sangat syahdu lagu nih........ lebih best menghayati lagu ni kan....... TQ kak Nurul Fauzana yg share video nih....
Showing posts with label Info Menarik. Show all posts
OMBAK RINDU versi taubat :)
Posted by Ciklinn Hasib.Kanak-kanak Perempuan 10 tahun tidak jadi dirogol - Alquran penyelamat beliau.
Posted by Ciklinn Hasib.2011/06/22
JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.
Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh. “Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.
Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.
“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol. Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.
Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi
Sangat Sedih Melihat sebuah Kelahiran dalam serba kekurangan
Posted by Ciklinn Hasib.tak terucap dek kata... sangat sayu dan sedih bila melihat gambar2 ni....
syukur padaMu Ya Allah dengan semua kurnia yg kau berikan padaku.....
Kelahiran Di Dalam Sebuah Keluarga MiskinSumber : Carigold
ajaibbenar, 01 Mei 2010
Sebuah keluarga miskin yang bakal bertemu dengan ahli keluarga baru di Dhaka Bangladesh. Kemiskinan yang dialami mereka dapat dirasai dari potret-potret di bawah. Keadaan serba kekurangan dalam kehidupan sehingga bayi yang dilahirkan tidak dibaluti dengan kain.
Bahana Letupan Reaktor Nuklear
Posted by Ciklinn Hasib.Pripyat, Ukraine. keinginan utk mengetahui lebih mendalam tentang sejarah dunia berkaitan letupan reaktor nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 menarik hati aku untuk mengkaji sedikit sebanyak tentang bandar Pripyat, Ukraine.
Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerang larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan haram dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan pelancong. Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu pengajaran penting dalam keselamatan nuklear. Penduduk diarahkan untuk mengosongkan rumah dan tidak perlu membawa apa-apa kerana mereka diberitahu tempoh darurat hanya sementara. sebaliknya, sehingga kini, setelah berpuluh tahun, kota tersebut masih menjadi kota mati.
kredit
Carigold
Sabunn dibilik mandi.... mandi kita pakai sabun...
Posted by Ciklinn Hasib.MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.
“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.
Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.
Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.
Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.
Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.
Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.
Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.
Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.
Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya. – Agensi
Saya sedang tidur waktu entri dibaca
Posted by Ciklinn Hasib.jam menunjukkan 3.16 minit pagi..... badan rasa sangat penat lesu dan letih...
ku pejam2 tak pejam.... ku kebil2 takleh gak tidur.....
dah sejam duk kat depan pc ni.. ingat nak hapdet blog..... tapi kepala sangat kering kontang dgn cerita...
byk yg nak dikongsi.. tapi tengkuk dan pikiran benar2 letih terus membuatkan saya tarik napas dalam2 dan terus melayan berita2 baru dunia...... huhuhuhuhu
Releks rasa nya mendengar dengkuran kecil incik umar.... dan dengkurann besar encik laki punyer...
dan dah 5-6 kali keluar masuk bilik tgok anak2 teruna hat dua tu kat luar......
dan nak bgtau kat rumah ni ada mahkluk yg baru....... kuintai2 tadi sangat lena sikecil tu tidoo.... apakah dia... TUNGGUUUU.............
ok ciklinn nak tidorlah ( kalu tak leh gak... mmg nak kena mop dapor lah ni jawabnya)
Terima kasih pada semua yg datang menjenguk yer....... luv u so much
tadi pusing kat cik google jumpa info ni....... meh kita baca ramai2
Serangan penyakit sukar tidur bukan satu fenomena baru. Dalam sejarah kehidupan manusia serangan penyakit ini atau dikenali dalam istilah Arab sebagai 'al-araq' berlaku dengan berleluasa.
semakin meningkat.
turut menyerang para sahabat. Rasulullah.
terima kasih pada.. keem
Gambaran hari Kiamat - meh kita baca sama-sama
Posted by Ciklinn Hasib.Gambaran Hari Qiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Sumber : Carigold
Ya Allah YA Tuhanku, Sangat KAsihan Anak-anak Kecil ini
Posted by Ciklinn Hasib.1. Senyuman - yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati saudara kita.
2. Amar makruf dan nahi mungkar - Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh diertikan sebagai menyelamatkan saudara kita dari azab neraka.
3. Menyelesaikan masalah orang lain - Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa menunjukkan jalan kepada orang yang sesat merupakan sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan maka perbuatan kita itu dikira sebagai sedekah.
4. Membuang sesuatu yang menghalang di jalan laluan - Membuang benda-benda yang berbahaya dan menghalang serta mengganggu perjalanan seperti duri, kaca, kayu, dan sebagainya juga merupakan sedekah.
