Showing posts with label Slot Akasia. Show all posts

Dewa Cinta Akasia- Argghhh mencik tak suka dgn hero dan heroin....

Posted by Ciklinn Hasib.

so malas nak layan citer nie.... ehhehhehe... dan petang2 skrg dah boleh menikmati angin petang.. sambil2 tengok umar naik kete tecik warna biru..........leh sembang2 balik dgn makcik sebelah..... yg sepanjang ado seth tan duk tanya aisy...

makcik sebelah : Aisy mama mana?
aisy : Dia tengok Nora Elena..... dia tak bg Aisy tgok Tv..... (hahha lelebih lak aisy menjawab.. leh lak nak tunjuk tak puas hati gak tak dapat tgok Ben 10)

happy umar dapat keluar rumah kalu idak naik pening umar 24 jam duduk dalam rumah jerk... dek kerana mama dia yg sgt angau dengan SETH TAN...... hahhaha..... dan pada sapa2 yg layan cerita DEWA Cinta ni.... ni sedikit sebanyak sinopsis cerita nie.....


Dewa Cinta

Nur Hidayati Abdul Aziz 17/06/2011 18:03:58 Dewa Cinta mengisarkan Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida). Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite. Takdir menemukan Iqbal dengan June, seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu.

June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan untuk saling mengenali dan menyayangi. Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama.

Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama 3 tahun di situ. June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”.

Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal. Fariz telah bersuhabat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan terjadi seterusnya? Saksikan suka duka kisah percintaan Iqbal dan June dalam Dewa Cinta di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

---Episod 3 Chinta ---

Posted by Ciklinn Hasib.

Tak sabar rasanya nak tunggu Episod Ke 3 petang nie..... cerita ni best lor.... Fasha Sanda lak dalam cerita ni mmg ayu suci dan murni gitu kan (walau ciklin tak berapa suka minah ni)..... huhuhuh.... kesian sgt Chinta... naif... bernasib malang berabang kan syaitonn bertopengkan manusia....apapun meh kita sama2 tunggu episod seterusnya petang nie....



  Chinta


Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.

Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang pengawal keselamatan kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta.

Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain.

Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka. Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat.

Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?

Saksikan ‘Chinta’ lakonan Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz mulai 27 September, Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Akasia. TV3

Posted in , , , | 13 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , , ,