PUTRAJAYA 3 Okt. – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan menimbang pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam termasuk kakitangan dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), tahun ini.
Presidennya, Omar Osman berkata, pertimbangan itu perlu dibuat berikutan sebelum ini sudah dua kali hanya penjawat awam dari gred satu hingga 54 sahaja yang menikmati pemberian bonus itu.
"Kami harap kerajaan akan beri perhatian kepada perkara ini dalam memastikan keseluruhan 1.2 penjawat awam dapat menikmati pemberian bonus,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di sini, hari ini.
Omar berkata, pihaknya yakin kerajaan akan menimbangkan permohonan bonus itu bagi meringankan beban rakyat.
Keputusan mengenai pemberian bonus biasanya diumumkan semasa Perdana Menteri membentang bajet setiap tahun, dan tahun ini pembentangan bajet dijadualkan pada 15 Oktober ini. – Bernama
Ciklinn mewakili Encik suami sangat setuju dengan cadangan di atas

