Saya selalu n kadang2 terleka dgn permintaan yg simple oleh bujang2 saya dah besar tu... lepas baca cerita ni mama akan cuba jadi seorg yg lebih prihatin walaucuma utk permintaan yang kecil...
Ahmad Lutfi Othman
Artikel ini saya tulis sejurus selepas anak kedua saya, Nurul Syafiqah meninggal dunia pada hari pertama Ramadan, 2005, ketika usianya 11 tahun. Mengingatimu bukan lagi satu kepedihan, tetapi satu kenikmatan. Ya, terasa betapa luhur dan tulusnya kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak...
---------------------------------
Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadan, jam 8.15 pagi.
Segalanya berhenti.
Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan.
Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.
Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.
Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.
Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari.
Syafiqah telefon dari sekolah.
"Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?"
Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan.
"Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.
"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya.
Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven.
Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.
Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya.
Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.
Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?"
Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.
"Akak cari tudung."
"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebo.dohan saya.
Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat.
Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.
Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.
"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan.
Kami jalan kaki pun boleh."
Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."
Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke Hotel Vistana, Kuala Lumpur hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama,
antara lain, pimpinan PAS, Mohamad Sabu.
Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk.
Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.
"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta.
Raut muka cerianya seperti terlindung.
Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita sakit.
Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di Sekolah Agama Menengah Batu 10, Cheras.
Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.
"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.
Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin, hanya sekitar 1km dari rumah, tetapi tutup hari itu .
Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang.
Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.
Saya berbisik, "Nak balik kampung?"
"Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal dengan nenek," balasnya.
Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah.
Syafiqah tenang saja.
Kalau anak lain tentu akan merengek.
Menyedari Syafiqah seperti tidak sihat, emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.
Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega.
Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya,
"ayah di mana?"
Sambil melintasi Taiping, saya menjawab.
Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.
Jam 5 pagi, kami sampai di kampung kelahiran saya, Kampung Raja, Kubang Pasu.
Saya maklumkan kepada Syafiqah.
Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, bercerita kandungan SMS saya.
Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS.
"Mulut akak pahit, nak buat macamana."
Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula.
Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar".
Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...
Selasa pagi kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung),
menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuh Raya Utara Selatan.
Di rumah neneknya, di Klang, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga.
Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh.
Syafiqah desak saya jemput.
Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan penat dan letih.
Syafiqah berkeras.
Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil.
Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman.
Dia bercerita bagaimana darahnya diperiksa doktor di hospital Klang.
Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.
Awal pagi, terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah.
Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya,
Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk.
Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.
"Fiqah tak payah posalah," kata saya.
Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta
Syafiqah kembali tidur dan berehat,
kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup jika kami semua makan bersama.
7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya.
Syafiqah menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit!
Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.
Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang.
Takdir makin dekat.
Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."
Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, masih jernih, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis.
Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini.
Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.
Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia.
Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.
"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya.
Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.
8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati
mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.
Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depan kami, mungkin dia mahu berbaring lebih selesa. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa cukup berat.
Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.
Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.
Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William Tan, pesara TUDM, sama-sama mengangkat Syafiqah.
Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya sempat menatap wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah. Dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.
Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Saya seperti keseorangan. Degupan jantung kuat sekali.
Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.
Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi saya tahu harapannya tidak pudar.
Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan hospital. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.
Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.
Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."
Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.
Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.
Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana selama tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, sehingga terpaksa menerima rawatan jauh di kampung, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.
Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.
Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. Al-Fatehah.
Hargai & sayangilah anak2 kita.....layan & santuni mrk dgn baik
Showing posts with label Ahmad Izz Ibrahim. Show all posts
Permintaan Yang Tertangguh
Posted by Ciklinn Hasib.Pengalaman Bersalin hero ke 4 yg sgt mengujakan
Posted by Ciklinn Hasib. Alhamdulillah..... pada 17 Oktober 2012 (rabu)..... tepat pada jam 8 pagi di Hospital Umra lahirlah seorang lagi Putera buat Ciklinn dan suami.......... tercapai impian incik suami utk ada 4 org superhero.... dan semoga impian mama nak dpt gegirl tercapai jua satu hari nanti... (huwaaaaaaaa berapa kali mau cuba da..... kekekek) uhuks!!! itupun kalo larat lah n ada rezeki...... haishhh.....
dah masuk 3 bulan barulah mama berkesempatan buat cerita pasal Ahmad Izz Ibrahim.... huhuhuh terlampau sibuk sejak ada baby tecik ni.... msa sgt2lah padat........