5. Memberikan khidmat - Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan dengan memberikan bantuan tenaga atau perkhidmatan.
Pemberi sedekah hendaklah benar-benar ikhlas terhadap pemberiannya. Ianya bukan untuk dibalas atau dipuji. Sebaliknya apa yang diberi hanyalah untuk mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Juga tidak dibenarkan mengunkit-ungkit terhadap pemberian tersebut. Sekiranya diungkit maka sedekahnya itu tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Tips Kurus untuk bakal pengantin
Posted by Ciklinn Hasib.MEMANDANGKAN tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan, mari berkongsi 18 tip untuk pengantin mengurangkan berat badan daripada Kevin Zahri (www.kevinzahri.com)
Lapan tip pemakanan:
1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.
3. Tambahkan makanan yang berserat.
4. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.
5. Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut dan jem.
6. Hadapi paling kurang empat hidangan sihat sehari termasuk sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan langkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.
7. Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.
8. Sebaik-baiknya, pilih makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.
Lima tip cara bersenam pengantin:
1. Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bermain badminton.
2. Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda.
Jadi, mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda.
3. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit, tiga hingga lima kali seminggu.
4. Penurunan berat badan antara satu hingga satu setengah kilogram seminggu adalah lebih baik.
Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1,000 kalori setiap hari. Jadi, dalam tempoh tiga bulan, anda boleh kehilangan enam hingga 12 kilogram.
5. Pastikan anda melakukan juga senaman bebanan atau rintangan untuk pastikan badan anda kental.
Lagi Foto Terbaik yang menyayat hati
Posted by Ciklinn Hasib.Omayra Sanchez, 13 years old, was the victim of volcano Nevado del Ruiz's eruption in 1985, that devasted the Armero village, in Colombia. Omayra was trapped for three days under the mud, clay and water that was left from her own house. When the paramedics, with scarce resources, tried to help her, they sadly realized there was nothing they could do, since to remove her from the deadly trap they would have to amputate her legs and the lack of a speacilist on the scene would result in her death.
According to the paramedics and the journalists that surrounded her, Omayra was strong until the last minute of her life. For the three days her agony lasted she thought only about going back to school, her studies and her friends. Photographer Frank Fournier took this photo of Omayra that travelled the world and generated a worldwide controversy about the indifference of the Colombian government before the victims of natural disasters such as this.
The photograph was published months after the girl's death and Frank Fournier was awarded the 1986 World Press Photo Premier Award for this picture.
Gambar Paling Sedih Sepanjang Zaman...
Posted by Ciklinn Hasib.Tak terucap dengan kata masa Ciklinn jumpa gambar ni.... Kesian dan sangat tersentuh melihat seorang kanak-kanak tunduk tidak bermaya berdekatan kem pelarian.....
dan paling menyedihkan seekor burung hering berdiri berdekatan menanti saat2 kematian kanak2 tersebut...
Pulitzer Prize winning photograph in Sudan by Kevin Carter.
Pengalaman Ciklinn sendiri- Hisap Rokok
Posted by Ciklinn Hasib.Ada apa dengan rokok............... adakah anda rasa anda best kalau hisap rokok... adakah sesedap ayam masak kurma, ayam KFC.... atau adakah sebab anda banyak duit sebab itu hisap rokok?...... harga rokok naik bagai nak gila pun perokok tetap hulur duit kat mamak kedai , apek tonggek.... nak beli rokok..... tak dapat rokok dunhill 20 dapat sebatang pun jadi daaaa...........
ha nak pecah rahasia hari ni.............. masa kecik-kecik dulu Ciklinn pernah hisap rokok... Curi dari atok wakakkakakkaka..... tengok mcm best jer orang tua tu hembuss lepas......... hembuss... lepass...
wahhhhhhhhhh terbatuk2 sekejap jerk.....habis sebatang dari buntut sampai kekepala rokok...... hahhahah terrooooorrrrrrr kan....
hihihiihih tapi bukan rokok Dunhill yer.... tapi rokok daun.... eh kalu isap daun gulung tu kira rokok ker yerk... sebab tak letak apa-apa pun dalam tu.... betul2 daun pembalut tu jerk... ngeh ngeh ngeh.... daun apa pun tak taulah..... tapi ciklinn pi skodeng en google....jumpa pun gambar daun nie.... kesimpulannya carilah di google apa saja.. pasti jumpa... gambar bogel gambar telanjang semua ada..... ngeh ngeh ngeh
Taraaaaaaaaaaaa................ nilah daun tu... best jer geget2 masa kecik2 dulu... haitss... ketagih sudah...
hishhh mcm2 bahaya rokok ni kan... Udah malas nak list bahaya-bahaya merokok ni pada siperokok...
sebab semua perokok ada idea tersendiri...... ada jawapan sendiri....dan alasan sendiri dan dorang memang suka bakar-bakar duit buat bunga api kecil di mulut hehehehhehe
tapi ni list yg patut perokok wajib baca....
