Saya selalu n kadang2 terleka dgn permintaan yg simple oleh bujang2 saya dah besar tu... lepas baca cerita ni mama akan cuba jadi seorg yg lebih prihatin walaucuma utk permintaan yang kecil...
Ahmad Lutfi Othman
Artikel ini saya tulis sejurus selepas anak kedua saya, Nurul Syafiqah meninggal dunia pada hari pertama Ramadan, 2005, ketika usianya 11 tahun. Mengingatimu bukan lagi satu kepedihan, tetapi satu kenikmatan. Ya, terasa betapa luhur dan tulusnya kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak...
---------------------------------
Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadan, jam 8.15 pagi.
Segalanya berhenti.
Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan.
Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.
Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.
Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.
Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari.
Syafiqah telefon dari sekolah.
"Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?"
Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan.
"Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.
"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya.
Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven.
Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.
Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya.
Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.
Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?"
Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.
"Akak cari tudung."
"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebo.dohan saya.
Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat.
Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.
Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.
"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan.
Kami jalan kaki pun boleh."
Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."
Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke Hotel Vistana, Kuala Lumpur hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama,
antara lain, pimpinan PAS, Mohamad Sabu.
Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk.
Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.
"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta.
Raut muka cerianya seperti terlindung.
Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita sakit.
Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di Sekolah Agama Menengah Batu 10, Cheras.
Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.
"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.
Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin, hanya sekitar 1km dari rumah, tetapi tutup hari itu .
Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang.
Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.
Saya berbisik, "Nak balik kampung?"
"Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal dengan nenek," balasnya.
Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah.
Syafiqah tenang saja.
Kalau anak lain tentu akan merengek.
Menyedari Syafiqah seperti tidak sihat, emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.
Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega.
Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya,
"ayah di mana?"
Sambil melintasi Taiping, saya menjawab.
Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.
Jam 5 pagi, kami sampai di kampung kelahiran saya, Kampung Raja, Kubang Pasu.
Saya maklumkan kepada Syafiqah.
Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, bercerita kandungan SMS saya.
Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS.
"Mulut akak pahit, nak buat macamana."
Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula.
Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar".
Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...
Selasa pagi kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung),
menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuh Raya Utara Selatan.
Di rumah neneknya, di Klang, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga.
Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh.
Syafiqah desak saya jemput.
Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan penat dan letih.
Syafiqah berkeras.
Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil.
Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman.
Dia bercerita bagaimana darahnya diperiksa doktor di hospital Klang.
Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.
Awal pagi, terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah.
Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya,
Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk.
Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.
"Fiqah tak payah posalah," kata saya.
Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta
Syafiqah kembali tidur dan berehat,
kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup jika kami semua makan bersama.
7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya.
Syafiqah menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit!
Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.
Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang.
Takdir makin dekat.
Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."
Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, masih jernih, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis.
Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini.
Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.
Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia.
Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.
"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya.
Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.
8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati
mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.
Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depan kami, mungkin dia mahu berbaring lebih selesa. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa cukup berat.
Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.
Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.
Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William Tan, pesara TUDM, sama-sama mengangkat Syafiqah.
Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya sempat menatap wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah. Dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.
Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Saya seperti keseorangan. Degupan jantung kuat sekali.
Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.
Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi saya tahu harapannya tidak pudar.
Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan hospital. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.
Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.
Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."
Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.
Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.
Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana selama tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, sehingga terpaksa menerima rawatan jauh di kampung, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.
Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.
Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. Al-Fatehah.
Hargai & sayangilah anak2 kita.....layan & santuni mrk dgn baik
Showing posts with label Umar Yusuf. Show all posts
Permintaan Yang Tertangguh
Posted by Ciklinn Hasib.Abang Aliff + Abang Aisy + Incik Umar
Posted by Ciklinn Hasib.salam semua...... harap2 sapa2 yg masih membuka blog nih sihat2lah yer semua...... Ciklinn minta maaf byk2 sbb dah lama tak menjengah dan tidak menghapdet cerita ceriti kat blog nih....... masa sgt2lah terbatas skrg.... nak2 dgn bujang2 yg sedang membesar dgn jayanya.......mcm2 kerenah dorang yg nak dilayan.. udahnya mama sangat lemauuuuuuuuuu bila ada masa rehat tu.......
tapi ciklinn selalu apdet pendek2 kat FB hehehhehe...... pendek ker??? hahhaha........
bila tak berhapdet... makanya duit NUFFNANG saya pun semakinlah menipis... huwaaaaaaaaaaaa..... tak dapat dah nak beli benda2 sebagai kenangan tak rugi idup berblog.. kah!!!....... yer.... dulu berseri2 gaklah tgok nuffnang.... tapi sekarang... adolah ciput..... tapi takper sikit2 lama2 jadi bukit heheheh
meh layan gambar2 hero hero dan hero saya nih....... ALIFF, AISY mcm biasa sgt susah dah suruh bergambar.... tapi incik umar semakin pandai n bijak bergaya depan kamera....... sggt cute muka menyengih tu........
