Showing posts with label Susu ibu. Show all posts

Doa memperbanyakkan Susu Ibu

Posted by Ciklinn Hasib.

Sekadar ingin berkongsi dengan kawan2....... dalam duk cari petua membanyakkan susu ibu ciklinn jumpa artikel ni dari blog resepirahsiaku.....  n Ciklinn mmg selalu berdoa dan berharap Umar dapat menyusu badan sehingga umurnya 2 tahun...... Semoga Allah mempermudahkan segala2nya...........


Memberi susu ibu sendiri kepada anak adalah lebih baik daripada memberi susu tepung. Khasiat susu ibu jika berbanding susu tepung banyak kelebihannya. Ibu yang menyusukan bayinya dapat menghndarkan kanser payudara. Bagi menambahkan dan memperbanyakkan susu ibu marilah mengamalkan doa ini. Moga-moga diperbanyakkan.
Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah.........

Posted in , , , | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags: , , ,

Umar dan susu ibunya.....

Posted by Ciklinn Hasib.

kah kah kah.. tajuk tu comel tak ... hahahhah

Alhamdulillah...... genap dah umar 1 tahun 7bulan minum susu ibu sepenuhnya..... alhamdulillah juga mama masih boleh menyusukan umar...... semoga mama boleh terus menyusukan umar sehingga cukup 2 tahun....... aminn...

tatapi kadang2 mama rasa sgt2 letih sebab incik umar... mmg pantang nampak mama dia releks2.... kompom dia dtg.... n duklah melekap.... huhuhuh nak2 mama mmg duduk rumah.... haitsss.... mmg semakin melekatlah dia.... apapun mama kena byk2 bersabar.. sbb susu ibu memang sgt banyak kelebihan nyer.......


meh ciklinn nak kongsi kelebihan susu ibu nih.. kompomlah ramai yg dah tahu kan.... tapi saja jer nak kongsi gak... dan ni juga jadi penguat semangat untuk mama teruskan bagi umar susu terbaikk di dunia..... hehhe... yes go go fighting mama........



KELEBIHAN SUSU IBU

Artikel di bawah di copy dari SINI

Di dalam al Quran ada beberapa tempat yang menyentuh tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ialah:

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)

Sudah tentu pernyataan daripada kalam-kalam Allah ini mengandungi hikmah yang tersembunyi. Ya, ternyata susu ibu memang banyak kelebihannya. Para ibu sememangnya tidak boleh tidak(la budda) daripada menyusukan bayi mereka selepas kelahiran.

Apa kelebihan susu ibu?

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.

Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi : Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.

Secara ringkasnya, di bawah ini adalah kelebihan-kelebihan susu ibu:

Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk bayi.

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari.

* Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi.

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Posted in | Leave a comment | Share On: Facebook, Twitter | Tags:

--- Mata Dobots ku Merah ---

Posted by Ciklinn Hasib.

ermm..... nampak dah semakin kurang bila letak susu ibu...

sgt byk kebaikan susu ibu kan.........

umar pun dah tak bergaru sgt....

Kenapa Merah????

Sbb budak dobots ni sgt susah tidoo......
kadang sampai bengkak2 bawah mata....
pun tak tido2 gak......


Posted in , | 20 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: ,

--- menambah susu badan ---

Posted by Ciklinn Hasib.

pada anak teruna yg belom kawin.. anda tak payashla baca entry dibawah.. kerana mengandungi unsur2 keibubapaan..... wakakakaka...............




panduan untuk diri sendiri dan juga utk kawan2....

ni adalah hasil dari ujian diri sendiri....... dah byk cara guna tapi ni jer yg terbaekkkkkk... caranya ialah dengan minum...............

CARROT SUSU aka AIR LOBAK MERAH BERSUSU PEKAT MANIS.... hihihiih.. sesuka hati bagi nama........

insyallah pada yg sdang tercari2 petua menambah susu badan.. acu cuba try test petua nie.... manalah tahu menjadi....

Ciklinn kalu rasa susu untuk umar tu sikit... terus gi kedai Ahmad tomyam... n orderrr...... "carrot susu dik.. tak mau manis sgt.. n ais sikitt jerkk"... hahaha....

ha pas sejamm camtu..... wallahh... tersedak2 umar menyusu........hihhhihihih

ok saja simpan petua ni.. takott karang terlupa lak.... manala tau umar beradik lak 3-4 thn lagi kannn..................

Posted in | 4 comments | Share On: Facebook, Twitter | Tags: