2 mmg tersgtlah suka dgn kulit karipap ni..... makanya mama kenalah buat byk2 lepas ni dan difrozenkan.... senang kerja... asal korang lapo karang mama tinggal goreng kan jer karipap nih....


Resepi Kulit Karipap Rapuh (ciklinn copy n paste dari SINI)

Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
secubit garam

cara-caranya
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia  akan jadi  berketul-ketul halus, macam serbuk roti,
Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu
Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Sementara itu boleh buat inti karipap.


untuk inti karipap..... ciklinn buat sempoi2 jer..... hihihih....

1biji bawang besar dipotong kecil
1sudu besar serbuk kari
 
4biji kentang - dipotong dadu
2 ketul isi ayam yg dipotong kecil
 garam secukup rasa
air secukupnya

tumis bawang dan sebuk kari..... masukkan ayam dan kentang dan garam..... kemudian masukkan air sedikit2 (agaklah2 untuk lembutkan kentang-kentang tu)

untuk frozen kita goreng kejap jer... lepas dah sejuk baru masukkan dlm esbox yer.....

okey selamat mencuba.....




Leave a reply