Sekali ku sauk... 2 pantai sekali gus

Posted by Ciklinn Hasib.

hahhahahhaha... ntah apa2 tajuk kan kan kan...
maklumlah meroyan nak hapdet blog....

now jam menunjukkan 3.45 pagi 30/12/2010 (saja taip nak tgok leh siap entry bila.... hahah)
apa2 hal kasi upload gambar dulu.. then save n samb titun.... ngeh ngeh ngeh

Arghhh 3 januari 2011 baru leh teruskan menghedit..... ha kan ciklinn dah cakap kompom entri ni terperap dulu dalam draf.... selang berapa hari baru leh publish ha.... huhhuhuh

Citer pun dah basi ha.... citer time coti sekolah hari tu..... hahahahahhah..... kami jalan-jalan ke PANTAI KELANANG DAN MORIB, Banting.










Alahai sopanyer lah anak teruna ni..... menantu sapa lah nie????




Uhukssss...... mama dah nampak kurus kan? kan ? kan?



Sikit info

Pantai Morib
Sekiranya anda mencari satu kawasan yang jauh dari kesibukan dan kebisingan kota, Pantai Morib merupakan pilihan yang bijak. Sebagai salah satu kawasan beristirehat berpantai di daerah Kuala Langat, ia merupakan destinasi yang paling sesuai bagi pengunjung yang datang dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang ingin melepaskan diri daripada tekanan kerja kerana jaraknya yang tidak jauh dan strategik.
Kemudahan yang terdapat di Pantai Morib termasuklah juga sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC).
Alamat Lokasi : Perjalanan untuk ke sampai ke Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan ataupun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang, teruskan perjalanan anda sehingga Banting sebelum tiba di Morib.
Untuk sampai ke Morib melalui bas, anda cuma perlu menaiki bas Kuala Lumpur – Banting dari Stesen Bas Old Klang. Setibanya di Banting, anda boleh samada menaiki bas Sepang ke Morib ataupun menyewa teksi di perhentian teksi bersebelahan dengan perhentian bas di Banting

Pantai Kelanang Pantai Kelanang merupakan kawasan pantai berpasir dan ditumbuhi pokok-pokok rhu serta pkok kayu bakau. Pesisiran Pantai Baru Morib ke Pantai Kelanang dipenuhi oleh pokok kayu bakau.Pesisiran pantai antara Pantai Baru Morib dan Pantai Kelanang sejauh 7 KM.Dari jalan utama, Jalan Morib, akses ke Pantai Kelanang adalah melalui jalan kampung sediada di Pekan Tongkah dan seterusnya dihubungkan oleh jalan berturap sejauh 5 KM.Akses daripada Pekan Kelanang adalah sejauh 1.3 KM.Akses daripada Jugra boleh melalui jalan sediada dari Jeti Kelanang dan seterusnya dihubungkan jalan yang belum berturap sejauh 3 KM.

 

This entry was posted in .

Leave a reply