Showing posts with label Kasih sayang suami isteri. Show all posts

Aku nak makan ni Kamu nak makan Itu, Aku nak makan ni Kamu nak makan Itu

Posted by Ciklinn Hasib.

caits.... mentang2 bini rajin lagi solehah...........
wakakkakak sila jgn muntah hijau mcm orang hijau...
Ingat Hijau ingat Daus

ntah kenapa sejak dua menjak ni kami laki bini tekak
sorang ke utara sorang keselatan.....

sorang nak makan ni.... sorang nak makan tu.....
habisnya... isteri solehah penuh kerajinan..
masak dua menu satu hari berlaukkan yg sama.....
ngeh ngehngeh...

Resepi Siakap 3 rasa untuk kamu 


 Resepi Siakap stim untuk aku


*

*

*

*

*


 Resepi udang kari untuk kamu

 Resepi Udang tempoyak untuk aku

hat ni makan sama-sama.... isteri solehah malas nak masak 2 macam





 dan yg ni untuk dilihat jerk... sebab aisy yang punyerrrrrrrr

 


semua resepi Ciklinn buat satu2 nanti yerk...
ni main tepek jerk... sbb incik umar tak bg can mama nak berblog...
huhhuhuhuhuhuhu

kalau nak macam-macam lagi resepi menarik tertarik debaboomm
pi jumpa dan menunut segala jenis mak nenek resepi kat Ah Mat Gebu

"saya bukan rosmah mansur....... apatah lagi nyonya mansur"

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

Incik Razak Cium Ciklinn kerana................

Posted by Ciklinn Hasib.

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman membawa kebaikan untuk kesihatan..... Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Kebaikan Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan dan kebaikan berciuman ....

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit. 
 semua diatas hanya untuk mereka yg sudah berkahwin....hihihih dan ciuman seperti dibawah adalah hareeeeemmmmmmm
 

Posted in , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

---Suami cepat 'tewas'---

Posted by Ciklinn Hasib.

entry ini hanya untuk pembacaan tiada kena mengena dengan laki tuan rumah...... wakakkkakkakak




Isteri perlu beri sokongan

“MALAM esok sajalah. Hari ini abang penat,” Kata-kata sebegini mungkin amat jarang dikeluarkan seorang lelaki pada usia masih mantap atau bawah 40 an jika bercerita mengenai hubungan kelamin kepada pasangannya. Dalam kehebatan lelaki menyuarakan ‘seks umpama makanan’, segelintir malah semakin ramai lelaki di luar sana sebenarnya hanya hebat berbicara mengenai seks sedangkan hakikatnya tidak mampu melunaskan tanggungjawab berkenaan terhadap isteri atau tiada kepuasan diperoleh oleh isteri.

Alasan kali pertama diutarakan, mungkin isteri merasakan ia akibat keletihan, tetapi jika kerap diutarakan dan berterusan, ia mungkin petanda kesihatan masalah seksual.

Kajian oleh The Asia Pacific Sexual Healty and Overall Wellness Survey (AP SHOW) mendapati ramai lelaki di 13 buah negara, termasuk Malaysia menderita ketidakupayaan ereksi atau ED atau bahasa mudanya, mati pucuk.

Malah, kajian membabitkan 3,957 responden itu mendapati 57 peratus lelaki dan 64 peratus wanita menyatakan tidak mendapat kepuasan yang sepenuhnya dalam hubungan intim bersama pasangan mereka.

Penyelidik dan Perunding Kesihatan, Dr Siti Norazah Zulkifli, berkata ED bukan saja ditanggung suami sebaliknya isteri turut menerima tempiasnya. Apabila penyakit itu mengganggu psikologi suami, ia mungkin akan mengganggu emosi isteri apabila sang suami terganggu emosi dan kerap marah.

“Keadaan ini menjadi kebimbangan jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya pada peringkat awal kerana ia mungkin meranapkan sebuah rumah tangga. Mungkin isteri memikirkan ketidakinginan itu berpunca daripada keletihan atau tekanan, hakikatnya ia petanda suami berhadapan dengan masalah kesihatan, lantaran kesihatan diri termasuk emosi dan gaya hidup, amat berkait dengan kesihatan seksual.

“Berbanding topik penjagaan kesihatan lain seperti amalan gaya hidup sihat, senaman dan pemakanan seimbang, topik ED ini amat jarang diperkatakan. Selain kurang kesedaran mengenainya, rasa malu dan ego adalah penyebab utama kenapa ia jarang dibincangkan secara terbuka. Hakikatnya, kini semakin ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap,” katanya.
Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Keadaan itu jika dibiarkan berlarutan akan membawa kepada kesan bahaya pada diri lelaki.

