untuk perkongsian bersama....
anak2lah harta kita semua didunia dan diakhirat....
semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah dunia dan akhirat... aminnnn
* copy dari FB
Showing posts with label Tips dan Doa-doa. Show all posts
9 waktu mustajab untuk menasihati anak-anak
Posted by Ciklinn Hasib.Ustaz Ismail Kamus - Ayat-ayat untuk Anak Degil
Posted by Ciklinn Hasib.
Ciklinn nak kongsi tip2s utk anak2 yg degil (biasalah budak2)........ dan yang penting ini adalah untuk simpanan ciklinn..... nak2 ciklinn adalah ibu kepada 3 hero yg soleh tersebut....... alhamdulillah........ anak2 semakin besar semakin faham apa yg kita cakap... so biasalah degil sikit2 tu hehehhehe....
Dari yg ustaz bg tau kat video diatas..........cara2 nya ialah...
Sediakan air satu jug dan bacakan
Baca Bismillahirrahmannirahim 786 kali
dan surah yasin ayat 71 sebanyak 71 kali
tiup kedalam air... dan diberi minum kepada anak2....
ustaz kata insyaallah tak nakal lagi dah lepas tu...... kalau nakal lagi.. baca lagi.... dan kalau nakal lagi baca lagi.... dan kalau nakal gak lagi.... KORANG SALAH BACA LAH TU.... HAHHAHA.... kelakar lak ustaz nih....
atau baca surah toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali.... dgn cara tiap2 malam baca 3 kali ayat tersebut dan ditiupkan ke ubun2 anak semasa mereka tido.....
PERHATIAN :JANGAN DICIUM ANAK2 KITA YG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL......
utk lebih terang korang dengarlah sendiri video kat atas yer..........
Note: lagi satu Klik sini -Tips Untuk anak-anak-Doa untuk anak bijak cerdik dan mendengar kata
Alhamdulillah ciklinn mmg amalkan skrg... seblm anak2 tidur ciklinn bacakan ayat pada link kat atas...... alhamdulillah... anak2 lebih mendengar kata... hati pun lebih lembut.... yg paling best... nak gerak bgn pagi pun sgt senang.......
Doa memperbanyakkan Susu Ibu
Posted by Ciklinn Hasib.Sekadar ingin berkongsi dengan kawan2....... dalam duk cari petua membanyakkan susu ibu ciklinn jumpa artikel ni dari blog resepirahsiaku..... n Ciklinn mmg selalu berdoa dan berharap Umar dapat menyusu badan sehingga umurnya 2 tahun...... Semoga Allah mempermudahkan segala2nya...........
Memberi susu ibu sendiri kepada anak adalah lebih baik daripada memberi susu tepung. Khasiat susu ibu jika berbanding susu tepung banyak kelebihannya. Ibu yang menyusukan bayinya dapat menghndarkan kanser payudara. Bagi menambahkan dan memperbanyakkan susu ibu marilah mengamalkan doa ini. Moga-moga diperbanyakkan.
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.
Cara-cara mengamalnya:
- Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
- Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
Doa Diperluaskan lagi rezeki- Kelebihan surah Al-waqiah
Posted by Ciklinn Hasib.Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.
Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
- Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
- Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
- Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
- Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
- Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya, Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa/tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa kesana nanti. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita. Membaca surah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezeki dariNya.
sama2 kita mengamalkan nya.... semoga setiap dari kita akan diperluaskan lagi pintu rezekinya... aminn.....
TQ pada resepirahsiaku...



