hari ni semua2 malszzzzzz....... hari ni duk lepak2 jerk depan TV sambil mkn besikut....pegi dapo tgok byk kain nak berbasuhhh... tapi malasssszzzzzzzzzz jadi bior jerlah dulu kain tu jadi gunung ledang.. hahhaha
Aliff balik.." mama nak makn nasi...nak dg telur goreng jer... aliff lapar"
erm..masak nasi 1/2 pot jerk..sbb utk dia mkn ber2 dgn aisy......
aku dah kenyang mkn besikut..... laki aku dah kenyang mkn kat sekolah.. hehehehheh
sennagkan........
jadi hari ni kesimpulannyer veri the malasssss..............
~~~~~~~~petua sikit kek cantik dari cheffwan~~~~~~~
etua kek cantik dari cheff wan
Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.
Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.
Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.
Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.
Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.
Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?
Masalah Yang Sering Dihadapi
Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.
Kek Terlalu Lembap dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Merekah di Atas
Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan tin terlalu kecil.
Kek yang Mendap di Tengahnya
Ukuran acuan tin tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
Semoga kek anda menjadi.. :)
linn jer ler buat kek tuk kyatt..
ReplyDeletegood info...tekun ai baca tauu
ReplyDeleteBagus gak petua buat kek dari chef wan nie....leh la praktik nnt :-)
ReplyDeletebanyak petua kek cantik ni...wanie pakai taram je buat kek..tu yang tiap kali buat kek tak menjadi je...hahaha
ReplyDeletepetua kek cantek yer.. nanti lin dah buat kai kat kiter skitt..
ReplyDeletekat umah x de oven so x leh buat kek jd jgn lupa bg skittt..hehehehhehee
ahaks..mkn bisekut je.....sgt2 la diet...hehe...
ReplyDeletewah..tips yg sgt bernua linn..seronok akak membacanya..tulah betul cakap chefwan tu...sebab dulu2 akak suka letak telur dlm peti... bila nak pukul, mmg ada effect pada kek... jgn kata kek, pankek pun jadi tak cun kalau guna telur dlm peti...tu yg skarang akak letak kat luar jee...
ReplyDeletegood info la lin..tp sy baca utk pengetahuan je...praktikal tak de sbb malas..hehhe..senang beli kat kedai terus...hahha..aci tak??
ReplyDeletebahgianyer idup ko ciklinn..dpt bermalas2an kat umah smbei tgk tv.. oh alangkah indahnya...
ReplyDeleteapa kata ko try petua wat kek tu..pas2 ko jmput aku dtg mkn.. amacam??? ada brani??
sama la kita ciklinn oi....ari ni malas itu berulang!! dh duk umh ni, tak der dateline, syok pulak... bertmbh lemah la montot aku....hehehhehe.
ReplyDeletemekaish info kek itu!
Thanks linn sharing the info..bila awak nak baking ni??Nak gak tumpang sekaki he..he..
ReplyDeleteThanks linn sharing the info..bila awak nak baking ni??Nak gak tumpang sekaki he..he..
ReplyDeletebagus petua nie
ReplyDeletebaguih ler cik linn bg petua... ops! petua dr chef wan nie. Tapi, akakrase, Linn pun dah setaraf chef tur taw!
ReplyDeletethakns 4 d tips Linn... mmg akak buat kek b4 x penah jadik & reason pun mcm yg Linn siar nie ler! malu I nak ngaku u...
aik, makan biskut jerk dah kenyang.. patut kecik molek jer..
ReplyDeletewa.. info cukup bagus..leh copy&paste nih..
kak linn thanks for the tips..smlm baru wat kek. patutla selalu tak mnjadi. tak ikut petua chef wan ni la. ikut sesuka hati petua sndiri..eheheh
ReplyDeletepetua chef wan ye... kat mana awak jumpa ni, dlm buku dia ke? atau dalam majalah hiburan ye?
ReplyDeletegood info!patutlah kek sy ade time2 dia merekah..oven panas sgt rupenye
ReplyDeletekak, kain kat umah ni pun dah mcm gunung ledang..hahahahahaa tggu masa nak meletus ye..
ReplyDeleteohh lama sgguh tak buat kek...
>> yang kaki buat kek kena ambil perhatian...:D
ReplyDeletebleh jd asst. chefwan lak pas nih..hehehe
ReplyDeletesuka lah ciklin dapat beristirehat...
ReplyDeleteeayda pun bila time malas sampai dok wat tak faham jer...walaupun dah jadi gunung ledang...
aik!!! kenapa tak ble link ni???
ReplyDeletehahahaha baru boleh...
ReplyDeletehamboih byk petua ciklin! bgus...sharing is caring ehehe..ye la kan..aku salu beli kedai je kek..sbb agak fail bab buat² neh..ehehe
ReplyDeleteadehhhhhhhhhhhh
ReplyDeletejenuh akk nk membaca spi kahatam petua chef wan ni..
sok2 aku nk membaking..aku bukak blog ko ar..nk kena khatamkan balik semula..ke..susah2 ko baking tuk akk lah..
KEK CEKELAT SATUUUUUUUUUUUUU
patut le kek chef wan tu cantik2 n gebus2 jek kan...cik linn buat le kek....pastu panggil lieya jadi tester....hi hi hi bab2 rase ni mmg lieya no 1....keh keh keh
ReplyDeletewah..bagus2.. nak praktikkan gak ler petua ni..
ReplyDelete