untuk perkongsian bersama....
anak2lah harta kita semua didunia dan diakhirat....
semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah dunia dan akhirat... aminnnn
* copy dari FB
Showing posts with label Tips Anak-anak. Show all posts
9 waktu mustajab untuk menasihati anak-anak
Posted by Ciklinn Hasib.Ustaz Ismail Kamus - Ayat-ayat untuk Anak Degil
Posted by Ciklinn Hasib.
Ciklinn nak kongsi tip2s utk anak2 yg degil (biasalah budak2)........ dan yang penting ini adalah untuk simpanan ciklinn..... nak2 ciklinn adalah ibu kepada 3 hero yg soleh tersebut....... alhamdulillah........ anak2 semakin besar semakin faham apa yg kita cakap... so biasalah degil sikit2 tu hehehhehe....
Dari yg ustaz bg tau kat video diatas..........cara2 nya ialah...
utk lebih terang korang dengarlah sendiri video kat atas yer..........
Note: lagi satu Klik sini -Tips Untuk anak-anak-Doa untuk anak bijak cerdik dan mendengar kata
Alhamdulillah ciklinn mmg amalkan skrg... seblm anak2 tidur ciklinn bacakan ayat pada link kat atas...... alhamdulillah... anak2 lebih mendengar kata... hati pun lebih lembut.... yg paling best... nak gerak bgn pagi pun sgt senang.......
Doa memperbanyakkan Susu Ibu
Posted by Ciklinn Hasib.- Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
- Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
Tips Untuk anak-anak-Doa untuk anak bijak cerdik dan mendengar kata
Posted by Ciklinn Hasib.Semakin hari semakin membesar anak2....... erm... mcm2 perangai yg keluar.... kadang2 ilang sabar ciklinn sebagai ibu........ tapi yerlah itulah tanggungjawab kita sebagai ibu menjaga... dan mendidik anak2..... so ku google lah doa2 yg kita sama2 leh amalkan untuk mendapatkan anak2 yg soleh dan solehah dunia dan akhirat.....
Untuk simpanan sendiri.......... dan juga untuk dikongsi bersama2 kawan2...... sama2 kita amalkan nyer......
ni dari blog Jue rahim....
INFO: Tip untuk ibu bapa
- Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
- Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
- Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
- Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
- 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
- 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
- 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
- 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
- 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
- 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
SENTAPPPP boleh buat hilang kasih sayang
Posted by Ciklinn Hasib.pertama kita mesti sayang pada pencipta kita Allah SWT....
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
Riwayat at-Tabrani
Huraian:
1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim.
2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.
3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.
4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kentut, kentot, Prooooooooottttttttttt......... Pruuuuuuttttttt..... Priiiiiiittttttttttt
Posted by Ciklinn Hasib.WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.
Tidak lama Lagi Saya Timang Bayi Perempuan
Posted by Ciklinn Hasib.haitsss.......... sangat cepat pantas dan mantap...
mama umar nak membuat anak perempuan kan....
termimpi2 wo bersalin anak pompuan...
sampai ckp kat kakak sulung...
"kak, kalu anak aku lahir pompuan kan.. elok jer dia keluar aku suh doktor tu sepit rambut dia.. hihihih"
haiyooo........... bawak-bawak bertenang yer semua...........
Kami sekeluarga gumbira dengan berita ni....
dan ciklinn doakan ibu dapat anak perempuan lepas nie....
huhuhuhuhuh... kalau anak lelaki gak nampak sangat teknik tu tak betul lagi.. wakakakak
(apa yglebih penting baby sihat walafiat)
kalu nak tau adik Ciklinn ni pun dah ada 2 orang anak lelaki....
sebab tu kepingin banget deh mau cowok hat no 3 nie....
sama2 kita doakan dia yerk.....dapat anak perempuan lepas ni...
ermm.. kalu anak perempuan mesti cantikk lor anak kamu....
macam Erra Fazira... wakakkakaka.. (kan ke orang kata muka ko mcm Erra Fazira)
harus ko perasan
Ciklinn ni pun agaknya belum ada rezeki nak ada anak perempuan agaknya...