Buat Kenangan Untuk Incik Umar Yusuf
Posted by Ciklinn Hasib.salam semua.... Ya Allah ciklin bulan2 posa ni punyerlah lemau nak menghapdet apa2 kat blog.... masa betul2 membataskan..... Tapi ciklin selalu lepak2 kat Facebook tu ha.... kenapa kat sana??? sbb leh hapdet pendek2... hehehhehehe...
okeylah ciklinn nak share gambar2 umar masa dia jatuh haritu.... pada yg dah tahu.... ciklinn ucapkan terima yg tak putus2 mendoakan kesihatan umar........
GAMBAR PERTAMA : Ni masa umar mula2 jatuh.... sgt besar kan benjol kepala dia..... mmg sesak napas ciklinn dibuatnyer... sedih yg hamat bila tgok benjol kat kepala dia nie.......bengkak camni sebab... umar terjatuh then terkena bucu meja........
GAMBAR KEDUA : Close up sikit.... kesiann kan...... TAPI MALAM TU UMAR TERSADUNG KAKI ABG DIA JATUH DAN TERKENA BENJOL TU SEKALI LAGI.. HUWAAAAAAAA SEDIH SANGAT2 WAKTU....... MMG SEJEKAP SGT BENDA TU BERLAKU.... CIKLINN ADA DGN DIA.. TAPI MMG TAK SEMPAT NAK BUAT APA2...... MAAFKAN MAMA SAYANG.............MAMA NAK AMBIL GAMBAR PUN TAK MAMPU..SBB KESIAN SGT2... HUHUHUHHUH....
GAMBAR KETIGA - selang 2 hari bengkak dah surut..... masa ni mmg ciklinn langsung tk buat apa2.. mmg jaga umar sepenuhnya.... sbb sgt2 takut kalau2 dia jatuh lagi.....
GAMBAR KELIMA- Masa ni umar bengkak tu dah semakin surut...... dan lebam tu jadi.. sbb otot2 umar masih lembut... so dia bengkak camtu lah kata doktor...... so mama hanya tuam pelan2..... alhamdullialah semakin baik....... tapi umar tetap aktip mcm biasa..... huhuuhuh
GAMBAR KEENAM - hehhhe sangat comel kan..... malu konon ambil gambar... hehehh.. masa ni lebam pun makin kurang dah..... tingal sikit2 jerk.......
DAN GAMBAR TERAKHIR IALAH GAMBAR UMAR YG TERBARU..... ALHAMDULILLAH BAIK SEPENUHNYA.......... TAPI MAMA MASIH FOBIA... ASAL UMAR JATUH JER... RASA BERDEBAR2 SANGAT2... TAKUT SANGAT2 KALU JATUH KAT TEMPAT YG SAMA LAGI... HUHUHU.....
Sekian laporan penuh dari meja komputer ciklinn hehehhehe......
Baby dalam Beg Yang serius comel...
Posted by Ciklinn Hasib.sekian cerita dari mama si penglipurlara........
Serius Korang jatuh chinta kat apa yg ada kat gambar nie.......
Posted by Ciklinn Hasib.salam hari jumaat..... semoga hari ni akan lebih baik dari hari2 sebelum2 nya...... meh kita layan meh... gambar budak tecik makan pisang..... hihiihhihhihiih... semoga korang ceria seceria ending citer NORA ELENA>>>> kih kih kih....
Amboi2 pandainyer dia melukis.... makin comel muker tu dibuatnyer....
Posted by Ciklinn Hasib.Ustaz umar Yang Demam
Posted by Ciklinn Hasib.Dikala sidia berumur setahun......
Posted by Ciklinn Hasib.alhamdulilah.. pejam celik... celik pejam.. pejam celik lagi..... incik umar sudah setahun.....
sekejap jer masa berlalu kan.... rasa mcm baru jer bgtau kat sini yg incik umar selamat dilahirkan....
hoyehhh................ INcik Umar Kembali...
Posted by Ciklinn Hasib.Pabila Ultraman terputus dua
Posted by Ciklinn Hasib.Cerita pasal Umar lagi........ hehhehee... oleh sebab dia yg paling kecik makanya cerita pasal umar jerlah...
abang2 dah besar2 dan sgt susah nak amik gamabar bagai......
dua hero tu pun dah byk buat kerja sendiri jerk skrg...... huhuhuhuhu
hai camnerlah bila dorang besar kan...... sedih lak rasanya...
bila anak2 semakin membesar... mereka akan semakin jauh dgn kita..... huhuhuhuhuhuh
n now mama mmg kelek siumar jerlah...... peluk kuat2 dan cium kuat2...
abang dia usah haraplah nak cium bagai...
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Sangat Seronok Pabila Bujang Kecil Sudah pandai senyum
Posted by Ciklinn Hasib.mata mama yg bengkak..... sebab tak cukup tido..... umar sangat meragam 2-3 hari nie.....
huhuhuu kesian mama kan...........
Sangat Best Isap Jari Kaki
Posted by Ciklinn Hasib.Alhamdulillah 10 bulan sudah Umar menyusu badan.....
Semoga ALLAH Terus permudahkan Mama meneruskan usaha murni ini... hehehhehe
walau kadang2 sgt letihh mengiring.... tapi mama sgt gembira sebab itu yg terbaik untuk Umar.....