Ia berlaku akibat daripada gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya.

Diabetes antara masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin apabila kesan penyakit yang dihadapi itu akan menyebabkan mangsa mengalami penyakit ED, malah peratusan pesakit diabetes yang mengalami mati pucuk adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

”Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf akan semakin meningkat seiring dengan jangka masa seseorang itu mengidap diabetes.

”Kerosakan saraf turut menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan yang boleh menyumbang kepada keletihan, selain menjejaskan keupayaan ereksi atau mengekalkan ereksi lelaki,” katanya dalam ceramah mengenai masalah seksual dan kesannya kepada pasangan.

Segelintir beranggapan amat mengaibkan untuk memperkatakan masalah seksual secara terbuka kerana takut digelar ‘tidak sempurna’, tambah pula, ramai yang beranggapan ‘kejantanan’ lelaki terletak pada kehebatan mereka di atas katil.

Pakar Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Low Wah Yun, berkata sokongan isteri amat penting bagi menangani masalah berkenaan. Namun, suami harus bersikap terbuka berkongsi masalahnya dengan isteri kerana kegagalan suami berfungsi turut memberi kesan kepada isteri dan kehidupan berumahtangga secara menyeluruh.

“Ada juga suami yang bercerita dengan isteri mengenai masalah itu tetapi sensitif jika diminta menjalani rawatan ED. Dalam hal ini, isteri boleh mengubah topik perbincangan berhubung penyakit lain seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi sebelum masuk ke topik masalah seksual.

“Isteri mungkin boleh terangkan kepada suami, penyakit diabetes boleh menjurus kepada mati pucuk jika tidak dirawat dengan segera. Jangan sekali-kali mempertikaikan kelemahan seksual suami kerana tidak ada lelaki yang gemar mendengarnya dan mungkin hasrat murni anda untuk membantu akan berakhir dengan pertengkaran kerana keegoan lelaki mengenainya,” katanya.

Low berkata, keinginan seksual berkurangan sejajar peningkatan usia, tetapi usah biarkan ia mengganggu hubungan suami isteri kerana pada usia semakin senja, sentuhan mesra, bergandingan tangan ketika berjalan adalah kunci kebahagiaan yang sebenar.

Tiada orang yang lebih layak menjaga kesihatan anda kecuali diri sendiri terutama apabila membabitkan kesihatan seksual. Mengalami masalah kesihatan seksual dalam sebarang bentuk boleh meranapkan ego seseorang lelaki sehingga membuat mereka berasa rendah diri dan tertekan.

Jika anda ada masalah ini, jangan cepat berasa tertekan dan malu. Kajian menunjukkan 50 peratus lelaki Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu kelemahan fungsi seksual yang membabitkan kes pancutan awal, sangat mudah terangsang, masalah kurang tegang, ED atau kurang nafsu.

Kira-kira 60 peratus wanita mengalami sekurang-kurangnya satu masalah seksual tetapi kebanyakannya kurang nafsu, masalah kekeringan dan orgasma. Tidak kira masalah seks ini berlaku pada pihak mana, ia akan menjejaskan hubungan dengan pasangan dan kebahagiaan rumah tangga jika tidak ditangani segera.

“Seks bukan hanya untuk tujuan pembiakan (mendapat zuriat) tetapi ia juga menjadi pengikat kasih sayang antara suami isteri dan komponen penting membentuk kehidupan sejahtera. Justeru, seks masih diperlukan walaupun sudah lanjut usia, cuma kekerapan dan caranya mungkin berbeza dengan orang muda,” katanya.

Seks bukan sekadar hubungan badan kerana ia merangkumi skop lebih luas termasuk hubungan sosial dan komunikasi. Inilah sebabnya hubungan mesra dan kemahiran berkomunikasi penting bagi setiap pasangan. Apabila hubungan kurang mesra, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Akibatnya banyak konflik tidak dapat diselesaikan. Ia kemudian menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, mula menilai diri sebagai lemah dan kurang berkemampuan yang akhirnya menjadikan hubungan antara suami isteri membosankan.

Oleh itu, setiap pasangan perlu bersikap terbuka, bertolak-ansur bagi memastikan kesejahteraan hidup berumahtangga berterusan.

Sumber : Bharian

Posted in , | 8 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,