huhuh penat usah cakaplah.. tpi takpe itu adalah satu terapi untuk ciklinn kurus dgn cepat..... hihihih... ingat nak update pasal izz waktu mlm.. tapi malamlah waktu izz berjaga sampai ke jam 6 pagi...... n siang lak waktu ciklinn abiskan masa utk abg2 yg lain lak....... n kalau ada waktu yg lapang2 tu makanya ciklinn akan ambil masa untuk lelapkan mata n terbungkang jap.... hehhehehe
(andai blog ni masih wujud masa Izz dah besar nanti bolehlah Izz baca perjalanan hidup Izz semasa membesar n mama nak anak2 mama tau yg mama sgt2 sayangkan semua superhero mama....... semoga semua anak2 mama jadi anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat)
masa ciklinn mengandung kan izz..... mmg tak byklah ragamnyer..... leh mkn apa jerk... tanpa muntah atau apa2..... sebab tu ciklinn naik sebanyak 25kg sepanjang mengandungkan izz..... haishhh sgt berat ciklinn rasa badan ciklinn waktu tu...... asal malam jer mesti lapar..... so tiap2 malamlah akan gi keluar makan n roti canai adalah menu wajib setiap malam........(sblm mengandung berat mama 50kg sahaja...cuba izz kira berapa berat mama masa mengandungkan izz)
izz nak tau.... sepanjang mengandungkan izz..... mama sakit pinggang yg hamat bermula dari izz 3 bulan.... dan yg kelakar asal nak kuar kereta.... nak bangun dari katil... mesti abah kena tlg mama bangun..... kalo tak mama akan keras kat tgh2..... nak duduk tak boleh nak berdiri pun tak boleh hihihih........ walau sakit2 pinggang mama happy sgt2 sepanjang mengandungkan izz sbb mama leh makan byk2 tanpa mengira waktu..... izz mmg sgt kuat makan masa dlm perut mama yer.......
9 bulan berlalu dgn begitu pantas (eh pantas ke... ntathlah kdg2 ciklinn rasa masa berlalu dgn lambat lak kekke) masa minggu2 terakhir tu.... ciklinn mmg dah tak larat nak buat apa2... nak mengadap internet pun tak larat...... dan incik laki mmg sgt2 membantu pada saaat2 ni.....
( kesian tau kat abah masa ni..... dgn abah yg sedang periksa..... dgn masa nilah anak2 murid abah nak ambil periksa... n masa nilah juga abg umar sgt2 manja sbb dia tau yg dia akan jadi abg tak lama lagi.......begitu juga mama yg mmg harapkan semua kerja dibuat oleh abah........... tq to abah......Allah jer yg dpt balas jasa abah......)
Izz dijangka lahir pada 17 oktober 2012 (tarikh ni juga izz lahir wahhhh izz nak ikut due juga yer) tapi pada 8 oktober tu...ciklinn dah mula sakit2.... ingat lagi 8/10 tu ke tesco nak beli brg2 dapor... tgh pilih2 brg tu ciklinn dah rasa sakit mcm izz nak lahir jer........ kelam kibut ciklinn keluar dari tesco n gi ke kinik hihihihih............ tapi doc kata izz masih jauh lagi n belum masa nak lahir.... doc bg itu cuma false alarm.................( arghhh tak sabar dah mama nak tgok izz lahir....)
lepas pada hari tu.... mmg byklah false alarm tu dtg.... mmg sgt lain rasa mengandungkan izz.... sbb semua abag2 izz lahir secara induce.......... so mental dan fizikal mmg dah siap sedia....... hihihihih....
bermula dari 10 oktober ciklinn duklah ulang alik sepital........ sbb mmg dah sakit 1 jam sekali.... bila check mmg tak buka lagi... so doktor suh balik jer........ dan pada 16 oktober tu.... ciklinn mmg dah sakit2 setengah jam sekali...... giler cuak.....7 ptg tu gi sepital.............. yang heran sampai je depan sepital sakit tu ilang.... haishhhhh pelik2....... n doktor cek mmg tak buka jln n masih jauh........ so balik kerumah lagi.... naik pening mak ciklinn hahhaha
n mlam 16 oktober tu mula jam 9 mlm mmg dah sakit yg amat dah selang 1/2 jam..... tapi dek kerana dah fobia duk pergi n balik sepital makanya kami laki bini akan wat keputusan kesepital bila dah betul2 sakit 5 minit... haaaaa sgt berani kan kami... kekekkeke......
tik tok tik tok....... sudah kol 12 tgh malam..... hadoiiii sakit dah dtg 15 minit sekali.. tapi ciklinn tak mau kesepital lagi takott false alarm hahhahah............... jam 1.30 pagi incik laki dah takleh tahan tgok bini yg dah 200 kali turun naik katil.... 200 kali duduk bgn... n 20 kali ulang alik ke toilet..... n paling tak leh thn tgn dia dah naik kebas duk di genggam 15 minit sekali kah!!!!!!