Takpelah boleh berusaha dengan lebih gigih lagi 3 tahun akan datang....
Yang penting kita berusaha kan...(wah suka laki mak baca entry ni.. wajib dia terus berusaha)
Istimewa untuk kamu dik.
Tips Mendapatkan anak Perempuan (bestkan budak pompuan leh letak mcm aksesori ha)
Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :
1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.
2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so
sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.
3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
5. Berdoa.
Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukkan janin):
1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)
Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)
Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.
--- Petua hilangkan Selsema dan demam ---
Posted by Ciklinn Hasib.terkini: Umar sedang tidur..... setelah puas merengek2
Kanak-kanak/bayi1. bykkan bayi minum airmasak2.selsema- letak hibung bayi dengan kunyit hidupcara:tumbuk halus kunyit hidup.. dan ambil air kunyit sapukan dihidung
Kanak-kanak/Dewasa1. Makan Aiskrim Vanilla (sgt bagus okeh)2. minum air masak banyak-banyak3. Selsema- Rendam kaki dalam air panas suam berlimau NIPIS atau KASTURI.cara: sebaldi air yg telah dicamput air limau(dalam 5 biji camtu)Kemudian tutup kepala dengan tuala..dan halakan muka diwap2 air tadi....insyallah selsema akan berkurangan dan kering...
Pabila Anak Kecil ku Demam
Posted by Ciklinn Hasib.Tetapi perlu diingat!!!, jika kepanasan melampau dari darjah 39 sehingga darjah 40 darjah Celsius, ini amat merbahaya kepada anak, boleh menyebabkan anak tersebut mendapat sawan atau ketegangan urat saraf dan boleh mengakibatkan menjadi lumpuh (kecacatan kekal). Suhu yang baik ketika demam ialah 38. Suhu normal tubuh ialah 37.
Jika suhu naik sampai 39-40, anda perlu basahkan tuala dan lap segera badan anak dengan air agar suhunya turun dan terkawal. Bahagian yang perlu dibasahkan ialah kepala dan badan. Selepas kita lap dengan air suhu akan turun
Antara tanda anak yang demam kuat dan perlu diberi perhatian sungguh2,
1. Kakinya sejuk: Menunjukan demamnya tidak boleh dijangka, ada kemungkinan suhunya akan naik tiba2. Jika kakinya panas menunjukan demamnya stabil dan tidak membimbangkan. Jika kakinya sejuk anda perlu selimutkan dia supaya kakinya kembali panas.
2. Ketar2: Ini menunjukan demamnya kuat dan panas didalam, jauhkan dari kipas, dan bawa dia kebilik suhu normal atau suhu bilik yang agak panas. Dalam masa yg sama lap kepala dan badan anak dengan air jika kulitnya panas. Kalau ada ubat peluru, masukkan melalui duburnya segera.
--- Urutan sgt baik untuk bayi kita ---
Posted by Ciklinn Hasib.Ciklinn mmg amalkan urutan pada bayi ni sejak anak yg 1st lagi... selain dapat merelekskan bayi... ciklinn pun releks gak sbb happy tgok mula baby yg senyum2 simpul bila di agah masa mengurut....sekarang sesi mengurut baby kembali lagi bila adanya umar.... hihihih
ni masa umar 4hari.....
tecikk jer kan...
Oleh Halina Mohd Noor
SEKIRANYA anda fikir mengurut bayi meletihkan dan hanya memberi manfaat kepada bayi semata-mata, anda harus memikirkannya semula. Ini kerana, selain bayi, anda juga boleh menikmati kesan positif daripada aktiviti mengurut bayi.
Jika anda mengalami tekanan atau gejala kemurungan, lakukan aktiviti mengurut bayi kerana ia boleh membuatkan perasaan anda lebih tenang. Berdasarkan kajian, aktiviti mengurut bayi mampu mengurangkan gejala kemurungan dan tekanan yang dihadapi oleh warga emas yang biasanya mengalami tekanan akibat peralihan usia selain kesunyian menjalani hidup sendiri.Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail, berkata mereka yang mengurut bayi turut menerima kesan yang sama seperti yang dialami bayi.