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Kalau rasa tak cukup sebatang..... nah korang buat camni.... baru syok,mantap dan sedap macam blog mak dara terdiva yang sedap tu.....betul kan sis.... sedap sedap dan sangat sedap......ngeh ngeh ngeh
Tanda 100 hari sebelum mati
Posted by Ciklinn Hasib.“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
“TANDA 40 HARI”
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
“TANDA 7 HARI”
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
“TANDA 3 HARI”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
“TANDA 1 HARI”
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
“TANDA AKHIR”
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahu'alam.
sumber: carigold
Tidak lama Lagi Saya Timang Bayi Perempuan
Posted by Ciklinn Hasib.haitsss.......... sangat cepat pantas dan mantap...
mama umar nak membuat anak perempuan kan....
termimpi2 wo bersalin anak pompuan...
sampai ckp kat kakak sulung...
"kak, kalu anak aku lahir pompuan kan.. elok jer dia keluar aku suh doktor tu sepit rambut dia.. hihihih"
haiyooo........... bawak-bawak bertenang yer semua...........
Kami sekeluarga gumbira dengan berita ni....
dan ciklinn doakan ibu dapat anak perempuan lepas nie....
huhuhuhuhuh... kalau anak lelaki gak nampak sangat teknik tu tak betul lagi.. wakakakak
(apa yglebih penting baby sihat walafiat)
kalu nak tau adik Ciklinn ni pun dah ada 2 orang anak lelaki....
sebab tu kepingin banget deh mau cowok hat no 3 nie....
sama2 kita doakan dia yerk.....dapat anak perempuan lepas ni...
ermm.. kalu anak perempuan mesti cantikk lor anak kamu....
macam Erra Fazira... wakakkakaka.. (kan ke orang kata muka ko mcm Erra Fazira)
harus ko perasan
Ciklinn ni pun agaknya belum ada rezeki nak ada anak perempuan agaknya...
Takpelah boleh berusaha dengan lebih gigih lagi 3 tahun akan datang....
Yang penting kita berusaha kan...(wah suka laki mak baca entry ni.. wajib dia terus berusaha)
Istimewa untuk kamu dik.
Tips Mendapatkan anak Perempuan (bestkan budak pompuan leh letak mcm aksesori ha)
Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :
1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.
2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so
sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.
3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
5. Berdoa.
Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukkan janin):
1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)
Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)
Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.
--- Test/Rawatan Mata Percuma ---
Posted by Ciklinn Hasib.Sila perhatikan gambar dibawah....
Cari sebarang kecacatan gambar di bawah
Taknampak?????? okey kasi close up lagi...
Tak nampak JUgak????????
yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tgok comell kan dia skodeng orangg.... hihiihih
--- Coli berharga 1 juta ---
Posted by Ciklinn Hasib.---Pahala untuk hubungan Suami dan Isteri ---
Posted by Ciklinn Hasib.Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
Jika ditanya ibu bapa mengapa tidak memberi pendidikan seks kepada anak-anak, jawapannya mungkin 'malu' atau 'anak-anak tahu belajar sendiri.' Sebaliknya, apabila ditanya anak-anak mengenai seks, mereka lantas merujuk kepada perbuatan zina, gambar bogel, video lucah dan perkara yang membangkitkan nafsu.
Hakikatnya mereka tidak mendapat bimbingan daripada ibu bapa mengenai pendidikan seks sebaliknya anak-anak mendapat sumber daripada perlakuan seksual yang digambarkan di Barat.
Persoalannya, apakah seks itu dicipta Allah untuk tujuan keburukan sedangkan banyak ayat-ayat al-Quran yang menerangkan seks itu sesuatu yang suci dan murni? Seksual dikatakan berkait rapat dengan kehendak nafsu syahwat manusia, tetapi ia lebih banyak diseleweng padahal dalam Islam, seks adalah sesuatu yang suci dan murni.
Manusia memerlukan seks kerana ia adalah fitrah yang dianugerahkan Allah s.w.t. Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak agar ia mendapat keberkatan dan dikira amalan. Hubungan yang tidak halal atau seks luar nikah atau zina adalah haram serta berdosa besar. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperoleh di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperoleh di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka." (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Al-Hakim) Penyakit akibat jangkitan seksual kerap dihidap individu melalui hubungan seks rambang. Lebih 20 jenis penyakit dikesan antaranya sifilis, gonorea, ulser pada alat kelamin, jangkitan kulat dan bakteria pada vagina dan yang paling berbahaya ialah Aids.
Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada lelaki yang mukmin, (kawal) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka." Islam menyeru umatnya menyalurkan tuntutan seks dengan selamat dan mendamaikan. Naluri seks adalah suci jika dizahirkan dengan cara betul. Sebab itu, Islam mensyariatkan perkahwinan supaya manusia dapat 'meraikan' cita rasa dan kecenderungan diri supaya tidak melampaui batas yang digariskan. Jika seseorang itu tidak mampu berkahwin, mereka perlu memperbetulkan diri dengan memelihara kemaluan serta menjauhi bisikan nafsu syaitan. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya." (Surah al-Nur ayat 33) Naluri seks ciptaan Allah mengandungi pelbagai hikmah. Dalam hubungan suami isteri, Allah menjanjikan ganjaran pahala buat mereka kerana ia dilakukan secara halal dan diredai Allah.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum ayat 21) Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahih Muslim, daripada Abu Dzar r.a: Beberapa orang daripada sahabat Nabi s.a.w berkata: "Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya memperoleh ganjaran. Mereka solat seperti mana kami solat. Mereka berpuasa seperti mana kami berpuasa. Dan mereka juga bersedekah daripada lebihan harta mereka." Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidakkah Allah telah memperuntukkan kepada kamu suatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya setiap tasbih (ucapan Subhanallah) adalah sedekah, setiap takbir (ucapan Allahu Akbar) adalah sedekah, setiap tahlil (ucapan La ilaha illallah) adalah sedekah, setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) adalah sedekah, menyuruh perkara yang baik adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah, dan setiap kali kamu melakukan jimak (dengan isteri kamu) juga adalah sedekah." Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, adakah jika seseorang daripada kita menunaikan syahwatnya dia mendapat ganjaran (sedekah)?" Rasulullah menjawab: "Tidakkah kamu merasakan suatu dosa jika dia menunaikan syahwatnya dengan cara yang haram?" Sahabat menjawab: "Ya." Rasulullah menjawab: "Demikian juga apabila dia menunaikan syahwatnya dengan cara yang halal." Islam juga menetapkan panduan lengkap pasangan memulakan hubungan seks. Terdapat tahap khalwat (berdua-duaan) dalam perhubungan itu, antaranya disunatkan solat dua rakaat sebelum memulakan jimak.
Mereka juga hendaklah memohon doa moga Allah jauhkan diri daripada gangguan syaitan. Abdullah Ibn Mas'ud r.a berkata: "Cinta itu daripada Allah, dan benci itu daripada syaitan. Dia tidak suka kamu melakukan apa yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu. Kemudian suami disunatkan berlemah lembut dengan isteri bagi mencetuskan rasa gembira dan meneguhkan perasaan cinta." Adab berjimak adalah dengan menanggalkan pakaian pasangan dan berada dalam satu selimut. Ia mendatangkan keselesaan dan isteri rasa seronok.
Berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi serta Abu Daud, Nabi bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Menutupi, maka hendaklah kamu juga rasa malu dan menutupi." Imam al-Tirmizi mengeluarkan hadis daripada Rasulullah s.a.w yang bersabda yang bermaksud: "Berawaslah kamu daripada bertelanjang bulat sebab bersama kamu turut serta yang tidak pernah berenggang dengan kamu melainkan di tandas dan ketika seseorang bersetubuh dengan isterinya, maka kamu hendaklah merasa malu terhadapnya dan memuliakannya." Dalam berjimak, suami jangan terlalu rakus kerana paduan dalam Islam memang praktikal untuk keharmonian rumah tangga.
Abu Mansur al-Dailami dalam musnad al-Firdaus meriwayatkan yang bermaksud: "Janganlah antara kamu mendatangi isterimu seperti mana seekor binatang (yang menerkam mangsanya), tetapi hendaklah ada perantara antara keduanya." Sahabat bertanya: "Apakah perantara itu? Jawab Baginda: "Ciuman dan gurauan." Dalam beberapa kes, suami lebih cepat menikmati inzal kemudian tidak berminat menggauli isterinya sedangkan isteri lambat mencapainya. Perbezaan tabiat inzal itu boleh mencetuskan krisis rumah tangga kerana isteri tidak mendapat kepuasan.
Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya' Ulumiddin berkata: "Selepas suami mencapai keseronokan dirinya maka hendaklah dia menanti isterinya turut mencapai kelazatannya. "Isteri mungkin lambat inzal maka kamu hendaklah tidak tergopoh-gapah meninggalkannya sehingga dia juga turut merasakan kelazatannya. (Jika kamu mengabaikan perkara ini) akan menyebabkan gelombang hawa nafsunya membuak-buak dan ini amat menyeksakan dirinya." Timbul juga persoalan di mana ramai pasangan yang masih musykil cara mendatangi isteri. Menurut kaedah yang dianjurkan Islam, suami boleh menyetubuhi isteri dengan pelbagai cara asalkan melalui faraj. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah ayat 223). Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sama ada dari arah hadapan atau belakang, asalkan ia dilakukan pada faraj." Selepas melakukan hubungan kelamin, pasangan suami isteri perlu segera mandi junub. Namun jika terlalu penat, ia boleh ditangguh dan sunat berwuduk sebelum tidur. Mandi lebih diutamakan kerana apabila bangun pada pagi keesokan harinya mereka dapat solat Subuh. Suami dan isteri juga digalakkan mandi bersama dalam satu tempat. Ini dikuatkan sebagaimana yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina 'Aisyah, berkata yang bermaksud: "Aku pernah mandi bersama Nabi dalam satu bekas, di samping tangan kami silih berganti menceduk air, lalu Baginda menyiramkan aku. Aku berkata kepada Baginda: "Biarkan aku..! Biarkan aku..! Kata Saidatina 'Aisyah lagi: "Kami berdua dalam keadaan berjunub." Pensyarah Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata hikmah perkahwinan itu adalah untuk memenuhi keperluan seks manusia selain bagi menambahkan zuriat.
"Seks adalah fitrah anugerah Allah kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang. Ia juga mencipta sakinah (ketenangan) serta memenuhi adab dalam mengeratkan hubungan antara pasangan. "Suami isteri boleh menunaikan syahwat mereka pada bila-bila masa melainkan pada waktu yang diharamkan syariat seperti berpuasa dan ketika isteri haid dan nifas.
"Allah berfirman: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat 222)," katanya. Beliau berkata, Islam memandang seks sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan pasangan suami isteri.
"Pasangan suami isteri boleh berjimak dengan gaya masing-masing tetapi haram menyetubuhi isteri pada dubur.
"Pilih waktu yang sesuai berjimak, jangan bersetubuh ketika isteri uzur kerana memberi mudarat termasuk tekanan emosi selain jangkitan kuman kepada saluran peranakan," katanya.
Mutiara Doa
Doa ketika hendak berjimak dengan isteri
"Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah kami daripada syaitan dan singkirkan syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)."
Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri
"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan." (Surah al-Imran ayat 200)
Doa menolak gangguan syaitan
"Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, daripada gangguan syaitan yang terkutuk, tipuan, bisikan dan godaannya."
Doa menghindarkan diri daripada perangai dan nafsu jahat
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu."
Doa mendapat hidayah berkekalan daripada Allah s.w.t
"Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)."
Osama ejen CIA: Castro
Posted by Ciklinn Hasib.Osama ejen CIA: Castro
Menurutnya, Osama sering muncul apabila bekas Presiden AS, George W. Bush mahu menakut-nakutkan dunia dan beliau menegaskan dokumen rahsia yang didedahkan di Internet baru-baru ini membuktikan dakwaannya itu.
"Setiap kali Bush mahu mencetuskan ketakutan dan memberi ucapan penting, Osama akan muncul dan mengugut dunia dengan memaklumkan tindakan ganas yang akan dilakukannya.
"Osama adalah pekerja bawahan Bush," katanya kepada media Cuba semasa pertemuan dengan seorang penulis kelahiran Lithuania yang terkenal dengan penulisan buku berbentuk teori konspirasi untuk memerintah dunia.
Castro berkata, dokumen rahsia yang dibocorkan di laman sesawang WikiLeaks.org 'membuktikan dengan berkesan bahawa Osama adalah ejen CIA'.
Bagaimanapun, pemimpin revolusi Cuba itu tidak mengulas lanjut kenyataan beliau itu.
kredit: Sinar Harian











































