jam menunjukkan 3.16 minit pagi..... badan rasa sangat penat lesu dan letih...
ku pejam2 tak pejam.... ku kebil2 takleh gak tidur.....
dah sejam duk kat depan pc ni.. ingat nak hapdet blog..... tapi kepala sangat kering kontang dgn cerita...
byk yg nak dikongsi.. tapi tengkuk dan pikiran benar2 letih terus membuatkan saya tarik napas dalam2 dan terus melayan berita2 baru dunia...... huhuhuhuhu
Releks rasa nya mendengar dengkuran kecil incik umar.... dan dengkurann besar encik laki punyer...
dan dah 5-6 kali keluar masuk bilik tgok anak2 teruna hat dua tu kat luar......
dan nak bgtau kat rumah ni ada mahkluk yg baru....... kuintai2 tadi sangat lena sikecil tu tidoo.... apakah dia... TUNGGUUUU.............
ok ciklinn nak tidorlah ( kalu tak leh gak... mmg nak kena mop dapor lah ni jawabnya)
Terima kasih pada semua yg datang menjenguk yer....... luv u so much
tadi pusing kat cik google jumpa info ni....... meh kita baca ramai2
PROF. DR. HARON DINSerangan penyakit sukar tidur bukan satu fenomena baru. Dalam sejarah kehidupan manusia serangan penyakit ini atau dikenali dalam istilah Arab sebagai 'al-araq' berlaku dengan berleluasa. Malahan mengikut catatan sejarah Islam, para sahabat Nabi turut terkena serangan penyakit ini dan ada di antara mereka menderita kerana sukar tidur untuk jangka masa yang panjang. Al-araq merupakan gejala penyakit yang biasanya dihidapi oleh golongan manusia yang mengalam tekanan (depression akibat dibebani pelbagai masalah hidup. Tekanan ini menimbulkan ketegangan mental dan fizikal yang kesannya ketara dialami sewaktu hendak tidur. Apa yang ketara berbahaya apabila seseorang itu diserang al-araq ialah sekiranya ia tidak dikawal dan dirawat dengan sempurna kesan penyakit ini akan merebak dan menjadi bertambah serius. Maka tidak hairanlah sekiranya kita mendengar cerita ada antara penghidap penyakit ini tidak dapat melelapkan mata selama bertahun-tahun. Penyakit ini dialami oleh kebanyakan manusia. Cuma bezanya adalah bergantung pada kadar masa yang dialami. Ada yang hanya menderita untuk dua atau tiga malam, sebulan atau dua bulan. Tetapi jika dibiarkan, al-araq boleh membelenggu kehidupan manusia selama bertahun-tahun. Bahaya penyakit ini ialah kemungkinan ia merebak hingga menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan termasuk di peringkat mental. Bayangkan apa yang bakal terjadi kepada mereka yang menanggung beban al-araq ini selama bertahun-tahun? Tentunya kesan ketara akan terlihat kepada fizikal pesakit ini. Kaedah moden banyak menganjurkan kepada pengambilan pil tidur yang diedarkan di farmasi farmasi dengan pelbagai jenarna. Malahan para doktor juga mengesyorkan ubat tidur sebagai salah satu cara untuk membantu meredakan ketegangan yang dialami oleh pesakit. Pelbagai penyelidikan dilakukan dari masa ke semasa untuk menganalisis punca dan tekanan sebenar yang menyebabkan berlakunya al-araq sehingga membuatkan manusia yang seharusnya menikmat tidur sebagai sebahagian daripada istirahat telah kehilangan peluang yang indah itu. Mengapa tidur yang sepatutnya dimiliki sebagai kenikmatan hidup itu sukar diperolehi? Inilah antara beberapa persoalan yang sukar dikupas. Semakin banyak kajian dan analisi,, dibuat maka jawapan yang ditemui ialah semakin banyak pula ubat-ubatan dirumus untuk membantu manusia yang menderita al-araq mendapat kembali keselesaan untuk tidur. Bagaimanapun haras diakui bahawa masalah untuk mendapatkan tidur tetap berlaku. Al-araq dianggap oleh semua golongan perubatan sebagai antara penyakit yang sukar ditangani, malah dari masa kemasa jumlah penghidapnya
semakin meningkat. Tekanan dalam kehidupan harian yang semakin meningkat dalam pertarungan hidup dalam dunia yang semakin kompleks ini turut membuatkan berlakunya peningkatan kes-kes tersebut. Catatan dalam sejarah awal Islam turut memuatkan pelbagai kisah mengenai al-araq dan sekaligus membuktikan bahawa fenomena penyakit ini
turut menyerang para sahabat. Rasulullah.terima kasih pada.. keem