so kami pun kesepital..... tup2 dlm kete leh ilang sakit..... haishhhh haru betullah...... tapi kali ni nekad kalo tak bukak gak... mmg nak suh induce jer mlm tu... sbb penat dah duk ulang alik dr klang ke shah alam hihhih...... tapi sblm tu sgt teringin nak mkn macd.... oleh sbb laki dah takott... dia kata masuk sepital dulu kalo masih lom bukak baru kita ke mcd... hihiihi....
tatapi kali ni.... masuk jer pintu sepital sakit tu mmg dtg dah... haishh nak berjalan pun tak larat dah....... dan ciklinn terus dibawa masuk kebilik bersalin..... doc cek bukaan masih lagi 2 cm n bbay masih jauh.. tapi gesa kat monitor tu mmg tunjukkan sakit@contraction tu dah selang 10 minit.......huhhhu.......
huwaaaaaaaaaaa masa ni sakit yg hamat dah.... sampai 2 kali mintak ubat tahan sakit..... tapi sakit mmg tak tahan dah...... yg best dlm sakit2 leh gak lelap hihhihi...... begitulah masa berlalu sampai jam 7.30 pagi.... tiba-tiba terasa nak beraks yg teramat dah.... panggei nurse sbb dorang pesan kalo rasa nak terberi panggei.... hoyerrrrr rupanya2 izz mmg dah bersedia utk keluar...... terus masuk bilik bersalin.... n pushhhhh pushhhhhh pushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.................... huhuhuh agaknya sbb dah tak cukup tido selama seminggu...... ciklinn mmg takde tenaga dah nak pushhhh....... so makan masalah sikit utk izz keluar.....
Izz Ibrahim..... anak mama tau tak..... masa izz nak keluar tu izz sgt tak penyabar..... org lain nak keluar... bahu keluar satu persatu.... tapi anak mama ni dua2 belah bahu nak keluar...... jenuh mama tau nak pushhhh..... hahhaha.... dan akhirnya dgn sekali pushhh yg kuat dan pjg.... lahirlah Izz Ibrahim mam nih..... alhamdulillah syukur padaMU ya Allah......
rupanya Ciklinn diduga lagi............ lepas jer Izz lahir...... n diletak kat dada...... doc cuba untuk dikeluarkan uri....... Ya Allah uri tak boleh ditarik kluar........ (suami yg sdg pegang kamera utk ambil gamba izz terus letak kamera).... doc cuba n cuba lagi............. tapi uri masih terlekat dgn kuat....... Ya Allah besar dugaan mu........ (sakit masa ni hanya Tuhan yg tahu..... lebih sakit dari izz nak keluar) selang 10 minit uri masih terlekat dgn kuat juga....... n doc suruh incik laki keluar....... huhuhh sgt takot pada waktu nih........
dlm usaha doc nak keluarkan uri tu....... ciklinn mmg tak berdaya langsung dah........ nak2 lepas dia bg gas apa ntah...... skit terus berkurangan n terus mamai2.... tapi masih rasa doc sdg tarik n berusaha utk keluarkan uri...........tatapi perut ciklinn mmg dorang pegang dgn kuat n ditekan2 supaya uri keluar n tak terus naik keatas..... hwaaaaaaaaaaaaaa sangat2 takutttttt........... terus berdoa agar Allah permudahkan kerja mereka....... alhamdulillah lepas 30 minit uri keluar dgn selamat....... terima kasih kepada dr jesie yg sgt penyabar dan sgt supportive.........
nilah kali pertama lepas bersalin ciklinn langsung tak berdaya........... hat anak2 lain siap leh mandi n leh jalan2 lepas bersalin........ yg ni nak angkat kaki sendiri pun tak larat......... huhuhu...apapun syukur pada Allah kerana izz selamat n sihat sempurna...... alhamdulillah..... sesungguhnya sakit itu penghapus dosa..... Terima kasih pada kawan2 yg wish dan selalu mendoakan yg baik2 utk ciklinn...... sokongan dan ksih sayang korang sgt ciklinn hargaii..... Allah sahaja yg dpt membalas semua tu......
Tiada apa yg mama pinta...... cuma mama harapkan anak2 mama jadi anak yg soleh... sihat2 selalu... dan jadi anak yg berjaya didunia dan juga diakhirat....... dan percayalah... kasih dan sayang mama di dapat diukur dgn apapun didunia ini..........
wah pjg berjela ha........ sekian.... terima kasih hehheeh............. untuk makluman cerita ini adalah utk saya simpan sebagai kenangan....bila bosan2 tu baca balik cerita2 lama rasa terhibur hati kan....... pada yg baca ciklinn ucapkan terima kasih..........