“Di Barat, warga emas yang bergelar datuk dan nenek secara sukarela tampil sebagai terapi urutan untuk bayi. Sejumlah lima hingga 26 peratus golongan warga emas ini mengalami gejala kemurungan melaporkan aktiviti mengurut bayi mampu mengurangkan tahap kebimbangan, gejala kemurungan dan menurunkan tahap hormon tekanan.
“Mereka juga mengaku lebih aktif bersosial dalam tempoh seminggu, kurang lawatan ke klinik selain meningkatkan corak tidur yang lebih lena dan meningkatkan keyakinan diri,” katanya ketika menerangkan mengenai Kepentingan Sentuhan Urutan Bayi sempena majlis pelancaran Inisiatif Didikan Umum Urutan Bayi Johnson 2007, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Face of Touch’ berkata, urutan mampu mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan tekanan. Apabila urutan dilakukan, selain bayi, mereka yang melakukan urutan turut merasa lebih tenang.
“Ibu bapa yang mengurut bayi mereka berpeluang untuk mengenali personaliti anak masing-masing melalui aktiviti urutan. Kaedah urutan juga adalah satu bentuk komunikasi antara ibu bapa dan anak. Ibu yang kemurungan menyebabkan bayi juga tertekan kerana tidak dapat berinteraksi dengan ibu mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Zulkifli yang memperkenalkan kaedah urutan bayi sejak 10 tahun lalu, berkata kebanyakan ibu yang ditemui mengakui tidak mendapat sokongan suami dalam menjadikan urutan sebagai rutin untuk bayi mereka.
“Daripada 105 ibu yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur, hanya 2/3 saja ibu mengakui mendapat sokongan suami untuk mengurut bayi mereka, manakala selebihnya tidak mendapat sokongan suami masing-masing. Kebanyakan ibu mengurut bayi mereka 2 kali sehari mengakui melihat ekspresi wajah bayi lebih tenang,” katanya.
Beliau berkata, ibu bapa perlu diberikan didikan mengenai manfaat urutan. Kaedah urutan sudah diamalkan sejak beribu tahun lalu. Di Mesir, urutan digunakan sebagai salah satu cara bagi merawat histeria. Di India, ia digunakan sebagai satu kaedah menjaga kesihatan, di Greece dan Rom, urutan digunakan untuk memulihkan dan menguatkan otot olahragawan manakala di China ia digunakan sebagai terapi perubatan.
“Berdasarkan hipotesis Dr Fritz Talbot, urutan boleh mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak pada 1900s. Pada 1938, jururawat di Hospital Bellevue menjadikan rutin mendukung dan mengurut bahagian belakang bayi setiap hari. Aktiviti ini menunjukkan penurunan kadar kematian bayi daripada 30 peratus kepada kurang daripada 10 peratus pada 1938,” katanya.
Kajian moden mengenai urutan oleh pakar psikologi Ruth Rice pada 1975, menunjukkan bayi pramatang yang diurut ibu mereka selama 15 minit sehari, sebanyak 4 kali sehari untuk sebulan didapati berkembang lebih cepat dari segi neurologi dan fizikal mereka.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr Zulkifli pada 2001, 31 bayi yang diurut menunjukkan peningkatan berat badan yang menggalakkan. Urutan didapati merangsang urat saraf dan mengeluarkan hormon gastrin yang melancarkan penghadaman. Justeru, bayi berkeupayaan memanfaatkan semua zat pemakanan dengan lebih baik.
“Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik,” katanya.
Manfaat urutan kepada bayi:
Manfaat urutan kepada bayi pramatang:
Analisis global daripada 19 data kajian mendapati 72 peratus bayi menunjukkan kesan positif seperti:
Persiapan Untuk Urutan Bayi:
Sumber:intim.wordpress.com








